SEDAR: Bagan Pinang!!
By setanggi syurga on 2:35 PG
Filed Under:
Geram!! Marah!! Rasa Nak ...!!! Apa lagi ayat yang boleh menunjukkan betapa membuak2nya dalam jiwa ini tentang apa yang dilakukan oleh Be End di Bagan Pinang. Dayus!! Guna Jentera Kerajaan Malaysia sewenang2nya!! SPR!! Undi POS!! Channel TV!! Penipuan: Azeez Kene Pukul?? Samseng!! Calon Be End pulak boleh bermegah2 dengan dirinya!! Tolonglah!! Meluat!! Menyampah!! N lebih daripada itu!!
Kenapa marah sangat ni? Inikah yang ISLAM ajar?.. Sebab benda ni tak berlaku di depan mata kita!! Kalau keluarga kita yang terlibat, aku xtau bentuk apa tindakan yang kita akan buat. Peperangan 'Politik Pilihanraya' ini tidak bermula n berakhir di PRK ini sahaja. Toleh ke belakang!! Renung ke hadapan!! Lihat persekitaran kita. Apa dah jadi dengan Malaysia. Atau mungkin sebab kita bukan anak jati Malaysia, maka kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang?? Inilah jawapan2 yang biasa aku dengar dalam masyarakat Tawau. "Apa lagi yang kamu mau budak? [kami dipanggil budak kerana tidak pandai bersyukur dengan apa yang kerajaan sudah bagi] Sekolah sudah ada.. Kerja kerajaan pulak tu! Makan minum cukup.." Bila limpahan bbentuk fizikal n material jadi sogokan. Sedang iman entah ke mana.. Rosak akhlak, hancur akidah tidak lagi jadi persoalan!! Anak-anak muda kita sudah tidak dipedulikan!! Ibu bapa hilang pedoman bagaimana mahu mengembalikan anak-anak mereka sendiri kepada acuan keluarga.. Belum kira lagi acuan ISLAM. Ini semua angkara siapa?? Anak-anak kita tidak bersalah. Mereka berhak mendapat lebih baik, jaaaaaaaaaaaaaauh lebih baik dari 'sekolah', 'kerja kerajaan', 'makan minum' yang ada sekarang ini.
Masa depan yang lebih gelap lagi kepada generasi kita andai kita masih tidak mahu sedar. Sedarlah!! Bangkitlah!! Buka minda wahai orang yang punya minda. Buka hati wahai orang punya hati. Tidak ada cara hidup yang paling sesuai untuk kita hambaNya selain dari cara hidup yang Allah tunjukkan kepada kita melalui rasulNya. Dan tidak ada politik yang paling sesuai untuk kita hambaNya selain dari politik yang Allah tunjukkan kepada kita melalui rasulNya. Politik adalah satu komponen dalam hidup. Dalam keluarga ada politik. Ayah sebagai Perdana Menteri n Menteri Kewangan. Ibu sebagai Timb Perdana Menteri. Kakak sebagai.. Abang sebagai.. Adik2 sebagai.. Setiap satu ada peranannya.
Sedarlah wahai anak muda. Peranan kita cukup besar dalam mencorak perkara pokok dalam diri kita. Dalam diri keluarga kita. Dalam masyarkat kita. Dan lebih besar dalam negara kita!! Perkara iman, perkara akidah.. Persoalan ISLAM. Andai ini kita jana, yakinlah dengan janji Allah 'kemiskinan' yang kita takuti akan lari bersama jahiliah. ISLAM menjamin KEJAYAAN. 9 Pilihanraya Kecil sudah berjaya membuktikan kemenangan berpihak kepada kita. Bagan Pinang bakal menyusul!! InsyaAllah!! Sabah??.. Sabah??.. Sabah??.. Siapa bilang kita xmampu!! Allah Maha Besar!! Tinggal saja, kita dah bersedia atau belum untuk turut sama bekerja keras bersama saudara2 kita di Semenanjung sana..
Malam ini [ini dah masuk hari baru kan?], Sabtu bersamaan 10 Oktober 2009, bertempat di Markaz PAS Jalan Kuhara, bermula dengan solat Isyak secara berjamaah, mari kita bersama2 bermunajat, memohon pertolonganNya agar musuh-musuh Islam dihancurkan. Semoga Allah menerima doa-doa kita dan memenangkan ISLAM. Buat sahabat2/ para pembaca yang berada di luar liputan, bersama2lah kita Solat Hajat secara individu dan banyak membaca Qunut Nazilah.
Catatan berbaur emosi ini tidak berniat untuk memporak perandakan mana2 institusi. Tatkala ISLAM dipijak, ISLAM dihina, ISLAM dicaci, dan masyarakat diperbodoh, diperkotak katik, dizalimi maka berpeluk tubuh, berdiam diri bukan lagi penyelesaiannya. Aku tidak mampu untuk turut sama turun membantu di Bagan Pinang, cuma jeritan batin yang dapat aku teriak di blog sepi ini. Aku tahu, kalian juga rasa apa yang aku rasa. Jika masih tak rasa, ambil jari2 kanan anda, n cubitlah tangan kiri anda. Sakit tak sakit??!!.. Ulamak kita dipersenda, siapa peduli??.. Hukum2 agama kita diinjak2, siapa kisah??
0 ulasan for this post