WALAU XSEIRING, AKU JANJI KITA SEJALAN
By setanggi syurga on 10:02 PG
Filed Under:
Hujung minggu yang betul2 padat.. Thank you Allah atas kelapangan minda yang Kau berikan. Hampir trauma aku dibuatnya, bilamana jadual padat yang mengisi diari buatan sendiriku.. Betul2 padat pada posisiku yang kukira baru berjinak2 dengan jalan yang kupilih ini.. Ya Allah, beri kami kekuatan ya Allah.. Spiritual n Physically.. "Bernafas dalam Chocolate".. Bukan dalam Lumpur ya("_,).. Tq mum, atas kebenaranmu.. Walau kutahu mesti penat kau melihat anakmu berulang alik dengan motor buruk anakmu itu.. And atas kasih sayangNya jugak, hampir saja aku terkandas dengan motor2ku, dengan muatan yang sarat, tatkala minyak motorku kehabisan semasa bergerak ke PASTI TAMAN RIA senja itu. Insiden itu berlaku betul2 dengan jarak beberapa meter sahaja dengan Stesyen Minyak Petronas.. Ya Allah, terima kasih atas kasih sayangMu..
Walau xseiring, tapi aku janji kita sejalan.. Itu tema ku minggu ini.. Wow, bertema2 lagi.. Hua hua..
Terima kasih atas sokongan Bonda2..
Kembali ke sekolah setelah mengisi diri dengan program di hujung minggu, seminggu ini yang masih belum dapat kulihat arahnya.. Kabur.. Borang soal selidik FS, Laporan Mingguan untuk 2 minggu yang tertunggak, n Perancangan??.. Argh..
0 ulasan for this post