HAMAS KAMI BERSAMA KALIAN
By setanggi syurga on 7:54 PG
Filed Under:
Saya mengenali HAMAS sejak awal penubuhannya pada penghujung tahun 1987 . Masa tu saya masih menuntut di Pondok Pasir Tumbuh , Kota Bharu Kelantan .
HAMAS yang muncul memimpin intifadhah [ kebangkitan ummah ] di Palestine telah mampu menggugat kedudukan Israel Alaihi Laknatullah setelah PLO kelihatan terlalu berdiplomasi dengan Israel .
Semenjak itu , harapan ummat Islam tertumpu kepada HAMAS untuk terus berjuang membebaskan al Quds . HAMAS yang dilihat sebagai cabang Ikhwanul Muslimin di Palestine terus gigih berjuang biarpun satu demi satu para pejuang dan pemimpin mereka gugur sebagai syuhada' .
Mac dan April 2009 ini akan genaplah 5 tahun pemergian Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin [ syahid : 22 Mac 2004 ] dan Asy Syahid Dr. Abd Aziz Rantisi [ syahid : 17 April 2004 ] . Suatu pemergian yang telah meninggalkan impak besar dalam jiwa pejuang Islam di seluruh dunia .
Palestine dan Al Quds bukan lagi isu HAMAS tetapi menjadi isu untuk semua ummat Islam khasnya PAS yang juga merupakan rangkaian Gerakan Islam antarabangsa .
Jelasnya kita tidak boleh tinggal diam lagi melainkan satu langkah berkesan wajar diambil untuk meletakkan kita bersama dengan HAMAS di Palestine terutamanya di Semenanjung Gaza yang kini sedang dihimpit ganas oleh rejim Zionis Yahudi Alaihim Laknatullah .
Bukan sekadar doa [ tanpa menafikan kepentingan doa sebagai senjata mukmin ] , bukan sekadar demo [ tanpa menafikan pentingnya ummat menyatakan sikap dan menunjukkan perasaan ammarah mereka terhadap kekejaman Yahudi ] , bukan sekadar derma [ tanpa menafikan keperluan wang ringgit untuk membiayai perubatan dan keperluan makanan mereka yang terkepong di Gaza ] , bukan sekadar boikot [ tanpa menafikan kewajaran memboikot product Yahudi dan sekutunya Amerika agar lumpuh ekonomi mereka ] tetapi ...... lebih daripada itu mesti difikirkan agar tindakan kita memberi kesan besar yang mampu mendorong pengunduran Israel Alaihim Laknatullah .
Pun begitu , kalaulah seluruh ummat Islam benar - benar bersatu memusatkan doa mereka penuh khusyu' kepada Allah swt , keluar berhimpun dalam jumlah yang mampu menyentuh angka 5 - 10 juta [ di Malaysia sahaja ] , menyalurkan sumbangan wang ringgit kepada agensi yang dipercayai amanah pengurusannya pada kadar mencecah lebih 50 billion ringgit [ di Malaysia sahaja ] , tegas memboikot sehingga menyebabkan lebih dari 50 % kilang , pasaraya dan kedai yang memasar dan menjual product Yahudi dan Amerika bungkus dan gulung tikar , saya percaya ia sudah cukup berjaya dan mampu memberi tekanan kepada Yahudi .
Namun segalanya terhenti di atas kalimah Kalaulah .... dan sungguh malang 1001 kali malang , dalam terhadnya keupayaan kita untuk membantu masih ada lagi yang bersikap acuh tidak acuh dalam perkara yang sememangnya mereka boleh lakukan .
Lihat lah , berapa buah masjid buat solat hajat dan qunut nazilah dalam negara kita hari ni ? sedang mereka boleh buat untuk menghantar bantuan segera seringan itu ! .[ tak sampai separuh masjid di seluruh negara yang berbuat demikian ]
Lihat lah , berapa ramai orang menghulur derma untuk Palestine ? sedang mereka mampu berbelanja besar dalam perkara lain . [ tak sampai pun 10 juta collection yang dibuat ]
Lihat lah , berapa orang yang sanggup meninggalkan sementara kepentingan diri untuk keluar berhimpun menyatakan bantahan di hadapan kedutaan Amerika ? [ lebih ramai FRU dari ummat Islam yang berhimpun ]
Lihat lah , berapa ramai pula yang sanggup memboikot product keluaran Yahudi dan Amerika ? [ sehingga pasaraya Yahudi dan Amerika dengan segala product mereka masih gah di negara kita ]
Apa Yang boleh Kita lakukan
Sebagai contoh , kalau selama ini kita menggunakan kereta keluaran amerika , tiba - tiba kita nak tukar pakai kereta buatan Malaysia kerana nak boikot Amerika . Kita rasakan terlalu payah dan sukar untuk berbuat demikian .
....... tetapi kita masih boleh buat yang mudah - mudah seperti berhenti menghisap rokok yang rata - rata rokok ini adalah memulangkan keuntungan besar kepada Amerika dan Zionis Yahudi untuk membunuh ummat Islam di Gaza . ... dan kalau masih mahu merokok , bolehlah merokok dengan rokok buatan Malaysia iaitu rokok daun nipah . [ namun sebaiknya berhenti terus ]
Jika yang ini pun kita tidak sanggup , saya tidak nampak apa lagi yang boleh kita lakukan untuk ummat Palestine melainkan sangat nyata bahawa kita berada di pihak Amerika dan Yahudi dengan terus menerus memberi wang ringgit kita kepada mereka untuk membunuh ummat Islam di Gaza , wali'yazubillah .
Selain kita serius dalam melakukan apa yang sememangnya kita boleh lakukan , saya juga mencadangkan agar Gerakan Islam seluruh dunia termasuk PAS merancang untuk menghantar skuad sukarela untuk berjuang membantu HAMAS dan ummat Islam di Gaza . Saya percaya Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai tenaga yang sanggup dan berani mengorbankan harta , darah dan nyawa demi Islam dan ummatnya di Gaza .
Kita masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.
Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :
“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.
Ayuhlah kita bangkit . Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan - rakan HAMAS di Palestine . Maka tunggu apa lagi .....jika OIC dilihat tidak memiliki sebarang daya kekuatan zahir dan batinnya , saya kira Gerakan Islam Sedunia lah yang perlu menubuhkan skuad sukarela untuk membantu ummat Islam di Gaza sekaligus membebaskan al Quds .
(Dipetik drpd blog Ust. Nasrudin Tantawi)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan for this post
Free Palestine....
Adry @ http://www.adrysabry.com