Resepi Cheesecake Taram (Bakar)

By setanggi syurga on 9:22 PTG

Filed Under:


Base
150gm/10 keping biskut Digestive (kadang² saya guna Oreo, buang yang putihnya) (hancurkan. Saya guna blender kering)
90gm butter (cairkan)

Ambil baking paper, letakkan dalam acuan membuat kek. Saiz acuan pun ikut suka. Acuan kecil saiz kek akan menjadi tebal. Kalau nak mudah, pakai cake cup yang warna putih tu. Kalau tak pakai baking paper pun tak pe, guna tips yang biasa saja. Salut marjerin dan tepung kat dalam acuan tu. Campur dua² bahan ni. Tekan padat² dalam acuan tadi. Pastu masukkan dalam peti ais (semalam tak buat macam ni, hasilnya tak berapa cun).

Filling

500gm cream cheese
1/2 cawan gula halus (cawan jangan besar sangat)
2 biji telur gred A
1 sudu kecil vanilla essence (semalam saya guna serbuk)
Kulit limau (grated. Kalau nak cepat, saya kupas kulit tu. Potong dan blend pakai blender kering)

Pukul cream cheese + gula sampai kembang. Masukkan telur + vanilla. Masukkan kulit limau. Nak masam letak lebih banyak. Saya suka jika kek ini lebih masam.

Adunan yang dah siap tu, tuangkan ke atas base. Bakar dalam oven - suhu 180°C, tempoh 20 minit. Bila dah masak, boleh nampak kekuningan sedikit. Kalau merekah maknanya suhu terlalu panas. Solution - topping. Kek jangan dikeluarkan dari oven. Sendal sedikit pintu oven agar ia sedikit terbuka dan biarkan ia sejuk sendiri tanpa perlu dipaksa.

Keluarkan dan bubuh la topping apa pun. Nak hias ke idak terpulang. Kadang² saya suka juga kalau letak hirisan coklat di dalam adunan. Ikutlah. Resepi kan sering berevolusi.

Ni cheese cake taram namanya. Simple tapi masih rasa seperti cheese cake.. hehehe! Kes masuk bakul le ni. Jenis yang sejuk, saya belum cuba walau pun serbuk agar² tu ada. Suami pernah bawa ke pejabat sekali. Off course la saya hias extravaganza punya. Ada yang suka dan bertanya harga. Tapi saya yang tak nak. Masak hanya untuk suka² sebab suka tengok orang makan banyak².

Sebenarnya kos buat cheesecake kalau ikut resepi ini murah sangat. Paling mahal - cream cheese. Jangan beli cream cheese di supermarket tapi beli di tempat bekalan bakeri. Satu bongkah 250gm di supermarket berharga lebih kurang RM11-12 (malah ada tempat yang lebih mahal), di tempat bakeri yang saya selalu beli cuma RM11 untuk 500gm!

Saya bagi juga contoh resepi topping kat sini:

Lime Curd
1/3 cawan tepung jagung
1/2 cawan jus limau
1 cawan air
3/4 cawan gula
3 kuning telur
1 sudu besar butter

Campurkan tepung jagung, jus limau, air, gula atas api sederhana. Bila pekat, angkat dari api dan campurkan kuning telur. Bila sebati, letakkan semula di atas api kecil, kacau dan campurkan butter (bagi kilat).


Cubalah... tak susah pun.. Maaflah.. bahasa yang bercampur-aduk. Sungguh tidak rajin untuk check balik... Selamat memasak!

(Sumber: http://sue-aleen.blogspot.com/)
tumpang ya.. kebetulan tgh kumpul resepi.. kumpul jer, buatnya xtau lagi..
Mm.. Ngantuknya tengok kek ni.. Hehe

1 ulasan for this post

Tanpa Nama

mmmm....
yum,yum....

Posted on Jumaat, Oktober 17, 2008 10:15:00 PTG