Memecah Kesunyian Senja Sabah

By setanggi syurga on 6:50 PTG

Filed Under: ,

01. Sunyi ker?.. Keheningan senja, macam xsesuaila pulak kan?.. Macam xda tajuk lain.. Hihih.. [Sudah lama mo kongsi Desktop].. Tapi, desktop ni rasanya yang paling mengujakan aku untuk ku upload.. Bertajuk 'Discover The Wonders of Sabah, Borneo'.. Agak serabut, tapi terlalu banyak maklumat.. Maklumat tempat-tempat menarik di Sabah.. Hmm.. Terasa kecik pulak tetiba Sabah ni.. Ngeh2.. Pahni mo p mana lagi ya?..

02. Ya Allah, luasnya bumiMu.. Sedang negeri yang kecil ini sahaja, masih terlalu jauh untuk aku 'puas' menikmati pemandangannya.. Sejak mempunyai minat menangkap gambar, baru kusedar betapa besarnya ni'mat 'melihat' yang Allah berikan.. Lensa mata yang punya batas sahaja, masih tidak dapat dan tak akan dapat mengatasi lensa kamera secanggih mana pun ciptaan manusia. Pun begitu, masih ramai di antara kita yang sering takjub dengan hasil seni atau apa sahaja ciptaan manusia. Aku sendiri tidak terlepas. Jarang sekali kita kembalikan semua yang kita ni'mati ini kepadaNya. Buktinya, terlalu mudah kita muncungkan mulut bila ada sesuatu yang tidak kena di hati. Sedang terlalu banyak sudah ni'mat yang kita peroleh.. Allahu Akbar.. Ampunkan kami ya Allah..

03. Berbalik kepada Sabah, negeri yang sedang aku duduki.. Apa yang menarik tentang Sabah sudah pasti orangnya.. Hihi.. Kalau di sebelah KK, anak-anak perempuannya di panggil sumandak-sumandak.. [hihi ~ betulka?].. Kalau di Tawau; cewek-cewek.. Hihi.. Ntah betul ntah tidak.. Tapi aku lebih sinonim dan selesa dengan panggilan nisa'-nisa', atau muslimat-muslimat.. Lebih sedap di halwa telinga.. Adik-adik muslimat yang hari ini, terlalu ramai yang hilang arahnya.. Bermula di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, yang terabai pelajaran, yang berpeleseran di shopping-shopping complex, yang.. yang.. Sedey?.. Apa yang mampu aku sumbangkan untuk selamatkan jiwa-jiwa mungil ini?.. Hmm.. Pimpin kami ya Allah.. Pimpin organisasi kami, agar kami dapat memberi, xbanyak, sedikit untuk generasi muda kami.

Hanya Gambar Hiasan: Tumpang Gambar ya SU NKT

04. [14 Februari tinggal beberapa hari lagi.. Berapa ramai yang akan kandas dengan serangan Yahudi ini?..]

05. Sekadar ingin hilangkan sedikit serabut di kepala.. Tapi, rasa masih belum berjaya.. Apa yang xkena ya?.. Hmm..

06. Mungkin sedikit Petua ~Bagaimana Mengelak Kerja Bertangguh~ a.k.a ~For Those yang Banyak Sangat Kerja Nak Buat~ Biasa Tak Tangguh Pun, Dah Memang Banyak Kerja~Tapi Aku Banyak Tangguhla~Hehe~ untuk 'kita' praktiskan bersama.. Sedikitla.. Nak tau lebih lanjut ble dapatkan Majalah Solusi Isu 16 [promo]..

[a] Mulakan Sekarang Juga!!
Bila dah mula sesuatu kerja, baru dapat nampak jalan n masalah yang dihadapi

[b] First Thing First!!
Ada dua pendekatan:
[i] Selesaikan kerja yang datang terdahulu
[ii] Selesaikan kerja yang pendek dan ringkas dahulu

[c] Manfaatkan Masa Pendek!!
Gunakan selaan masa pendek untuk sesuatu kerja ynag bermanfaat

[d] Things To Do Today!!

[e] Tandakan Kerja Kepada Empat Kategori!!
[i] Important & Urgent
[ii] Urgent But Not Important
[iii] Important But Not Urgent
[iv] Not Important & Not Urgent

[f] Telus Memberi Alasan!!

[g] Belajar Berkata NO!!

Hmm.. Aku yakin.. Banyak yang kita sdh apply.. Sekadar satu perkongsian.. Untuk diri sendiri sebenarnya.. Ya Allah, kuatkan kami ya Allah.. [Kerja2ku di sebalik Peta Sabah~Huhu].. Hihi.. Ok jer pun.. Saje jer.. Hihi..

1 ulasan for this post

Tanpa Nama

cam kenal jak gambar dalam desktop tu?

Posted on Rabu, Februari 17, 2010 7:22:00 PTG