Coretan Pasif Pemula Bicara

By setanggi syurga on 12:09 PTG

ulasan (1)

Filed Under:

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Setiap masalah yang datang, janganlah engkau memandangnya berat, kerana di hadapan sana lebih banyak ujian yang akan menghampirimu samada engkau bersedia mahupun sebaliknya. Anggaplah setiap ujian yang datang hanya sebagai satu persinggahan yang ianya hanya bersifat sementara. Tidak ada yang kekal di dunia melainkan Allah. 

Dunia tempat ujian. Akhirat tempat yang kekal abadi. Terlalu lama tidak berkongsi rasa. Mungkin masa yang cukup membataskan. Dalam diam, motivasi untuk terus menulis tetap diberikan oleh seseorang. Dia seorang penulis. Mungkin semua blogger pasif yang ditemuinya di berikan motivasi berkarya seperti aku. Jawapan biasa aku berikan: tak ada masa. Namun, setiap bertemu beliau tidak pernah berhenti untuk saranan menulis, katanya bagi mengimbangi tulisan-tulisan wanita diluar sana yang kosong. Sedang kutahu, setiap tulisanku juga tidak punya apa-apa. 

Apakah pelajaran penting di sebalik setiap penulisan? Aku masih lagi tertanya. 

RAHSIA TARIKH LAHIR

By setanggi syurga on 7:02 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?
Berdasarkan�TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.
RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai �Paksi� untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.
Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
�Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.�
KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.
PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada�TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).
KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.
PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.
KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.
KAEDAH KIRAAN RAHSIA TARIKH LAHIR



Kaedah yang digunakan adalah hasil dari kajian yang dilakukan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kaedah ini mengenal pasti corak sesuatu kejadian yang berlaku dan watak seseorang. Bukan hanya kajian keatas beratus manusia, tetapi berbilion manusia. Kaedah ini dinamakan metafizik.
Kaedah yang digunakan ini adalah satu panduan untuk memahami karektor, sifat positif, negatif dan potensi setiap individu bagi membuat strategi dan perancangan peningkatan diri sendiri, keluarga dan rakan taulan. Ianya telah dipermudahkan untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian atau karier atau perniagaan kita.
Bukan menilik nasib yang HARAM di sisi Islam, tetapi memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi dan tindakan untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan kehidupan kita.
Bukan meramal nasib yang juga HARAM, tetapi membantu manusia merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, demi mencapai kepuasan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Usaha mesti ada, sesuai dengan firman Allah swt, bermaksud lebih kurang, �Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu, jika dia tidak berusaha mengubah keadaan diri sendiri�
HURAIAN KOD ASAS
Kod Asas : 1
Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger (pengurus Arsenal), Acha Septriasa (selebriti Indonesia), Luna Maya (selebriti Indonesia), Tom Hanks (pelakun terkenal Hollywood), Robert Redford (pelakun terkenal Hollywood), Hulk Hogan (bintang gusti professional WWF)
Kod Asas : 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english � �all-rounder�. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng�ekspresi� pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang �laser�. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United), Robinho (bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda (selebriti Hollywood), Bill Cosby (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
Bill Gates (individu terkaya di dunia), Alex Ferguson (pengurus Manchester United), Margaret Thatcher (bekas Perdana Menteri Britain), Arnold Schwarzenegger (bekas pelakun, sekarang adalah Gabenor California, Amerika Syarikat), Tina Turner (penyanyi), Paul Hogan (pelakun utama Crocodile Dundee)
Kod Asas : 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Erra Fazira (pelakun popular), Aishwarya Rai (pelakun Bollywood), Bambang Susilo (presiden Indonesia), Soekarno (bekas presiden Indonesia), Ronaldo ( bintang bolasepak Brazil), Abraham Lincoln (bekas presiden USA), Britney Spears (penyanyi di USA)
Kod Asas : 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor �6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor �6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein (kalau tak kenal tak tau la), Jane Seymour (selebriti Hollywood), John Denver(penyanyi lagu-lagu country, USA)
Kod Asas : 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka �berahsia� yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi (pakar Internet Malaysia), Mawi (selebriti popular), Saddam Hussein (bekas presiden Iraq), Cesc Fabregas (bintang bolasepak Arsenal), Frank Lampard (bintang bolasepak Chelsea), John F. Kennedy (bekas presiden USA),
Micheal Jackson (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool), Osama bin Laden (pejuang Islam), Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood), Barbara Streisand (selebriti Hollywood), Jane Fonda (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 9
Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai �penghibur�, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno (bekas Presiden Indonesia), Suharto (bekas Presiden Indonesia), Gisele Bundchen (supermodel), Shirley MacLaine (selebriti Hollywood), Harrison Ford (selebriti Hollywood, Jimmy Carter (bekas Presiden USA), Elvis Presley (selebriti Hollywood-kini arwah)
Tafsiran Ringkas Kod Asas:
1. SENDIRI
Bijak, memang dilahirkan sebagai pemimpin, kreatif, banyak idea baru, berani, berdikari, positif, individualistic, perfectionist,agresif, sentiasa nak menang, keras kepala, ego yang tinggi, terlalu terus terang, sentiasa rasa dia betul.
2. SUARA
Jujur, pembersih, lembut, tenang, pendengar tapi tak semestinya buat,memahami, penyabar, mudah dibuat kawan dan berkawan, diplomasi, suka bersimpati, boleh dipercayai, mudah memaafkan, pemalu, terlampau sensitive, cemburu, susah buat keputusan, tidak tetap pendirian.
3. AKTIF
Popular, cepat siapkan kerja tapi tak sempurna, baran, agresif, kurang tegas, perhubungan rapuh, mudah berkawan, suka ikut fesyen, bersemangat, mudah teruja, kreatif, egois, suka mengarah.
4. RANCANG / ILMU
Kemahiran yang tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus, bersangka buruk pada orang, bangga, rajin, keras kepala (degil),kedekut, setia, suka kerja rutin, logical, tak berani ambil
risiko.
5. MENCARI (ARAH)
Kuat kerja (workaholic), pemimpin, keras kepala, berpangkat tinggi, adventurous, bercita rasa tinggi/mewah, bijaksana, berfikiran jauh, berani ambil risiko, suka/minat berniaga, boros, suka bertangguh, berkira.
6. WANG
Gila duit, citarasa mewah, berdikari, mahu menguasai, tidak mementingkan diri, suka duduk di rumah, bijak, jujur, berperikemanusiaan, penyayang, tamak.
7. KAWAN / PENGIKUT
Suka bertelagah, cerewet, popular, tarik penyokong, percaya kepada mistik, moody, pemalu, suka mengasingkan diri, analitikal, suka berfikir, kekuatan kerohanian.
8. TANGGUNGJAWAB & TEKANAN
Bertanggungjawab, pendiam tapi ramai kawan, boleh dipercayai, suka kebebasan dan kuasa, keras kepala, ada sifat kepimpinan, suka terurus dan kemas, suka membantu dan baik hati, gila wang, ego, mudah tertekan, kekuatan deria rasa ke-6.
9. KEJAYAAN
Pandai PR, bergaya kemas, tarik simpati orang tua, bijak, kesunyian, sensitif, ikhlas, berbakat, ada sifat kepimpinan, penyayang.

