Sedikit Coretan 6 Syawal

By setanggi syurga on 12:36 PG

Filed Under:

(catatan asal: 6hb Okt '08)

"Siti Aisyah Bakri (pj10) yang kemalangan dan dikhabarkan sudah stabil semalam baru meninggal dunia pagi tadi..Sebar..Al fatihah.."

Air mataku bergenang. Fikiranku ligat berpusing. Mencari wajah yang bernama Siti Aisyah.. Samar.. Aku masih tidak pasti.. Adik yang mana satu telah mendahuluiku ini.. Ini mesej kedua yang aku terima.. Mesej sebelumnya, hanya menyatakan adik pj10.. Aku betul2 penasaran, siapa dia. Kugagahkan juga untuk mendail pemberi mesej pertama. Suara yang penuh hiba menjawab "Siti Aisyah kak..".. Hingga di saat ini aku masih tercari2 wajah mungil itu.. Ya, aku tidak mengenali hampir keseluruhan adikku generasi 10.. Maafkan kakak dik.. Namun, perasaanku tidak jauh seperti mana aku menerima berita kematian adikku.. Cuma mungkin tidak sedahsyat dulu.. Kerana yang pasti pemergian insan yang kusayang dulu punya ikatan sedarah n sedaging denganku. Yang sudah kulihat derita n penyeksaannya..

Dalam kesibukan mengisi kemenangan Syawal, memang banyak berita2 yang agak tragis.. Dan ini antara berita yang kukira terlalu hampir dengan ku.. Maklumat terkini : Solat jenazah akan dibuat di kamar mayat QE sekitar 11.30 am untuk memudahkan pengurusan. Dan akan dikebumikan di Tawau, flight 1.15pm.. Bagaimana perasaan sang ibu di saat ini??.. Anak yang baru pulang beraya bersama, kembali ke kampus untuk mengambil peperiksaan dan... Inilah yag dikatakan ajal.. Aku,, dan tak terkecuali yang membaca.. pasti tidak akan terfikir bila kah akan berpenghujung nyawa kita??.. Peringatan besar buat kita semua yang masih hidup.. Yang pergi tetap pergi. Dan telah merasai saat-saat sakaratul maut. Kita??.. Masihkah kita berada dalam keadaan begini saat malaikat maut datang menjemput.. Atau, lebih buruk dari itu.. Naudzubillah.. Kematian pertama yang betul2 terkesan dalam jiwaku, sudah pasti pemergian adik kandungku.. Dan di situlah baru aku betul2 meyakini kematian dan putusnya hubungan antara jasad.. Terbujur kaku.. Tanpa ada suara,,hati,, walhal dia masih ada di hadapan mata kita ketika itu.. Allahu akbar.. Semoga arwah tenang di sana..

Serulah diri kita.. Yang sering terlupa n terlalai hakikat insan.. Yang sangat lemah.. Ke mana kita pergi selepas ini?.. Pastinya kembali kepada Allah.. Tiada tempat kembali selain kepadaNya.. Dan serulah keluarga kita juga kembali kepadaNya.. Tega kah kita membiarkan perpisahan berlaku di alam yang pasti sana?.. Tidak!!!!!!!!!.. Aku tidak izinkan.. Ya Allah, lembutkan hati keluargaku untuk menerima agamaMu dan ajaranMu sepenuhnya.. Kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.. Ya Allah, peliharalah adik beradikku.. Kaulah yang memegang hati-hati kami, maka lunakkan hati kamu agar menyembahMu, taat kepadaMu dan menjauhi segala laranganMu.. Ya, Allah.. Kami tidak layak untuk memasuki syurgaMu ya Allah.. Tapi ya Allah, kami tidak sanggup untuk masuk ke dalam nerakaMu.. Jauhkanlah ya Allah kami dari seksaan api nerakaMu.. dan jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat.. Ameeen...

Kepada siapa lagi harus kami mengharap selain kepadaMu ya Allah.. Kami memohon dengan sangat.........

(notes: tidak kusangka coretan syahdu ini coretan pertama ku di Syawal yang mulia ini)..

0 ulasan for this post