Epilog 1: PRU 10 Sarawak ~Dedikasi Buat Ayahanda Bonda~

By setanggi syurga on 3:50 PTG

Filed Under:

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya kugagahkan jua untuk membuka 'halaman' ini. Maaf pada semua yang lama menanti. Sharing is caring, tapi masih terlalu ramai yang tidak bersedia untuk berkongsi. Baik dari segi kewangan, masa hatta pengisian sekalipun. Dan aku sering dihambat dengan perasaan seperti itu. Terkadang aku tertanya, mungkinkah 'ada sesuatu' yang memungkinkan ini terjadi.. Naudzubillah..

Bercerita tentang Pilihanraya Umum Sarawak kali ke 10, April 2011. Seperti jangkaan awal, PRU Sarawak ini akan berlangsung selewatnya-lewatnya Mei 2011 memandangkan masa yang ada hanya berbaki beberapa bulan sahaja. 6 April - Penamaan Calon, 16 April - Hari Pembuangan Undi. Aku??.. Masih belum punya apa-apa keputusan. Jauh di sudut hati, ingin sekali bersama untuk membantu.

Beberapa hari selepas ura-ura pembubaran Dun Sarawak, aku dengan niat memberi sedikit 'hint' kepada orang tuaku, untuk sebuah 'permit'. Tepat 4.30 pagi 17hb Mac 2011, aku mendapat panggilan dari ibuku bahawa ayahanda tercinta sakit tenat. Gulrp!! Jantungku bagai dipanah. Pagi itu juga aku dan keluarga menghantar ayahanda tersayang ke Hospital Tawau. 5 hari ditahan di wad. Kesihatannya semakin pulih, dan aku tidak terlepas dari di uji dengan ujian kesihatan pula selepas itu. Beberapa hari juga terlantar. Ya Allah, sangat ni'mat sebuah kesihatan.

Azam ke bumi kenyalang semakin memuncak setelah mendapat sebuah pesanan ringkas. Aku ingin menyahut panggilan itu. Ayahandaku?? Apa perasaan mereka jika ditinggalkan di saat itu?? Kugagahkan jua. Semua ini hanya akan berlaku dengan keizinanNya. Orang tua hanya perantara. Jika Dia mengizinkan, maka siapakah lagi yang boleh menghalang.

Bagaimana pakej UMrah selama 2 mimggu - begitu jugalah azamku kali ini.. Malah jihad d medan tempur kali ini, aku merasakan ia lebih dari itu. Setahun = 365 hari = 52 minggu. Aku telah hidup lebih 27 tahun.. Justeru apa sangatlah tempoh dua minggu itu berbanding ni'mat yang telah diberikan selama bertahun-tahun yang telah diberikannya??...

0 ulasan for this post