Maklumat Demi Maklumat

By setanggi syurga on 5:29 PG

Filed Under:

Kesibukan makin terasa..

[1] Audit dari '.....' baru tiba.. Banyak jugaklah tugas yang aku lakukan sebelum ini kelihatan cukup semberono. Aku akui perkara tersebut. Dan inilah kebaikan adanya audit. Ya, aku harus selesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

[2] Malam ni meeting NISA Negeri. Mujur saja kebenaran aku dah dapatkan dari auditku. Alhamdulillah. Dah lama tak gunakan alasan 'xsebenar' untuk dapat bolos dari rumah. Kukatakan ada mesyuarat sekolah di SMK Kuhara. Mungkin bermalam, n esoknya terus ke tempat kerja. Tanpa banyak tanya lagi auditku diam.

[3] Aku rindu dengan auditku yang sebenar. Tidak sewajarnya masa yang ada bersama auditku aku sia-siakan. Dalam masa yang sama ku sedar bahawa kerja lain yang kulakukan xda yang sia-sia.

[4] Letih berprogram masih belum dapat ku bayar!!.. Aduh, tdur dalam keadaan letih kadang mendatangkan keletihan yang lebih letih!!..

[5] Untuk beberapa tempoh ini, 'kakiku' dicabut!! Untuk hari semalam, aku dihantar dan diambil di tempat kerja. Wow, luar biasa bagiku. Semoga kelapangan yang Allah berikan kepadaku walau dalam apa bentuk sekalipun..

[6] Tuntutan keluarga aku xnafikan sekarang. Sebelum ini, aku banyak tumpukan masaku di dalam bilik, tapi sekarang.. makin banyak mahu bercerita denganku. Uhuh.. Bagaimana untuk balance kan semua ini. Dahsyat2!!

Saja nak share disini. Keluarkan dari sarang mindaku. Kesempatan ni, aku juga nak wish tahniah buat sahabat2ku yang bakal menempuh gerbang perkahwinan. Aku akan update dari semasa ke semasa, coz banyak lagi maklumat2 yang aku peroleh xbrapa nak lengkap.

------------------Walimatul Urus----------------

[1] KETUA 3N NISA MALAYSIA
RAIHANA ABD WAHAB & Mohd Dzul Khairi Mohd Noor [XSILAP KAN?]
AHAD, 29 NOVEMBER 2009 bertempat di Bukit Rumah Rehat, Tapah, Perak.

[2] AJK NISA NEGERI JOHOR
NORHASNA BINTI HASSAN & ABDUL HADI BIN AHMAD SANI
ISNIN, 30 NOVEMBER 2009 bersamaan 13 Zulhijjah 1430H bertempat di NO. 265, KAMPUNG BUKIT JERING, KUALA BALAH, JELI, KELANTAN

[3] TIMBALAN KETUA UNIT KERJAYA, NISA KAWASAN TAWAU
NORHAYATY BINTI MOHD JUFRI & IRWANBUDIANAN BIN AMSAH
SABTU, 12 DISEMBER 2009 bertempat di Taman Bunga Tulip, Tawau
Nikah: 8.00 pagi (Masjid Al Kauthar)

[4] TIMBALAN KETUA UNIT KHIDMAT KAUNSELING, NISA NEGERI SABAH
SURIATI BINTI SAMSUDIN & ANDI MUHD RIZAL BIN ABD LATIP
SABTU, 12 DISEMBER 2009 bertempat di Tg Batu Keramat, Tawau
Aturcara Majlis: 11.00 pagi - 10.00 malam

[5] PENGERUSI NISA NEGERI SABAH
AISYAH IZZAH BINTI LABONGKO & RUSLI HASANI
KHAMIS, 24 DISEMBER 2009 bertempat di Dewan SK Bandar Tawau
Nikah: 8.00 pagi (Masjid Al Kauthar)

0 ulasan for this post