Misi Mencari Angle..

By setanggi syurga on 3:59 PG

ulasan (0)

Filed Under: ,

Hujung minggu yang agak terisi(mo mengaku padat xjugak), memberi satu kesan yang sudah pastinya me'letih'kan. Itu fitrah yang xda sapa boleh sangkal. Tinggal saja mencari penawar itu yang terpenting bagiku agar Hari Pertama di Minggu yang Baru lebih ber'aura'.. ("_,).. Aku xnafikan penangan fb sedikit sebanyak memberi impak.. Positif negatif, masing-masing punya rasa yang berbeza.. Apapun, thanx Kak Ain yang sudi berkongsi mengubah persepsi menjadikan Hari Isnin merupakan hari yang menarik!!

Posting Misi Mencari Angle kali ini aku jadikan sebagai 'Entry Sulung' setelah lama berehat dr dunia blogging.. Hurm.. Terlalu banyak yang ingin dikongsi, atau at least untuk catatan peribadiku sendiri sebenarnya..

Moga Angle2 selepas ini lebih banyak berbicara.. Next week Muktamar Muslimat PAS Negeri Sabah, 29hb Mei 2010.. Dan sehari sebelumnya akan berlangsung Program Bina Naqibat.. So, pada semua yang terlibat diharap dapat menyiapkan diri dan dapat memanfaatkan peluang yang ada sebaiknya.. Angle?.. Seiring objektif program!!












Nota buat Diri:
01. Banyakkan minta dengan Allah supaya didatangkan rasa manis berprogram.
02. Minta dengan Allah, supaya tidak terlalu disibukkan dengan urusan dunia yang meletihkan.
03. Minta banyak2 dengan Allah: Agar sentiasa dipandu dalam apa jua tindakan.
04. Minta dengan Allah: Supaya kita ada sedikit masa, ruang n peluang untuk mengkoreksi diri.. Mencari Potensi Diri.. Memperbaiki Kelemahan Diri..
05. Minta dengan Allah: Supaya tegur kita jika kita terlalai dari urusan agamaNya.. Urusan membantu agamaNya.
06. Minta dengan Allah: Mengingatkan kita selalu kepada 'jalan' yang kita lalui hari ini bukan pilihan!! Tapi, amanah yang dipertanggungjawabkan.. Hari demi hari, tanggungjawab semakin bertambah.. Sibu dah menang, Sabah?.. Dah sedia ka belum?.. Anak-anak muda harapan dimana??..

Semua ini, n banyak lagi kita kena minta!! Jangan pernah fikir, semudah itu perjuangan.. Dihampar dengan permaidani tak kira apa warna sekalipun.. Jangan pernah fikir, semudah itu rasa ingin berusrah!! Dengan hanya sekali pesanan ringkas, membuak2 jiwa ingin hadiri usrah.. Ingat sahabat, syaitan dah janji nk halang kita.. Nafsu nak bantu dalam 'ujian2' ni.. So, beware!!

Ya Allah, bantu aku ya Allah.. Ingatkan di kala aku lupa.. Kurniakan aku sahabat2 yang sering mengingatkan aku.. Jangan sesekali ya Allah, Kau jadikan aku pelemah kepada mereka yang berada di sekitarku.. Dan ingatkan aku selalu ya Allah, yang aku tidak ada apa2, tidak beri apa2 kesan terhadap agamaMu sedikitpun.. Kau boleh gantikan aku n sesiapa sahaja dengan orang yang jauh lebih baik..

Ruang 1: Madinah ~ Masjid Nabawi

By setanggi syurga on 6:52 PTG

ulasan (0)

Filed Under: ,

Mencari kesempatan memang agak sukar sekarang. Memenuhi masa 'rehat' untuk diri sering aku utamakan sekarang ini. Kenapa harus ini terjadi? Hampir dua minggu sudah berlalu 'perjalanan panjangku', tapi masih tak mampu untuk kuatur kembali jadualku supaya kembali stabil.. Ya Allah, beri aku sedikit kekuatan..

Berhati-hati dalam berkata2 juga harus aku beri perhatian sekarang.. Begitu siniskah aku sejak akhir-akhir ini?.. Aku jadi semakin keliru.. Bukankah bila terlalu memendam membuat orang boleh jadi rimas terhadap kita??.. Aku rasa aku dah cukup xbanyak cakap, tapi masih perlu jadi 'terlalu' berhati-hati dalam berkata2..


