Ingin aku lunasi 'hutang2'ku

By setanggi syurga on 11:12 PTG

Filed Under:

Bertemankan Nasyidfm, di sebuah bilik sederhana kecil dan hawa bilik yang agak hangat, aku menyiapkan sedikit lagi tugasan yang tertangguh hampir 2 minggu lamanya. Server yang agak slow memberikan aku sedikit kesempatan untuk menulis lagi sambil borang2 itu di proses..


Tatkala aku meng'key in' borang online Nisa', tanganku terhenti. Mataku terpaku pada satu borang. Siti Aisyah binti Bakri. Nama itu cukup segar. Tanpa mengambil masa yang panjang aku terus memasukkan setiap data2 yang diperlukan. Walaupun Allahyarhamah telah pergi meninggalkan kita, izinkan dunia terus memahat setiap inci kenangan yang ada bersama beliau. Al fatihah..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dikesempatan ini, ingin aku lunasi 'hutang2'ku. 2 Syawal 1429H. Seawal 8.15 pagi, kenderaan yang ditugaskan untuk mengambilku telah sampai di hadapan pagar rumah. Tersasar 15 minit dari waktu yang dijanjikan. Tapi, ini sudah pencapaian yang bagus. Syabas!!.. Dari kelibat, hanya 2 orang sahaja yang berada di ruang mobil itu. Tanpa berlengah aku menggapai barang keperluanku yang telah aku siapkan lebih awal tadi.

Alhamdulillah, syawal tahun ini dapat juga Nisa' Kawasan Tawau beraya bersama lagi. Nampak gayanya seruan tahun lepas, hanya seorang sahaja yang terkeluar dari list. ("_,) Saudari Athirah bertindak sebagai pengarah kali ini.. Dan sebanyak 4 buah kereta berkonvoi bermula seawal 8pagi hinggalah 9malam.. Perancangan awal program ini berakhir ba'da Asar awal2 lagi aku ragui. Mustahil bagiku.. Kampung Pasir Putih menjadi pilihan destinasi pertama merangkap tempat kami berkumpul. Tepat 8.45 pagi, kereta yang aku naiki selamat sampai dan berjaya mendapat tempat parkir yang agak selesa. Sudah pasti pengalaman baru bagi driverku ini menjadi titik tolak untuknya maju kehadapan lagi dalam dunia jalan raya.. Lebih2 lagi jalan2 yang sempit.. Tolak ansur, kesabaran, kemahiran dan keberanian sangat dituntut dalam situasi2 sbegini. Mujur saja bukan aku yang drive, kalu tidak.. Hehe..

Setelah melewati 4 buah rumah di Kg Pasir Putih, kami beranjak ke Tanjung Batu.. Di sinilah bermulanya kawasan Tg Batu.. Tg Batu apa.. aku pun tak tahu.. Macam bukan orang Tawau plak.. Kalu bahagian Tg Batu ni, mmg aku serender.. Taubat, xdapat cam lagi. Masuk sana, keluar sini. Tembus sana, potong sini.. Aduh.. Bisa pusing kali begini.. Alih2, aku diamkan diri sahaja mengikut jejak sahabat.. Betapa luasnya Tg Batu n kawasan yg sewaktu dengannya ini, bermula azan Zohor saat kami tinggalkan Pasir Putih hinggalah ke azan Maghrib. Raya sakan. Perut masa tu jangan ceritala.. Mujur saja perut xboleh bersuara.. Dan sebelum menyambung misi terakhir, kami singgah sebentar menunaikan solat Maghrib di Masjid AlKauthar.. Kesempatan merehatkan tubuh yang sudah terlalu capek seharian tidak dilepaskan oleh sesiapapun termasuk aku. . Penat jugak beraya ni ya.. Jelas tergambar di setiap wajah2 Nisa' keletihan, namun masih dapat dicover dengan senyuman kepuasan. Pencapaian yang benar2 mengagumkan. Kerisauan ibu bapa di rumah sudah tidak di pedulikan lagi. Apa yang penting pada ketika itu, misi hari ini mesti diteruskan.

Ini merupakan raya ketigaku bersama sahabat2 Nisa' Tawau. ("_,). Nisa' Kawasan Tawau. Masing2 sudah punya posisi. Posisi yang boleh dibanggakan. Bukan untuk riak, tapi untuk membakar lagi obor semangat untuk terus bergerak di jalanNya.. Moga ia terus marak dan menerangi Bumi Peladang ini khususnya.. Namun, adakah kehadiran kami di Bumi Tawau ini dirasai oleh masyarakat?.. Atau kami masih berada di dalam khayalan kami sendiri?.. Naudzubillah.. Aku tinggalkan persoalan ini untuk dijawab dan dihalusi bersama. Saat meneruskan destinasi berikutnya, kelihatan sang ayah sudah lama menunggu si anak di hadapan rumah. Pengertian sang ayah dengan karenah si anak dan kawan2nya mencuit hati kecilku. Ya Allah, semoga apa yang kami buat ini bukanlah perkara yang sia-sia. Kepada semua sang ayah, terima kasih atas pengertian, keizinan dan tolak ansur kalian.. Kami tahu, terkadang kami membuat hati tuamu terluka dengan perbuatan kami. Kami yang mengaku ingin memperjuangkan agama Allah, sering melukakan hati sang ibu.. Mak, maafkan aku.. Bimbinglah aku ya Allah.. Agar dapat aku selarikan antara tuntutan agamaMu dan tuntutan hati orang tuaku.. Ameen..

Rumahku kunjungan terakhir. Sebaik tiba, aku mendahului yang lain n terus ke dapur menjenguk ibuku.. Dah sampai rumah, baru teringat ibuku. Sakitkah dia?.. Kesibukan raya2 ni kekadang boleh menjejaskan kesihatannya. Apatah lagi, adik bradikku yang lain semua kluar braya. Alhamdulillah, dia ada di dapur.. Setelah menyapanya dan memastikan dia xapa2 barulah aku kluar melayan tamuku d ruang tamu.. Kurang sejam di rumah, mereka pun menunjukkan tanda2 nak balik.. Yelah, perawan2 ni xbaik balik lewat malam. Ni pun dah kira lewat. Sebaik bersalaman, mereka pun beransur. Sebelum masuk ke dapur telingaku sempat mencuri dengar "Telefonlah si fizah, dia ada di rumah ka?.." Ish, budak2 ni.. Layan..

1 ulasan for this post

Tanpa Nama

hhmmm. ble baca artikel ni, teringat 3 tahun lepas.... kenangan berhari raya puasa di taman.... (taman apa ye, lupa la tek ko tinggal taman apa) ngan sahabat2 yg tak dapat balik kg coz tak berkeizinana dari segi kewangan... mc sue, zuria n ana... menumpang kegembiraan di teratak fatek sekeluarga... malam raya n pagi raya je, bingit bunyi telefon masing2 n mula la sume mata merah2... tak tertahan syahdu di pagi syawal, patutnya syawal di sambut gembira, tapi kami sebaliknya... (sape tak sedih ble tak dapat balik braya kat kg)... tapi hati terubat juga ngan knjungan yg dirancang... hmpr stiap umah sahabat kami berkunjung, paling best dpt bermalam kat umah kak midar di pulau sebalik... ble sebut kek coklat kak suria, teringat kenangan p umahnya... memang sedap la kek coklat kak suria,... ble la lg kak su nak turun johor ni, dulu kata nak turun bawa kek coklat kat na, tapi smpai skrg, hmpr setahun na tunggu2, tak jugak smpai...

Posted on Sabtu, Oktober 11, 2008 11:09:00 PTG