HURAIAN KOD JUTAWAN
Kod Jutawan mempunyai nombor 3, 6 atau 9
Kod Jutawan : 3
Huraian : Anda adalah seorang JUTAWAN ysng dermawan. Di sepanjang hidup, anda banyak memberikan sedekah dan ‘contribution’ kepada mereka-mereka yang memerlukan. Anda adalah seperti Bill Gates, orang paling kaya di dunia yang banyak memberikan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Kod Jutawan : 6
Huraian : Anda adalah JUTAWAN yang penuh dengan duit. Sepanjang hidup, anda banyak mendapat wang. Usaha-usaha yang anda buat adalah untuk memiliki wang yang banyak. Semasa anda mati, anda memiliki banyak wang.
Kod Jutawan : 9
Huraian : Anda seorang JUTAWAN ysng suka mengumpul harta, seperti tanah, rumah, kereta dan lain-lain lagi. Semasa anda meninggal dunia, semangnya anda memiliki banyak harta.
Kod-Kod Lain :
Selain Kod Asas & Kod Jutawan, daripada piramid nombor juga kita boleh mengenali diri kita melaui :
  • Kekuatan, Kelemahan dan Potensi Diri
  • Kerjaya yang sesuai
  • Perniagaan yang sesuai
  • Dan bermacam-macam lagi (ketepatan adalah 75%-95%)

Untuk mengetahui RAHSIA TARIKH LAHIR anda dengan lebih terperinci, sila lawati�www.skpd2010.com.my


Rahsia-Rahsia Lain Tarikh Lahir:
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhatihati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai citacitanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
KENALI SAYA MELALUI TARIKH LAHIR
Sila Klik pada Gambar untuk Visual yg Lebih Jelas. Ketepatan adalah kurang lebih 95%

20 Perkara Fokus/Janji Pakatan Rakyat Dalam Buku Jingga Sabah

By setanggi syurga on 2:30 PTG

ulasan (2)

Filed Under:

1. Mengiktiraf dan menghormati agama Islam adalah agama rasmi Negara tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
2. Menjunjung kedaulatan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang sah di dalam Persekutuan Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih ke atasnya termasuk menghentikan bayaran kepada orang asing yang membuat tuntutan bertindih ke atas Sabah.
3. Menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah.
4. Menjaga, menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik balik semula kes mahkamah yang selama ini dibawa oleh kerajaan Negeri sekiranya kes-kes tersebut jelas mencabuli hak tanah adat.
5. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat untuk memastikan jawatan-jawatan utama dipegang oleh rakyat Sabah.
6. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak ke atas Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah, termasuklah mengambil tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blok L dan M tanpa izin rakyat Sabah.
7. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub di dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta merta.
8. Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalti hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menandatangani perjanjian baru dengan Kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari hasil petroleum di negeri Sabah.
9. Mengurangkan bebanan rakyat Sabah dengan mengkaji semula dasar polisi kabotaj yang menyebabkan harga barang di Sabah jauh lebih mahal.
10. Mengkaji semula bidang kuasa mengawal cukai, kewangan, dana pembangunan, tariff dan hasil-hasil Kerajaan Negeri dengan mencari formula pembahagian hasil yang adil dan saksama dengan Kerajaan Persekutuan.
11. Mengkaji semula peranan agensi FELDA, FELCRA, dan RISDA di Sabah supaya hasil pengagihan penanaman komoditi dinikmati semua rakyat Sabah.
12. Mewujudkan Yayasan Orang Asal dengan dana RM 1 Billion bagi merangsang sosio ekonomi komuniti Orang Asal.
13. Menaikkan bantuan kewangan untuk Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal serta golongan miskin.
14. Mewujudkan Skim Perumahan untuk semua rakyat di Sabah.
15. Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor Pertanian, dan pelancongan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan.
16. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil diperairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutannya untuk menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas diperairannya.
17. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM 1 billion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat Sabah dibawah paras kemiskinan.
18. Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM 1 billion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh PETRONAS untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.
19. Mewujudkan semula Jawatan Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan Kseihatan Sabah untuk pelaksanaan polisi yang berkesan adil dan saksama.
20. Menyemak semula dan memastikan peranan Yayasan Sabah kembali kepada tujuan asalnya.

Ummati.. Ummati.. Ummatii..