Kurangkan monolog, tingkatkan prestasi!! Motivasi untuk diri!!

Sekadar untuk memenuhi janji sebelum ini, untuk mengupload sedikit lensa dari Tanah Suci.. Moga kenangan itu terus mekar dan membuahkan iman.. Mampu menerobos sempadan iman.. Allahu Akbar!! Rindu..

Ya Allah, rindunya aku dengan Masjid NabiMu..



Salah satu kedai berhampiran hotel tempat menginap.. Sesetengah kedai, sebelah malam diorang tutup dengan kain jer barang2 jualan mereka yg kat luar.. Kalu kat Malaysia buat macam tu, alamat bengkrap la..

Rindu!!!! [Ada kisah menarik disebalik foto ini].. Ngan MakCik Maya.. Ketawa malam-malam buta sampai nak pecah perut.. Allah..

Aku Kembali ("_,).. Alhamdulillah

By setanggi syurga on 4:20 PG

ulasan (1)

Filed Under:

Gambar Hiasan

Alhamdulillah.. Setinggi2 syukur.. Syukur yang teramat syukur.. Dengan izinNya, akhirnya berpijak jugak aku dibumi tercinta ini.. Semoga cintaku kerana iman walau iman senipis kulit bawang.. Senipis kulit bawang inilah yang perlu untuk aku jaga.. Bajai.. Moga2 terus diberi perlindungan dengan rahmat kasih sayangNya.. 99 Nama Allah.. Dua ini yang utama Ar Rahman n Ar Rahim.. Allah.. Utama di antara yang utama..

Juga syukur kupanjat, sebaik berpijak di bumi Tawau lewat petang semalam, sudah ada sedikit kerja yang dapat kukemas.. Diberi kekuatan untuk mengupdate sedikit kerja.. Untuk bekalan hari-hari mendatang.. Cover kerja yang telah kutinggal.. Bukan sedikit kerja yang perlu di follow up, tapi entah kenapa seperti ada momentum baru.. Tanpa tekanan itu yang penting..

Ya Allah, permudahkan urusan kami.. Kami hanya ada Allah dan RasulNya.. Bantu kami ya Allah.. Pandu kami.. Berkati setiap urusan kami.. Ameen.. Allah..

Tenang..

By setanggi syurga on 9:37 PG

ulasan (1)

Filed Under: ,

"Bermacam-macam dalam kepala sekarang.. Semua benda nak kluar.. Kenapa mesti di saat ini.. Ya Allah, beri aku sedikit kekuatan.. Mudahkan urusan-urusan kami hambaMu.. Allah.. "

Kau uji kami, tanda kasih sayangMu.. Aku pegang kuat bait2 kata ini ya Allah.. Tidak ada tempat pengaduan kami selain kepadaMu ya Allah.. Ya Allah, kurniakan kami sahabat-sahabat yang turut sama ingin menegakkan kalimahMu di muka bumiMu ini.. Satukan hati-hati kami.. Jauhkan kami dari syak wasangka sesama kami.. Pelihara kami ya Allah.. Kuatkan kami ya Allah.. Jadikanlah kami penguat sesama kami.. Dan jangan Kau jadikan kami pelemah kepada yang lain..

Buat sahabatku semua, aku kasih kalian.. Aku kasih kalian .. Cinta.. Sayang Lillahi Ta'ala.. Semoga persahabatan kita.. Ukhuwah kita akan beroleh Cinta Illahi.. Berbuah hingga ke Syurga..

Andai ini, nota terakhirku.. Halal kan makan minumku.. Ampunkan kata-kata yang kutahu terlalu banyak mengundang pecahnya hati-hati kalian.. Semoga kita masih dipertemukan.. Masih diberi izin untuk terus berKERJA berSAMA..


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

~("_,)~

Siri Musafir: @ Kuala Terengganu

By setanggi syurga on 6:42 PG

ulasan (0)

Filed Under: ,

Atas permintaan, aku uploadkan juga beberapa kepingan foto semasa keberadaan di Bumi Terengganu Darul Runtuh.. Walaupun xsempat melawat keruntuhan-keruntuhan itu atas faktor kesuntukan masa, namun, dari perbualan-perbualan bersama beberapa penduduk tempatan jelas membuktikan rasa meluat mereka dengan pemerintah yang ada sekarang..


