Coretan dari Ijtima'

By setanggi syurga on 10:33 PTG

Filed Under:

Pendahuluan

Berkali2 kucuba mencari masa. Mencari dan mencuri peluang. Orang tak pandai bahagi masa memang sering tewas dengan dirinya sendiri. Lihat sahaja pada aktiviti harianku.. Adus.. Terumbang ambing.. Kapal nak pecah pun tak macam tu.. Kapan berakhir semua ini?..

Amanah ini tak ubah seperti ta
sk assignment yang perlu di hantar pada pensyarah.. atau lebih teruk dari tu, thesis yang perlu di submit pada penyelia on time.. Lenguh dah jari jemari ini membalas setiap pertanyaan tentang laporan ijtima'.. Releks.. Makin lama diperam makin sedap tau.. kan, kan?.. hehe.. jangan marah sang penanti..

Bab 1: Penghargaan buat kak Umee
Nak mula dari mana ya?... Hmm...

Alhamdulillah.. dengan izinNya, hari yang dinanti sampai juga.. Seawal pagi lagi kak umee call.. "Assalamualaikum.. Dah bangun ke fate'?". "Dah la kak.. Tengah sibuk ni".. Mengaku sibuk pula. Walhal dengan sampai hatinya, aku telah meminta kak umee menyediakan menu utama untuk ijtima' hari ini.. Teruk kan?.. "Kak nak tanya, berapa ramai yang dapat datang hari ini?".. "O, iya kak.. Kalu yang ikut respon dalam 15 orang la jugak.. Yang tak respon tapi nak datang xpastila pulak".. Itulah antara perbualanku dengan kak umee.. Terima kasih banyak kak umee atas sokongan. Maafkan adikmu ini kerana telah memberatkanmu dengan hal-hal seremeh ini. Bila ku terfikir kembali, dah la kak umee jemputan (orang Pahang, xmenetap kat Tawau lagi..), berkeluarga dengan anak 3.. Tapi sanggup juga untuk memikul tugas ini.. Kan baik bagi kat bujang2 yang tak sibuk dengan urusan2 keluarga dan anak-anak.. Maaf kak, janji tak buat lagi.. Apapun, aku dapat pengajaran dari kejadian ini. Sayang kak umee..

Bab 2: No.8664, Lorong 1, Taman Wawasan
Lokasi pilihan terletak agak jauh dari pusat bandar.. Dan sedikit tugasan lain yang perlu aku kejarkan membuatkan aku lewat sampai dari waktu yang ditetapkan. Kiriman kek coklat Kak Suriah masih di tangan. Kak xdapat datang, tapi kek coklat insyaAllah datang, katanya berseloroh. "Sign mati tu tek..". Kak su.. kak su.. ("_,) Kak su xdapat datang sebab berkebetulan pada hari tu akikah anak saudaranya di rumah.

Setengah jam kemudian, sebaik tetamu tuan rumah beransur, barulah tetamu ijtima' memijakkan kaki ke ruang tamu. Bukan siapapun, adik2 Unit Amal Tawau n d geng.. Kacau daun.. Jangan marah.. Hehe..

Bab 3: Satu permulaan yang baik?
Konsep xformal jadi pilihan konsep ijtima' kali ini.. Ruang tamu yang agak sempit juga membataskan "ruang bicara". Muslimin di ruang tamu n muslimat seperti lazimnya di ruang dapur. Kesudahannya 2 ijtima' di bawah satu bumbung.. Ijtima' EidulFitri IMBOS -Zon Pantai Timur Sabah Muslimin dan Ijtima' EidulFitri IMBOS -Zon Pantai Timur Sabah Muslimat.. ("_,).. Macam bunyi kecewa kan?.. Yup.. Sedikit kecewa.. Hanya dapat bertemu muka, tapi masih belum dapat berkongsi sesuatu.. Walhal, masa yang ada andai dimanfaatkan, pasti banyak manfaat yang boleh di ambil. Selaku penganjur bayangan, ana mohon maaf bebanyak atas kelemahan ini. Xpa.. ini baru permulaan.. Hehe.. Chayyok2..

Bab 4: Ukhuwah Islamiyyah
Hanya gambar muslimat sahaja yang dapat dimuatkan

Seramai 15 orang yang berjaya sampai ke "tempat kejadian". Antaranya: Akhie Jamal n isteri (Kak Umee) + 3 mujahid/ah, Cikgu Karim n isteri, Akhie Jupri n isteri (Kak Liza), Akhie Asmadi n isteri, Kak Mala n suami + mujahid, Kak Zhane dan Kak Midar. Selain tu turut hadir Tuan Rumah sendiri, Kak Sari n suami, Betty, Jum, Hajiyah n Lidia.. Adik2 muslimin yang lain lebih dulu chow bersama kumpulan Unit Amalnya...

Bab 5: Harapan
Besar harapan agar ijtima' ini berkesinambungan.. Banyak maklumat yang boleh dikongsi, disalur dan dimuat turun. Lebih2 lagi bagi setiap mereka yang ingin bergelar penggerak. Ya Allah, peliharalah hati-hati kami. Tetapkan kami dalam perjuanganmu.

Kadang terasa letih berjuang tanpamu sahabat di sisi. Banyak lagi komitmen menanti. Kutahu kalian juga sudah punya tanggungjawab lain. Tapi.. Perjuangan ini juga satu tanggungjawab.. Bukan satu pilihan.. Tapi satu kewajipan..

Sebagai Akhirnya..


0 ulasan for this post