By setanggi syurga on 10:12 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

~~mini tazkirah~~
AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii, ummatii, ummatiii' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Program Bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

By setanggi syurga on 7:49 PTG

ulasan (1)

Filed Under:

PAS adalah satu parti politik yang sah n berdaftar. Kerana kelemahan & ketidakupayaan @ kelumpuhan parti pemerintah yang ada sekarang, justru menjadi tanggungjawab PAS, Pakatan Rakyat malah seluruh warganegara Malaysia yang ingin kedamaian menggantikan Kerajaan yang ada.
Usaha PAS & Pakatan Rakyat ialah menerangkan kepada rakyat segenap golongan tanpa mengira batasan agama, bangsa & keturunan. Justru bagi mereka 'sekatan' berbentuk 'ugutan' perlu diperbanyak bagi menakut2kan rakyat yang ingin bersama dengan Pakatan Rakyat. Sungguh bacul mereka ini andai mempergunakan segenap jentera kerajaan bagi tujuan tersebut.

Dengan angkuh mereka menggunakan jentera kerajaan bagi menakut2kan rakyat!! Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal!!

"Kelihatan seorang wanita begitu hairan kenapa perlu ada segerombolan polis bagi mengawal perhimpunan kita semalam" Adakah kita penjenayah d dalam negara ini??
Apabila rakyat tidak terdidik dengan sifat perhambaan kepada Allah, maka macam2 akan terjadi. Sudah pasti kerajaan punya amanah yang sangat besar ke arah melahirkan rakyat yang tunduk kepada PENCIPTA!!
Kakitangan kerajaan apatah lagi!! Kerajaan sebagai majikan bertanggungjawab untuk melahirkan kakitangan yang berintegriti, punya iman yang tebal kepada Allah swt..

Mereka bertindak 'merakam' setiap tetamu yang hadir pada malam itu, sehingga mereka mungkin tidak sedar yang Allah MAHA MENGETAHUI (merakam) hingga ke lubuk hati denyut nadi mereka.

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk kami menyampaikan kepada seluruh manusia risalah dakwah Mu. Cita2 kami : Mengagungkan kalimatMu, Menegakkan SyariatMu di bumi Mu ya Allah melalui Kepimpinan ULamak (yang Kau PIMPIN).. Kuatkan kami, buangkan ketakutan yang masih terselit dalam hati2 kami & Kau anugerahkanlah kepada kami perkataan-perkataan yang baik untuk kami sampaikan kepada mereka yang masih belum sedar.

Hindarkan kami dari fitnah dunia & akhirat.. Pimpin kami ya Allah
Inilah 'himpunan kecil' yang dikawal oleh mereka malam semalam.

"Rugi wanita itu tidak dapat bersama untuk mendengar bersama isu penerangan yang disampaikan"

Kupasan Isu :
1- ~Bajet 500 One-Off Belanjawan Negara ~yang akhirnya "memakan" / "mengkhianti"/ "menzalimi" rakyat lemah

2- ~Penjualan Pulau~ Pengkhinatan BESAR kepada sebuah negara yang MERDEKA.. Opps "Tanah Melayu kan xpernah dijajah????"

50 Rahsia Barisan Nasional

By setanggi syurga on 6:10 PG

ulasan (0)

Filed Under:

1) BN Menolak Dan Mempersendekan Hukum Hudud Hukuman Hudud yang berdalilkan Al-Quran dan Hadith tidak boleh ditentang, ditolak dan dibantah kerana hukuman Hudud itu adalah wahyu Allah yang disebutkan didalam Al-Quran dan Hadith dan tidak ada sebab bagi orang-orang yang beriman kepada Allah, RasulNya, malaikatNya dan kitabNya (AL-Quran) menentang, menolak dan membantah hukuman Hudud atau mendakwa hukuman tersebut tidak adil dan mencetuskan huru-hara. Oleh itu, mereka yang mendakwa dan mengatakan hukuman Hudud itu tidak adil bermakna juga mereka itu telah menentang dan menolak hukum Allah dan mereka adalah orang yang tidak beriman kepada kitab Allah (Al-Quran) dan menyebabkan mereka itu menjadi kafir dan sesat aqidahnya. Tiada penganut ugama lain yang sanggup mempersendakan agama sendiri biarpun sebahagian dari mereka sedar bahawa agama mereka banyak yang kurang. Tapi tidak pada kepimpinan Umno. Mereka memberi amaran akan mengambil tindakan jika Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mereka juga perli, jika hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan habislah batu di jalan raya digunakan merejam penzina. Nak makan sup tangan pergilah Kelantan. Tapi, bila bercakap depan penyokong mereka…kenapa kerajaan Kelantan tak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka yang memerintah Kelantan. Inilah manusia lidah bercabang di negara kita. Mahathir juga pernah mengatakan, " Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (Nilam Puri, 3 Mac 1994).


2) Memperkecilkan Soal Murtad Soal murtad tidak langsung dianggap penting dan merbahaya bagi umat Islam. Hamid Osman mengulas, "murtad soal kecil, kita ada banyak agenda lain yang lebih penting" bila disoal. Dibawa usul ke Parlimen oleh PAS ditolak mentah-mentah. Dibuat janji nak perkenalkan undang-undang mencegah murtad, tapi hingga sekarang tak ada sikitpun usaha ke arah itu. Persoalannya sekarang tak ada siapapun tahu di Malaysia ini berapakah jumlah sebenar manusia Islam yang sudah murtad, kecuali Allah s. w. t. Mufti WP Datuk Hashim Yahya, mendedahkan terdapat 3,000 orang memohon untuk keluar dari Islam di KL. Merujuk pada bancian tahun 1980, dari 6.1 juta orang Melayu di Sem Malaysia, seramai 4,766 Melayu menganut Kristian, 522 Hindu, 746 Buddha dan 456 kembali menganut agama Confucianisma dan Taoisma. Ingatkah lagi dengan kes Suzie Teoh dan Jassiza Zurich (1988), Norbaizura Abdullah (1990), Hartina Kamaruddin dan Nor Aisyah Bokhari (1997). "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" - Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud

3) Rambut wanita bukan aurat bagi mereka Kenyataan ini pernah dilaporkan oleh ulamak UMNO Astora Jabat dalam Utusan Mingguan 15/2/2004, Majalah Al-Islam Januari 2004.

