Mungkinkah ini satu jawapan?..

By setanggi syurga on 5:57 PTG

Filed Under:

Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti ingin menjawab sesuatu.. Tapi, aku percaya di sini bukan medannya.. Takut nanti di anggap sebagai suatu luahan yang serius.. Atau mungkin memang serius.. [Ya, aku tau itu serius, tapi kalu betul serius, kita ada medan yang sebenar].. Bukan di sini..

Kami ada pengerusi, ble ajukan kepada pengerusi kami.. Supaya, kalu betul tindakan kami salah, kami boleh betulkn n xkan ulangi perkara yang sama.. Aku sanggup buat surat minta maaf atas salah tindakanku..

Aku punya hujah tersendiri.. Dan aku harap entry kali ini tidak akan mengundang 'panas'.. Naudzubillah.. Bukan itu mahuku.. Sekadar tidak mahu 'pandangan' di lepas begitu sahaja.. Aku minta maaf kalu tindakanku telah mengundang fitnah yang besar kepada 'company'..

~Astaghfirullah~

Kalau boleh aku nyatakan di sini, betapa takutnya aku sebelum tarikh 20hb itu.. Dengan pengumuman yang aku maklumkan di kedua2 Team Usrah tapi sambutan [sorry aku katakan] terlalu hambar.. Iya, aku tau, semua punya tuntutan masing2.. Aku serahkan semua kepada Allah.. Persetujuan Kak Darma untuk turut sama dalam projek ini sahaja yang memberikan aku sedikit harapan.. Aku sudah berjanji dengan seseorang.. Janji itu perlu aku tunaikan kerna kuyakin aku akan dapat 'sokongan' yang lain.. Hmm..

Malam 20hb panggilan demi panggilan, sms demi sms aku terima.. Kak, maaf kami xdapat datang.. Siapa aku untuk salahkan mereka?.. Iya, mereka punya tuntutan lain.. Dan aku? Aku cuma mampu berharap agar kalu x pun, 5 org yang dapat turut membantu sudah dapat menghilangkan takutku.. Walaupun aku tinggal di persekitaran orang Cina, tapi, aku tidak pernah menghadiri mana-mana perayaan mereka.. Ia terlalu asing bagiku.. Vest yang kami kenakan itu sahaja yang mampu memberikan aku sedikit keyakinan untuk tidak berlaku kekok di kediaman itu.. [Allah sahaja yang tahu..]

Allah.. Ampunkan aku atas banyak bicaraku..

0 ulasan for this post