Penat??..

By setanggi syurga on 5:36 PG

Filed Under: ,

Memikirkan tentang urusan dunia memang meletihkan. Lebih-lebih untuk aku. Muak. Mual. Nak muntah. Semua terpadu dalam satu ramuan. Ya Allah, sesaknya dunia. Aku ingin sekali lari dari semua ini. Tapi bukankah dunia jambatan akhirat? [Dan kamu semua akan diuji??].. Mahu menuju ke akhirat perlu lalu jambatan. Dan sekarang, dunia inilah jambatannya. Bagaimana untuk setiap kita lepas dari seksaan di akhirat sana. Setiap orang punya amanah yang terpikul dibahu. Amanah inilah yang akan menentukan kita mendapat pahala atau dosa. Naudzubillah..

Usrah baru-baru ini, mengupas tajuk Dasar-dasar Ilmu Dakwah karangan Dr. 'Abdul Karem Zaidan. Buku ini sebenarnya, aku kira sudah masuk tahun kedua kami 'usrahkan' atau mungkin sudah masuk tahun ketiga??. [Kepada sesiapa yang berkenaan, mungkin ble betulkn fakta ini] Baru masuk Bab yang kedua: Metode Dakwah. [Aku antara orang yang agak sukar untuk menerima sesuatu tanpa melihat perkara/tajuk [flow] sebelumnya.. Aduh, bila tengok buku ni, aku cepat hang!.. Aku kena bagi tumpuan lebih, untuk memahaminya. Huh! Dan aku sering gagal untuk mencuri masa yang baik, untuk memahaminya. Allah..]

Dalam bab metode dakwah ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antara yang telah dibincang sebelum ini ialah 'Penyakit dan Ubatnya'. Buku ini menerangkan metode atau cara dakwah yang berkesan ialah dengan mengenalpasti penyakit penerima dakwah di samping mengetahui ubat setiap penyakit. [Aku tidak berniat untuk mengulas panjang tentang tajuk ini].

Sebaik kita telah berjaya mengenalpasti perkara-perkara di atas barulah kita beralih kepada perkara seterusnya, iaitu menghilangkan syubhat. Syubhat yang dimaksudkan di sini ialah apa sahaja yang akan menimbulkan keraguan dalam keyakinan terhadap dakwah dan isi dakwahnya, sehingga terlindunglah dari kebenaran atau sekurang-kurangnya menyebabkan lambat menerima kebenaran. Perkara syubhat ini yang perlu di peringkat kita sebagai pendakwah mesti menghilangkannya bagi memastikan metode dakwah kita diterima. [Pun aku tidak berniat untuk mengulas panjang]..

Cuma sedikit, antara sumber syubhat adalah dari 'pemuka' dan 'para penguasa', yang melemparkan syubhat itu ke tengah-tengah orang banyak [masyarakat] sehingga masyarakat terpengaruh, yang akhirnya timbul keraguan dan membenarkan apa yang disampaikan oleh 'pemuka' tadi sebagai satu kebenaran yang 'mutlak'.. [Hmm.. Faham ker?..]

Perkara ketiga dalam isi metode dakwah ini ialah TARGIB dan TARHIB. [Honestly, dua frasa ini, dua hari lepas baru aku dengar. First time dengar. Ya Allah.. ~Lemahnya~] Yang dimaksudkan dengan targib (memberikan kegembiraan) ialah semua yang dapat menarik penerima dakwah dakwah untuk menerima kebenaran dan tetap dalam kebenaran. Dan yang dimaksudkan dengan tarhib (memberi peringatan) pula ialah segala yang dapat menimbulkan rasa takut kalau tidak menerima atau menolak kebenaran atau tetap berada di dalam kebenaran sesudah menerima kebenaran. Fuh! ("_,)..

Apa kaitannya dengan perenggan pertama??.. ~Adalah~.. [Aku penat.. Dan aku sedang mencari motivasi!! ~TARGIB dan TARHIB!!~ Allah.. Beri aku kekuatan ya Allah.. ]

Huh!!.. Hehe..

0 ulasan for this post