4) Kaki Mabuk Arak Ada kilang arak yang terbesar di asia tenggara, Kilang Carslberg Di Shah Alam, Selangor.

5) BN Mengamalkan Undang-Undang Sekular Berkata Dr. Yusuf Qaradawi(v) orang yang memisahkan agama dari politik adalah orang yang sesat lagi menyesatkan orang ramai. Oleh yang demikian kedua-duanya tidak boleh didengar dan tidak boleh diterima sama sekali.

6) Pusat Judi Yang Makin Banyak Ada kedai sport toto dan magnum 4D merata shoplot. Ada pusat judi yang canggih dan hebat di dunia, di Genting Highlands. Tan Sri Lim Goh Tong memberi taklimat kepada Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama, mengenai rancangan Genting pada tahun 1969. Tahun 1975, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak menyifatkan Genting sebagai seindah Switzerland. Tahun 1978, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga, mengesyorkan gelaran Tan Sri kepada Lim Goh Tong kerana sumbangannya kepada industri pelancongan. Tahun 1997, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan sistem kereta kabel Skyway. Menunjukan keterlibatan kerajaan dalam industri perjudian.

7) Pusat Maksiat Tumbuh Bagai Cendawan Membiarkan pusat-pusat maksiat dan hiburan tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Lesen perjudian (termasuk pusat permainan) diberikan secara mudah. Kegiatan maksiat dibenarkan berleluasa dalam masyarakat di mana akhirnya menjadikan rakyat hidup dalam budaya hedonisme. Kanak-kanak sudah diajar dari sekecil-kecilnya bagaimana permainan yang berunsur perjudian itu menyeronokkan. Ada perancangan kawasan ala Hollywood dan satu pusat hiburan besar akan didirikan di Putrajaya. Ada pusat disko, pub, kelab eksklusif di setiap pekan. Itu tak kira yang lesen haram lagi, lagi belambak

8) Jenayah Yang Semakin Meningkat Kes rogol, sumbang mahram, bunuh, rompak, samum, liwat, buang bayi yang semakin meningkat. Kejadian rogol membabitkan pelajar adalah tertinggi daripada golongan lain iaitu di Negeri Melaka sahaja sebanyak 39 kes berbanding 33 kes pada 2002, 24 kes (2001), 26 kes (2000) dan 18 kes (1999). Peningkatan kes rogol terhadap golongan pelajar itu cukup mengejutkan kerana pada kebiasaannya kejadian seumpama itu berlaku ke atas golongan yang sudah bekerja atau dewasa. Kajian mendapati, golongan terbabit yang kerap memakai pakaian seksi, keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, berpeleseran bersama teman lelaki serta mengunjungi pusat hiburan pada lewat malam atau awal pagi. Pengerusi Jawatan kuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Ramlah Abas, berkata jumlah kes rogol setakat ini cukup membimbangkan. Beliau berkata, kerajaan negeri Melaka sering menerima laporan kes rogol membabitkan remaja belasan tahun.

9) Kes rasuah berleluasa Indek rasuah negara adalah lebih daripada 5.0 daripada 10, Malaysia ranking nombor 38 di dunia. Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin, Khalid Yaakup, Mad Khir Toyo serta kes penyelewengan seperti Perwaja, MAS, dan RENONG, manakah kita sebagai rakyat dapat tahu akan sifat rakus pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan penyangak-penyangak wang rakyat seperti Eric Cheah, Tajuddin Ramli, Halim Saad dan lain-lain lagi. Surat khabar perdana tidak akan menyiarkan berita sebegini kerana ia akan menggugat kedudukan Umno dan BN

10) Kegiatan sosial berleluasa Geng bohsia, bohjan, bohtua, lesbian, gay, mak nyah, Punk pun dah ramai

11) Sambutan Sosial Yang Merosakan Akhlak Berleluasa Konsert arak, ganja, lelaki perempuan bercampur sana-sini. Konsert Akedemi Fantasia tanpa segan silu menunjukkan lelaki perempuan berpelukan. Terbaru konsert Search February 2004, dilapurkan dalam akhbar Berita Harian pada 15/2/2004, konsert itu dicemari dengan muda-mudi yang hisap ganja dan minum arak. Konsert Mariah Carey 21/2/2004, KL,

12) Pemimpin mereka menghina Nabi Muhamad SAW (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

13) Harga Barangan Keperluan Yang Saban Hari Makin naik

14) Harga kereta naik Harga kenderaan akan meningkat pada kadar RM800 ke RM20,000 sebuah bergantung kepada model dan kapasiti enjin. Rakyat telah lama dipaksa untuk membeli kereta yang tidak berkualiti pada harga yang mahal. Jika rakyat Malaysia dikehendaki lebih patriotik, maka para pemimpin hendaklah lebih dahulu menggunakan kenderaan tempatan dan janganlah hadiahkan Mercedes Benz kepada anak sempena hari ulangtahun kelahiran. Hadiahkan saja Perodua Kancil atau Proton Iswara Aeroback.

15) Tol lebuhraya yang tinggi tidak seperti di Thailand lebuhraya mereka percuma.

16) Projek mega yang membazir Mahligai PM yang dibina indah sehingga 200 juta ringgit. Projek ini hanya berkepentingan peribadi, untuk dirasai oleh individu tertentu sahaja. Kalau pemimpin yang bijak, beliau akan lebih peka kepada kepentingan rakyat. Kalau dibina rumah kos rendah berharga RM40K dah boleh bina 5000 unit.