Semoga cepat berakhirnya kesengsaraan ini.. Allah..


~Tempat Menunggu Sementara PakCik Datang Amik~

Air Buah Gelas Besar

Banyaknya barang.. Bukan masa datang tu 1 beg belakang je ker?.. Hmm..
[Pesanan orang ba.. Uhuh.. Hihi]

Terima kasih sahabat Nisa Johor yang sudi jadi Teman Musafir ("_,).. K.Har dan keluarga.. Kak Nor n suami (PakCik) yang sangat banyak membantu.. Ala, lupa nak amik gambar kepok lekor..

Juga kena 'dera' bawak keta kat round KT.. Uhuh..
Lama xbawak keta m'.. Abih tersengguk2.. Hihi.. Thanx Kak Ani.. ("_,)..

Aku Sedang Berada di Satu Tempat..

By setanggi syurga on 9:38 PG

ulasan (1)

Filed Under:

Bismillahrahmanirrahim..


Indah sungguh ukhuwah Islamiyyah.. Hanya ini yang mampu aku lafazkan di saat ini. Semoga aku terus thabbat di atas jalanNya ini.. Ya Allah, aku tidak mampu.. Bantu aku ya Allah.. Dalam tempoh seminggu ini terlalu banyak kutipan-kutipanku.. Ingin sahaja ku catat di sini, namun ku percaya ini bukan medannya.. Aku sedang terfikir untuk 1 blog baru untuk catatan informalku.. Terlalu banyak yang ingin ku catat n buat masa ini aku masih xbersedia untuk kongsi seperti catatan yang lain..

Hmm..

Perlu ker cakap macam ni kat cni.. Kan baik buat jer tanpa gtau.. =p.. Hmm.. Allah..

Hari ini sahaja.. Terlalu banyak input.. Lagi problem xda gmbr yang dapat kutangkap.. Dengan hanya sehelai baju, aku berjalan jauh.. Berhari2.. [Lebih dari sehari, berhari-hari la kan?.. Hihi].. Xda bawa kamera.. Tu satu, yg lagi tensen, bateri hp dari semalam terpaksa d matikan.. Untuk save bateri.. Tapi macam tu pun, skrg ni bateri dah betul2 kong.. Uhuhuh.. Xdapat nk kontek sesape.. Apa kesudahan musafirku ini?.. Allah.. Allah.. [Pergantungan hanya kepada Mu ya Allah]..

[[Aku yang xpandai berbicara?.. Yer, aku sedar, aku xpandai berbicara.. Perlukah berubah.. Bukankah setiap orang punya personaliti yang berbeza.. [Kenapa perlu berubah??..].. Allah..]]..

Ya Allah, terima kasih atas setiap pengalaman yang Kau berikan kepadaku sehingga ke hari ini.. Hingga ke saat ini.. Aku berada di satu tempat.. yang.. aku nak sangat pergi.. [Walau pun ada tempat yang lagi aku nak p]..

Mak, ayah.. I miss u all.. [Alahai, manje nyer.. =p].. Orang kata, anak sulung manje.. Ngeh2..

13hb Mac 2010

By setanggi syurga on 9:54 PG

ulasan (2)

Filed Under:

Hari ini 13hb Mac 2010. Banyak agenda yang berlaku pada tarikh ini. Dan banyak juga yang terlepas dari aku mengikutinya.. Antaranya.. Uhuh.. Sedehnya nak sebut.. Ekspedisi Amal Anjuran "NISA' Negeri Sabah".. Wua... (meraung tak berair mata).. Hihi.. Aku baru sahaja balik dari menghantar ahli rombongan.. Dan paling menyedihkan (macam manalah boleh terlupa).. Aku xbawa kamera.. Adui!! Tensen tahap gaban.. Walaupun kamera hanya kamera cikai, tapi disitulah sumber inspirasiku (Uwek).. Hihi.. [Sedey..]..

