Monolog 1430H...2009M..
By setanggi syurga on 8:40 PG
Filed Under:
Salam Tahun Baru..
Memang benar apa yang biasa kudengar sebelum2 ini.. Bila sudah berlaku kehilangan baru terasa ni'mat kehadirannya. Beberapa bulan terdekat ini kukira aku cukup teruji. Satu demi satu ni'mat ditarik. Namun aku yakin dan percaya, masih banyak ni'mat yang Allah kurniakan. Bagaimana harus aku pertahankan? Dan apa yang paling penting menghargainya..
Hidup ibarat roda. Kadang di atas dan kadang di bawah. Apapun, semua ini haruslah dimulai dengan usaha selain perkara2 yang lain. Sukar untuk aku berikan tumpuan sekarang ini. Berkecamuk.. Semua sarat dalam rangka otakku. Namun tiada satu pun yang terzahir dengan tindakan. Sedang kutahu, perjalanan yang panjang harus diatur dengan langkah pertama. Ya Allah, pimpinlah aku. Sukarnya untuk membuat keputusan. Membaca tulisan ini sahaja sudah tergambar kurasa perasaanku. Berbeza dengan sahabat2ku yang lain.. Mulai sibuk dengan agenda masing2, namun aku.. Aku masih di persimpangan.. Berada di alam maya. Maya??.. Bangkitlah dari lamunan. Mudah untuk dilafaz, mampukah aku untuk mengungkai setiap kata yang kulafaz?.. Ah, jiwang!! Di mana harus kuatur langkah pertamaku?!! Aku rindu 'aku yang sibuk' dulu.. Sibuk??.. Sibuklah berbanding sekarang..
Hari terus berlalu.. Meninggalkan mereka yang leka.. Meninggalkan mereka yang celik.. Dan aku?..
Tahun baru, sepatutnya seiirng bersama azam yang baru. Apa yang aku lakukan sebelum ini, sehingga aku tidak punya masa.. tidak punya ruang untuk mengatur azamku sendiri.. Apa semua ni?.. Hmmmh... Cepatlah berlalu 'tempoh' yang membosankan ini.. Dan kuyakin Allah masih memberikanku peluang.. Berikanlah aku kesempatan ya Allah.. Berikanlah aku keazaman yang tinggi.. Tunjukkanlah aku jalan..

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan for this post