17) Hutang negara yang semakin meningkat, dikatakan negara sekarang mempunyai hutang lebih 200 Billion.

18) Pelajar Universiti perlu membuat pinjaman dan perlu bayar faedah sebanyak 4% untuk menampung kos belajar.

19) Sekolah agama rakyat, Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (PASTI) ditutup.

20) BN tidak tahu urus Ekonomi negara dengan baik Penasihat Hal ehwal ekonomi Dr. Mahathir diambil menjadi Menteri Kewangan sedangkan Mohd Nor YaaCop telah terlibat dalam Skandal Bank negara dimana dia menghanguskan duit negara hampir 10 Billion dengan memperdagang matawang diperingkat Antarabangsa sewaktu menjadi penasihat pelaburan Bank Negara! Ketika Adullah Badawi menjawat Pemangku kepada PM sewatu Dr. M bercuti 3 selama bulan, Kita ketika itu dihimpit masalah Ekonomi.. kononnya mahu mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan dia membuat keputusan menghantar balik semua pekerja Indonesia tak kira.. yang tidak ada permit mahupun yang ada permit, kalau tidak mereka akan dihukum sebat !! ketika itu Malaysia mendapat bantahan dari Indonesia.. malah industri perkilangan dan pembinaan menghadapai masalah yang besar kerana kekurangan perkerja , ketika itulah Ekonomi dan pasaran saham mula merudum.. sedar akan kesilapannya itu dia memanggil kembali pendatang asing masuk ke malaysia secara sah.. ape yang Sahnya.. yang ada ermit dulu pun dia hantar balik

21) Pemimpin BN Menghina/Memperlekeh/Mencaci/Mencerca Ulamak Ulama dipersendakan, diperlekehkan, diejek-ejekkan dan paling ketara dituduh sebagai penipu. Semua orang tahu apa yang berlaku pada bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom selepas tindakannya ke atas penyertaan 3 gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik. Sejumlah besar rakyat sudah mendengar rakaman penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada Prof Harun Din. Ulama yang memasuki Persatuan Ulama dipersoalkan, seolah-olah semua orang boleh jadi ulama bila saja menyertai persatuan. Isu Sambutan Hari Valentine: Marina Mahathir Perlekeh Mufti Negeri Perak (Artikel asal 'Love's pebbly path' tulisan Marina Mahathir dalam bahasa Inggeris disiarkan dalam 'musings' - The Star 18.02.2004). Berikut pandangan beliau - Saya telah murtad, saya rasa. Pada Hari Kekasih yang lalu, saya memberi sekeping kad kepada suami saya untuk meluahkan perasaan cinta saya. Malam sebelum itu, suami saya membelikan bunga manakala anak saya telah membuat kad istimewa untuk kami berdua. Mengikut seorang pegawai agama negara ini (Mufti Perak - dalam kes ini), kami sekeluarga telah murtad. Kami tak kisah. Baca Seterusnya...

22) Menyalahgunakan kepentingan kerajaan untuk tujuan parti

23) Menghalang Usaha Dakwah Islam Tindakan memecat Mufti yang menjalankan tugas mengikut hukum tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang dan menghalang para pendakwah (tindakan gam dari keluar di siaran TV) daripada menyatakan perkara yang hak adalah tindakan menghalang dakwah dan amalan amal makruf nahi mungkar yang disuruh oleh agama. Ulama penyokong pemerintah seperti telah dibutakan mata dan hatinya. Mereka sanggup melihat kemungkaran bermaharajalela di depan mata. Sampai hati mereka menafsir ayat-ayat Quran dan hadis secara dangkal atau sekadar melihat pada permukaan sahaja. Setiap isu yang diulas oleh mereka selalunya untuk menyetujui apa yang pemerintah mahukan. Bagi mereka ulama hanya diperlukan untuk membaca doa di majlis rasmi, menentukan anak bulan Syawal dan Ramadhan nampak atau tidak, menghakimkan tajuwid, mengendalikan nikah kahwin dan memberikan bimbingan fardhu 'ain yang dibataskan skopnya. Tuan Guru Nik Aziz dihina sedemikian rupa bagi menunjukkan ulama tidak layak langsung untuk menjadi pemerintah. Terbaru, kedapatan tulisan "Ulama Penipu" di merata tempat, bagaikan tulisan tersebut sengaja direncanakan.

24) Tiada Sistem Pembangunan Rohani Dalam Perlembagaan Negara Dan Sistem Pemerintahan. Ketiadaan sistem pembangunan rohani dalam perlembagaan negara dan sistem pemerintahan menjadikan masyarakat Malaysia pincang. Inilah antara punca meningkatnya keruntuhan moral muda-mudi, akidah dan akhlak remaja Melayu hancur lebur, umat Islam menjadi jahil, kepimpinan tidak berminat kepada Islam, remaja tidak tahu membaca al-Qur'an, hilang keyakinan pada Islam dan berbagai-bagai lagi masalah sosial. Apa tidaknya jika seorang pemimpin Islam sendiri menganggap ucapan salam sama saja seperti ucapan selamat pagi, jadi baginya semua di duniani sama ajela.

25) Mempersenda Kaedah Perubatan Secara Islam Mempersendakan kaedah perubatan mengikut Al-Qur'an. Air yang dijampi dikatakan amalan kolot dan tak mengikut zaman. Prof. Harun Din dihina sebagai menjampi secara 'mass production' dan mendapat pendapatan lumayan dari penjualan air tersebut.

26) Menghina Amalan Memakai Purdah/Bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu. Isteri dan keluarga Mahathir serta sekutunya tidak dipaksa memakai tudung agar menutup aurat. Disebaliknya orang yang memakai pula diperkecilkan.

