Izinkan aku peram habis rindu dendamku..

By setanggi syurga on 12:26 PG

Filed Under:

(catatan asal: 25hb Sept '08)
Baru sebentar tadi sahabat muslimat pj5 yang kurindu meneleponku.. Kulihat sahaja namanya pada skrin hensetku yang buruk itu, hatiku melonjak.. (adus sakitnya mengayat ni..) Ni kol ke, miskol jer.. Bukan ble percaya budak2 ni.. "Budak"?.. Nak jadi mak budak dah dia tu... "Wani........." Teriakan itu yang muncul d mulutku, tanpa salam didahului.. ("_,).. Alhamdulillah dah masuk 4 bulan dah kandungannya.. Aduhai, nk jadi mak buyung dah sahabatku sorang ni.. Sayangnya tak dapat ku "cubit" dia lagi.. Yang....


Ingin sahaja aku berikan dia alamat blog ku ini, tapi aku sedar bukan semua orang punya peluang mengakses seperti aku.. Ya, ini hakikat yang perlu aku sedari.. Agar hatiku tidak terlalu mengharap.. Masih ada cara lain untuk kami terus berhubung.. "Suara Hati" Ya.. bicara kita adalah bicara sufi..

Kaki sapa plak tetiba kat tepi tu.. Macam kaki milin jer? Hehe.. Cikgu milin.. Sibuk dah cikgu tu kat Johor.. Johor kan Na?.. Na kata, duduk jer senegeri tapi nk jumpa punyala payah.. Hmm... budak2 ni.. sume dah ikut haluan masing2.. Kejap jer 3, 4 tahun kat kampus. Aku jer yang saja duk lama.. Nilah hakikat kehidupan. Hanya yang pandai menghargai sahaja akan dapat merasai faedahnya. Indahnya hidup punya matlamat dan tujuan. Terpandu arah..

Talam ini, talam kontroversi.. Habis jatuh kredibilitiku gara2 talam biru ini.. Talam biru, talam biru.. Macam sedapkan? Memang sedap pun.. Penuh cerita 1001 kisah seawal 3.00 pagi ("_,).. Ujian ketahanan.. Pop quiz!!

Bingit telingaku satu ketika dulu d dalam sebuah miting program tak lama selepas kejadian tragis tu. Bila tiba giliran post makanan bg laporan, tetiba satu suara garau bertanya, si fate' d mana?.. Ish2.. "Penghinaan" yang sangat tajam ku rasakan.. Tobat aku xnk dikaitkan dengan bahagian makanan lagi lepas tu.. Bukan aku yang bersalah.. "Lembu bagi susu, orang lain dapat nama". Tak sesuai la peribahasa tu kan?.. Ni melibatkan perkara buruk, bukan perkara baik.. Mana2la..

note: ada sorang budak comment.. La, crita kisah lama ker kak/crita dulu2?.. ish, nasib baik budak tu jauh, kalu x, dh lama kene.. hehe.. kisah lama la sedap crita.. nk crita kisah akan datang, nanti overla pulak.. haha

0 ulasan for this post