Epilog 2: PRU 10 Sarawak ~Jauh Perjalanan Luas Pemandangan~

By setanggi syurga on 4:47 PTG

Filed Under:



Benar sungguh..~ Jauh Perjalanan Luas Pemandangan~ Membuka minda kotak aspirasi. Memperlihatkan kebesaran Allah, membesarkan jiwa pejuang. Minda dan jiwa perlu besar untuk menumbangkan kerajaan yang zalim. Andai jiwa lemah, maka kepada siapakah rakyat lemah ingin berpaut. 'Kitak merik mandat, kamek merik khidmat'. Demikian bunyi slogan PRU 10 bagi PAS di Sarawak kali ini di kelima-lima DUN.

Perjalanan bermula sekitar 4 petang. Bermula di Kg. Pasir Putih, Tawau. Menyusuri laluan Kalabakan. Jalan tidak bertar hampir selama 4 jam bagi kenderaan ringan seperti Myvi. Menyinggahkan diri untuk sujud kepadaNya di Surau Brantian sebelum meneruskan perjalanan di malam yang sepi. Hanya sekitar 3,4 buah kenderaan yang kami temui. Terdetik di dalam hati, tidak adakah penyamun jalanan? Naudzubillah. Dengan jalan sesunyi dan segelap itu memungkinkan pelbagai jenayah boleh berlaku. Lebih-lebih lagi di bawah kerajaan yang ada hari ini. Hanya Allah sebagai pelindung. Sebuah kenderaan lagi jauh tertinggal di belakang, sekitar sejam setengah ke belakang.

Berjaya tiba di Keningau tepat pukul 11.30 malam setelah tujuh jam setengah berada di perjalanan. Mencari tempat makan. Hanya satu dua buah kedai yang menyalakan lampu. XXX. Tempat tujuan untuk mengalas perut di tengah malam. Lapo.

Ringkasan Perjalanan: Keningau - Sipitang - Sindumin - Lawas - Brunei Kecil - Limbang, Sarawak - Brunei Besar - Miri, Sarawak.
Antara yang menarik melalui jalan-jalan di Negara Brunei Darul Salam : Rancangan Radio berunsur Islam. Kuliah Mufti > Menegur pemerintah dengan sangat tajam > Tazkirah tak pernah lekang .. Di sepanjang perjalanan, ada papan papan tanda memuji kebesaran Allah. Dan setiap papan tanda jalan di eja dalam ejaan jawi. ^_*.. Sangat indah.. & tak lupa masjid yang nyaman

Bermalam di Miri, mengecas tenaga. Sebelum menyambung perjalanan di pagi esoknya.. =)

1 ulasan for this post

selamat kembali pejuang2 kita...

Posted on Rabu, April 20, 2011 1:36:00 PG