27) Membelakangkan hukuman syariah Kes DSAI yang difitnah melakukan hubungan seks sejenis adalah sangat serius. Setiap tuduhan yang dilemparkan mengikut syariah perlu dibawa 4 orang saksi yang boleh dipercayai, jika ketiadaan saksi maka orang yang dituduh itu hendaklah bersumpah bagi pihak dirinya bahawa beliau tidak melakukannya dan hukuman seterusnya terpulanglah ke atas keadilan Allah s. w. t. di kemudian hari kelak.

28) Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid Dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir".

29) Pusat Islam hanyalah sebagai alat propaganda kerajaan Ianya bukan digunakan untuk kemaslahatan ummah. Ulamak yang ada dalam pemerintah hari ini bacul dan takut mempertahankan Islam demi menjaga hati Mahathir, mereka begitu takut sekali menasihati kemungkaran pemerintah.

30) Mengeksploitasi ahli jawatankuasa masjid, JKKK, imam dan bilal agar menjalankan dakyah dan propaganda pemerintah. Mereka dihalang malah diambil tindakan jika terdapat aktiviti atau program keagamaan yang berbau politik ataupun penentangan terhadap apa yang sedang berlaku di dalam negara.

31) Umno adalah parti anti Islam. Dalam perlembagaan Umno, Islam disebut sekali imbas sahaja. Umno mengamalkan sistem sekular yang membezakan ugama dan politik. Bagi mereka keduanya adalah bidang yang berlainan yang tidak boleh dicampur aduk. Islam juga disekat dalam sistem pendidikan (sepertimana kes 3 kanak-kanak sekolah berserban), Islam diajar hanya sebagai transparent antara guru dan murid, tak lebih dari itu sedangkan dalam Islam ilmu diajar untuk penghayatan. Pemimpin bukan Islam BN sudah berani menghina Islam, bilamana Samy Vellu berani cakap, "Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?" dalam satu ceramah di Sg Siput (Detik 15 Okt). Ling Liong Sik mengatakan kononnya "sebarang usaha untuk melaksanakan pemerintahan Islam seolah-olah memusing jam ke belakang". Sedangkan bagi mereka memang mahu melihat para remaja melepak di tempat hiburan, bar, kelab malam, disko, karaoke sambil minum arak dan menagih pil khayal dari malam hingga pagi kerana inilah lambang 'kemakmuran ekonomi', yang diidamkan oleh mereka; "Good business for them, why worry?."

32) Ajaran sesat berleluasa. Dari 55 kumpulan (1998) meningkat kepada 82 (Mei, 1999). Kenapa begitu sekali ianya terjadi. Salah satu faktor penyebab, kurangnya penekanan pada pendidikan agama sejak dari kecil (waima tadika). Sistem pendidikan negara di bawah BN berkecamuk.

33) Menyalahkan kaum Yahudi dan Soros bila ekonomi gawat Paling ketara sering menyalahkan pihak barat yang kununnya ingin menjajah negara. Tapi siapa yang jemput pemain kriket Yahudi/Israel. Kaum apakah Penasihat Ekonomi Negara Smith and Barney? Bangsa apakah perunding kempen pilihanraya BN tahun 1986, Sachi & Sachi.

34) Pemimpin Umno sanggup membiarkan diri mereka dipergunakan tanpa memikirkan kehinaan yang akan menimpa dirinya Lihat saja dengan Dollah Badawi yang sanggup mempengerusi hal ehwal babi bila kes JE meletus. Beliau juga sanggup turun untuk merasmikan tokong (rumah ibadat bukan Islam) di Kepala Batas, Jun 1999. Bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar boleh mengatakan tidak tersebut di dalam al Qur'an sebarang larangan melibatkkan diri dalam aktiviti perniagaan judi. Gajinya sebesar RM50,000 sebulan sebagai Timb Pengerusi Genting Berhad (syt judi ternama) mungkin menjadi penyebab kenapa beliau bertegas begitu.

35) Menganggap ahli pembangkang sebagai menganuti fahaman Syiah dan Khawarij. Sedangkan sistem pemerintahan yang ada sekarang pula berkonsepkan ala Syiah Sekular tak disedari oleh mereka. Penggunaan kitar semula istilah Syiah dan Khawarij menunjukkan kedangkalan isu politik Umno masa kini.

36) Mengalakkan Program TV Yang Mengkhayalkan/Laro’ Membiarkan dan menggalakkan program TV yang mendedahkan kefasikan dan nilai moral yang rendah hingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral anak-anak muda sekarang.

37) Masalah penagihan dadah tak dapat dibendung selama 42 tahun pemerintahan BN. 25 pusat serenti (mampu menampung 12,000 penagih) mengalahkan jumlah pusat pengajian tinggi. Gaya hidup masa kini, bebas berpeleseran, faktor emosi dan tekanan persekitaran rumah yang sempit mewujudkan ketidaktenteraman keluarga. Kegagalan dalam pelajaran dan paling utama kegagalan mengawal iman dan akhirnya akan membuat sesuatu dengan hanya mengikut perasaan. Adakah system pemerintahan BN tidak menggalakkan semua gejala ini. Cuba nilaikan.

38) Pemimpin BN Tidak Bermoral Apakah nilai moral yang ada pada pemimpin Umno, Rahim Tamby Chik yang kes rogolnya masih belum selesai hingga hari ini. Megat Junid dengan ceritanya yang kebanyakan orang tahu. Judi dan perempuan menjadi seperti hobi masa lapang saja bagi mereka. Tuduhan Marina Yusuf kepada Mahathir tentang salahlaku seknya hingga sekarang tak berjawab. Bagaimana pula moral Rafidah, Najib, Ghafar Baba, Ahmad Razali Ali, Tok Mat, Sabaruddin Chik, Annuar Musa, Isa Doraemon, Mohammed Taib dll. Bagaimana akhirnya kisah hubungan seorang menteri dengan kes Mustakizah yang terbunuh itu? Apakah nilai moral dan kesetiaan pada kerajaan yang ada pada Mahathir bila beliau mengutuk dan mencerca Tengku Abdul Rahman selepas disingkir dari Umno, pergi ke London dan Australia dan mengutuk Tengku. Dan guna pentas PAS untuk mencerca Tengku. Dakwa DSAI, kenapa tiada tindakan diambil bila Rahim Thamby Chik dan lain-lain pemimpin membawa wanita menggunakan pesawat peribadi melalui saluran VIP Subang? Salah orang dia nampak, salah sendiri buta mata.

39) Pemimpin BN Mengamalkan Perilaku Negatif Kepimpinan Umno/BN mengamalkan amalan-amalan khianat, pembohongan, pendustaan, pecah amanah sosial dan mungkir janji tanggungjawab kepada masyarakat sebagai budaya 'khidmat' mereka yang berselindung di sebalik tabir, "Kepimpinan Melalui Teladan", "Tradisi Membela Rakyat" (manifesto BN pilihanraya lalu), "Bersih, Cekap dan Amanah" (BCA = Boros, Curang dan Ampu) dll. Hanya tinggal slogan dan cerita semata-mata. Indah khabar dari rupa. Mereka berterusan memanipulasikan sentimen rakyat dengan keyakinan palsu kononnya negara diiktiraf sebagai negara membangun yang dikagumi dunia di bawah Mahathir. Malaysia sajalah yang mampu kekalkan pertumbuhan ekonomi 8% beberapa tahun berturut-turut yang akhirnya merudum jatuh. Malaysia jugalah negara Islam contoh kerana kejayaan dalam sektor perindustrian dan pemodenan pentadbiran Islam. Rakyat didesak agar bersyukur dan berterimakasih kepada pimpinan negara atas apa yang dinikmati sekarang. Sedangkan merekalah yang sepatutnya berterimakasih kepada rakyat kerana mengangkat mereka sebagai pemimpin dan sekaligus mengayakan mereka.

40) Martabat wanita tidak dipelihara sebaiknya Kaum wanita menjadi bahan eksploitasi perniagaan (iklan) dan bahan penarik pelanggan. Gambar separuh bogel digunakan bagi melariskan bahan jualan terutamanya majalah hiburan. Masih banyak uniform kakitangan awam wanita seperti jururawat, polis, JPJ, anggota penjara, tentera dan sebagainya tidak menutup aurat. Menurut hasil kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat 142,000 orang pelacur di Malaysia. Terjagakah maruah wanita di negara ini?

41) Rakyat Berpecah Belah Di bawah pemerintahan BN/Umno, rakyat berpecah belah kerana dasar yang Umno pertahankan tidak berasaskan kebenaran dan keadilan. Perpaduan pada pandangan Umno ialah menerima segala keputusan pucuk pimpinan parti dan sesiapa tak bersetuju dianggap pengkhianat negara.

42) Pencabulan terhadap institusi raja berpelembagaam dengan krisis pindaan perlembagaan pada 1993. Akhirnya melucutkan imuniti (hak keistimewaan) Raja-Raja Melayu. Hinggakan sekarang Raja-Raja Melayu dikatakan tinggal gusi sahaja, tak mampu menyuarakan apa-apa. Semua kuasa ada pada Mahathir. Raja-raja tidak lagi dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati sebagai lambang penyatuan umat Melayu. Malah berlaku usaha dari pihak Umno (Anuar Musa) untuk cuba 'menabalkan seorang sultan' lain yang kononnya lebih berhak untuk menjadi ketua negeri Kelantan.

43) Tanah Rezab Melayu Dicabuli Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Simpanan Melayu - atas wawasan pembangunan ala Mahathir canggih. Tanah-tanah wakaf Melayu diambilalih oleh kerajaan negeri atas nama pembangunan dan akhirnya memaksa Melayu menumpang di tanah airnya sendiri. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Akan selamatkah TRM di Langkawi bila Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

44) Bangsa Melayu Bukan Lagi Majoriti Dalam Parlimen Berkurangnya peratusan kuasa politik Melayu berbanding bukan Melayu dapat dilihat dengan jelas. Tahun 1964 Melayu mempunyai 66.3% ahli Parlimen berkurang kepada 52.1% pada tahun 1995. Sebanyak 37 DUN dan Parlimen (majoriti pengundi Melayu) Umno serahkan pada calon bukan Melayu pada 1990. Umno snggup mengorbankan maruah bangsanya atas dasar permuafakatan komponen, padahal survival orang Melayu, kekuatan politik bangsa terletak pada kuasa politik.

45) Bahasa Melayu Semakin Terpinggir Bahasa Melayu yang dicatatkan sebagai Bahasa Kebangsaan, secara praktikalnya apa yang berlaku? Bahasa Melayu semakin terpinggir, IPTA dan swasta serta agensi kerajaan dan swasta digalakkan guna bahasa Mat Salleh. Kalau adapun bahasa Melayu itupun bahasa rojak. Sekali pandang, B. Melayu hanya cuma layak jadi papan tanda di highway sahaja. Penggunaan nama Inggeris pada taman perumahan mewah, pangsapuri dan kondominium, bangunan-bangunan yang gah di KL makin menggalakkan. Mereka menjadi malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan sendiri.

46) BN Merendahkan Lagi Martabat Mahkamah Syariah Kesalahan yang bertentangan dengan Islam dendanya begitu ringan, lihatlah apa denda zina, judi, murtad, tak puasa dll. Apalah agaknya perasaan Melayu yang menghakimi kes-kes syariah ini. Umno merendahkan lagi martabat mahkamah syariah dan mengutamakan mahkamah ala penjajah biarpun kes-kes yang bersangkutan dengan penganut agama Islam. Pembesar-pembesar Melayu dilantik menjadi pengerusi dan boss di syarikat-syarikat yang bercanggah dengan Islam (seperti syarikat judi/arak/nombor ekor/kelab dangdut). Pekerja Melayu diperbanyakkan di tempat-tempat yang haram di sisi Islam.

47) Menghina dan memperlecehkan orang Melayu “Melayu Mudah Lupa”, Mahathir mengatakan pada 29 Julai 99 'orang Melayu tidak mungkin mendapat jawatan tinggi jika kriteria merit digunakan untuk menilai mereka. Katanya ramai professor Melayu dapat kedudukan kerana polisi kerajaan, bukan kerana kebolehan. Dia juga membuat pelbagai tohmahan negatif terhadap bangsa Melayu sebagai pemalas, bodoh, tidak teguh pendirian, emosional, pelajarnya hanya suka berpolitik dll. Dollah Badawi juga menghina Melayu dengan mengatakan Melayu cepat percaya yang bukan-bukan bila mengulas kes skim cepat kaya. Apa salahnya rakyat dengan skim cepat kaya pemimpin dengan skim kaya cepat.

48) Umno/BN gagal menjaga kepentingan Melayu apabila dalam kes babi dibunuh pelbagai insentif diberikan kepada penternaknya, tapi ketika wabak penyakit kuku dan mulut menyerang ternakan Melayu tiada sebarang pampasan yang diberikan bila ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Sejauh mana orang Melayu dibela dan dibantu, apakah Umno tidak pernah membuat kajian atau diberitahu, bahawa anak muda Melayulah yang paling ramai menagih dadah, paling ramai terlibat dalam jenayah di KL (kajian GPMS) dan Melayulah paling ramai menghuni penjara-penjara di Malaysia.

49) Sesetengah kementerian berat sebelah pada satu-satu kaum Kementerian Kesihatan, Tenaga Telekom & Pos, Kerjaraya dan Perumahan adalah kementerian yang penting yang sudah lama dipegang oleh menteri bukan Melayu. Terjaminkah hak Melayu di bawah kementerian ini.

50) Kementerian Kesihatan Gagal Kementerian Kesihatan gagal membantu pesakit yang memerlukan bantuan penyakit kronik. Nor Fadilah Othman yang kematian anaknya, Muhammad Nabil, 18 bulan kerana tidak sempat menjalani pemindahan hati ekoran kelambatan mendapat bantuan Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan (TKKK). Nur Auni Najihah dan Sofea Qhairunnissa juga mati tidak sempat menerima bantuan. Kemanakan perginya 100 juta yang diperuntukan oleh kerajaan kepada tabung ini.

Sebelum Beramal dan Berucap, Tuntutlah Ilmu…

By setanggi syurga on 10:10 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

Bagaimana dapat dipastikan satu-satu amalan itu dilakukan sempurna dan betul, andai pelakunya tidak mempunyai ilmu tentang amalan yang mahu dilakukan.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menegur sahabat yang berwudhuk dengan tidak menyempurnakan basuhan air ke kaki. Baginda bersabda, “Azab seksaan dan kebinasaan bagi tumit-tumit kaki tersebut”.
Riwayat Bukhari (no: 60), dan Muslim (no: 241).

Amalan yang dilakukan jika tidak menepati sunnah, tidak berlandaskan ilmu, ia tidak diterima oleh Allah Taala. Lebih dahsyat, bukan pahala yang diperoleh, dibimbangi azab seksaan yang menanti di sana.

Justeru, menuntut ilmu sebelum membuat amalan adalah kewajipan setiap muslim, tanpa pengecualian. Amat wajar guru sekalian ulama hadits, Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya, membikin sebuah bab bertajuk ‘Ilmu Sebelum Pertuturan dan Perbuatan’.


Dalilnya, kerana Allah Taala dalam Al-Quran, menyebut:

Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)” (Muhammad: 19)

Perhatikan susunan pada ayat tersebut, bagaimana Allah Taala mendahulukan arahan supaya mengetahui, sebelum menyebut arahan supaya beristighfar kepadaNya. Sifir mudahnya, ilmu mesti didahulukan sebelum perkataan dan perbuatan.

Demikian dalil al-Quran tentang perlunya ilmu sebelum amal. Apakah alasan logiknya pula? Rasionalnya, kerana setiap amalan tidak diterima Allah kecuali jika ia menepati syariat yang diturunkan. Dan tidak mungkin seseorang muslim dapat mengetahui syariat Allah, kecuali dengan menuntut ilmu. Natijahnya, wajib menuntut ilmu sebelum membuat amalan.

Akibat amalan ibadah tanpa ilmu, tersesatnya golongan Nasrani. Ibadah mereka kuat, perasaan kasih sayang mereka mendalam, dan dihiasi pula dengan rahbaniyyah yang mereka ada-adakan. Tetapi sayang, mereka tiada cakna terhadap ilmu. Lantas menjadi golongan yang menyeleweng dan sesat.

Kerana ibadah tanpa sandaran ilmu jualah, terpesongnya sebahagian pentaksub amalan tarekat batiniyyah. Lain yang disabda, lain pula yang dibuat. Yang disabda ditinggalkan, konon ia amalan orang awam. Tidak sesuai diamalkan oleh golongan khawass. Yang diamalkan pula, ada pula tokok tambahnya. Puncanya, amalan tanpa pengetahuan.

Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu supaya amalan yang dilakukan diterima Tuhan. Jangan terikut-ikut resam orang Nasrani, amal ibadatnya banyak, tetapi ilmunya sedikit.


Sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5578%3Asebelum-beramal-dan-berucap-tuntutlah-ilmu&catid=57%3Atasauf