Apapun selamat berekspedisi sahabat2ku.. And thanx a lot atas doa2 kalian untukku.. Sikit lagi nangis tadi.. Mujur sempat kutahan (Hihi).. Doakan aku juga ya.. Moga terus thabbat dalam jalanNya ini. "Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar.. Bukan sedikit pedih yang ditagih..."

Aku nantikan gambar2 kalian.. Nani, jangan lupa penuhkan 8GB memory kamera Kak Kay tu.. Hehe..

Agenda lain biar masih jadi rahsia.. Rahsia ker.. Silap2.. Biar untuk tatapan sendiri.. Tak perlu dimaklumkan.. Tak penting.. Diorang sekarang dah sampai mana ya?..

Hanya ini foto yang dapat kutangkap.. Ehsan dari "Phone China" ku.. Huhu..

"Cukupkah sudah orang yang tinggal?"
[Haha].. Soalan yang salah.. Sepatutnya..
"Cukupkah sudah bilangan orang yang pergi?"
Kejam!! [=p]

Adedei..
Bikin jeles betulla budak2 ni.. Uhuh.. Xtahan..

Suasana di dalam Bas! Fiuh!
(Xpe.. InshaAllah.. Adalah hikmahnya tu aku tak dipilih kali ini)
Semoga selamat ya..

Xde Story.. Sj Blogging.. Jom Dzikir..

By setanggi syurga on 8:53 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

Sudah seminggu rasanya xblogging.. Mungkin ramai yang ternanti2.. =p.. Hihi.. Ntah kenapa suke sgtla ikon =p tu kluar sjak akhir2 ni.. Uhuh.. Apela.. Hihi..

Hujung minggu ni.. Terlalu fixed.. Dua hari sebelum hujung minggu pun sudah terisi dengan meeting di sebelah malam.. Dah lama xkuar malam.. Ttiba kuar malam 2 malam berturut2.. Mujur saja parents I bagi.. Thanx Mum.. Thanx Dad.. Rasa2nya, diorg xnk bagi jugak sebenarnya tu.. Tp dah anak dia xminta izin pun.. Just gtau nk kluar, so nk xnk bg jugak ler.. Uhuh.. Maaf ya Mum, Dad.. (Saja jer panggil Mum n Dad, padahal panggil Mak jugak yg sebenarnye.. Hihi)..

Xde nk story apa pun.. Saja menghabiskan masa.. Sementara mata belum mengantuk.. Opps lupa.. Dah minum Radix patutla mata xnk tutup.. Hihi.. Crita ttg Kopi Radix, br tringt ada keje nk buat.. Sbb tu minum Radix.. Kali terakhir minum Radix minggu lalu.. Hmm..

Ada bnda nk cakap.. Tp xtau nk story mula kat mana.. Hmm.. Perlu ker?.. Hihi.. (Kan Tyha?..).. Hihi.. Xperlu la.. Aku kena byk bljar lagi lah.. Nak cari guru ni.. Kat mana erk ble berguru?.. Bukankah pengalaman guru terbaik?.. Rasa sesak sangatlah.. Allah..

Lama xdgr zikir..
K, dah pasang zikir..
(Kepada diri, selamat menghayati)..

And selamat meneruskan kerja.. (Kan, byk kerja nak buat sblm 13hb?.)..

Oya, tadi sempat gi lepak2 ngan 3 org lg member.. Dari 1 kategori ke 1 kategori kami diskusikan.. Hihi.. Ya Allah, dah tua pun kami2 smua.. Hihi.. Allah.. Thanx Syah, D, n Kay.. Lama jugak aku duk plawa gi makan sama2 td n xbersambut.. Dah dekat dengan keta, barula persetujuan di capai. Hihi.. Isk2!!..

Kepada sahabat yang bakal berekspedisi Round Sabah: Selamat ya.. Selamat Pergi n Balik.. I tunggu U all punya gambar2.. Nani, pendokumentasian jangan lupa kasi meletop ya!! Hihi.. Jangan kamera jak canggih!! Hihi.. (Ok syg?.. Hihi.. Mir, jangan jeles ba aku berkasih syg.. Hihi).. Jelesnya.. Mo ikut ekspedisi!! Huhu!!

[Sambung Dzikir] ("_,)

Ubat Buat Diri

By setanggi syurga on 8:57 PG

ulasan (0)

Filed Under:

Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.


Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

I'm back [=p]

By setanggi syurga on 9:57 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

1. Sorryla banyak membisu.. Hehe.. Jalan2 jap kuar Tawau.. Ok gak..

2. Xda apa2 sdh.. Hopefully, xda papa sdh dipihak yg lain

3. Mo tumpu agenda besar lagi..

4. Hmm.. Moga2 terus diberi kekuatan.. Kesihatan.. And dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat..

5. Mohon doa sahabat2 sume..

6. Tq for all.. Luv u all

Baki Sehari di Tawau

By setanggi syurga on 7:53 PG

ulasan (0)

Filed Under:

01. First, salam Maulidur Rasul.. Semoga roh perjuangan Rasulullah yang dapat kita jadikan role model dalam kehidupan.. Aku menyeru kepada sahabat2 semua, n apa yg paling pntg, aku menyeru kepada diriku sendiri.. Sejauh mana, sebanyak mana pengorbanan yang telah kita infakkan dalam jalan Allah ini.. Aku teringat satu kata2 seorang penceramah, wasatiah itu sifat yang perlu ada dalam diri kita.. Wasatiah = sederhana kan?.. Kayu ukur sederhana itu macamana?.. Sederhana itu kayu ukurnya adalah pada diri Rasulullah.. [Allah..].. Jadi, apa yang kita buat selama ini masih terlalu jauh dari sederhana.. Perjuangan kita.. Pengorbanan kita.. Cara hidup kita.. Sedang kita selalu berkata "Sederhana sejak ba dalam jamaah ni.. Jangan lebih2..".. Apa yang lebih sebenarnya sedang sederhana sahaja kita terlalu jauh!! [Allah]..

02. Dua hari ini aku teruji.. [Xda kaitan dengan posting sebelum ini].. Blog ni lebih bercorak diari kan?.. Ada rasa jugak mo invite orang tertentu sahaja, rasa sudah muak dgn komen2 xpuas hati.. Boleh ka cakap macam tu?.. [Marah nampak??].. Yer, marah sketla.. Kalu xsuka baca, jangan baca.. Jangan buka pun.. [Bukti xberlapang dada erk?] Terpulangla.. Huhu.. Cuma mungkin kita perlu belajar beradab sedikit.. [Allah..].. Terasa seperti telah mendapat perhatian seantero dunia.. Kenapa orang lain nak cakap apa pun boley?.. Aku xkacau pun.. Sebab itu luahan hati mereka.. Luah, then tenteramkan semula.. Xpa kan?.. Bukan niat untuk menghasut pun.. Akta hasutan??.. Hmm..

03. Aku memang agak panas. Itu aku akui.. Aku cuba untuk berubah.. Tapi, aku juga pantang dijentik!! Terus melatah.. [Allah..] Aku mohon, orang disekitarku supaya membantu aku.. Membentuk persekitaran yang solehah disekitarku.. Sama-sama kita saling berkasih sayang.. Bukankah itu lebih baik.. Aku bukan siapa2 yang dapat menjaga hati semua orang.. Dalam 'kuat'ku di sesetengah pandangan orang, aku lemah sebenarnya.. Terlalu lemah.. Itu yang aku mahu orang lain tahu.. Dan mungkin kerana itu aku menulis.. Selain, aku mahu menghabiskan masa.. Hihi.. Bukan xda kerja, tapi xda mood.. Bila hati digurisi [=p].. Haha.. Jiwang lak..

05. K la, kembali kepada maudhu'.. Hihih.. Betulkah penggunaan frasa tu.. Dua hari ni aku diuji.. Silap, tiga hari ni.. Dan hari ini, Dia kembalikan keceriaanku.. Pointnya, ada ketika kita perlu diberi kedukaan, supaya dapat kita rasa kegembiraan.. Bukan begitu?.. Contoh mudah: Sakit.. Kalu kita xsakit, mungkinkah kita akan lebih bersyukur apabila Allah kembalikan kesembuhan itu?.. Sama jugak dengan kehilangan wang bernilai RM500 misalnya.. Setelah Allah kembalikan RM500 itu[sebaik kita menjumpainya semula], bukankah kita lebih bersyukur??.. Lebih bersyukur daripada jika kita xhilang duit tadi.. Kan, kan?.. ("_,)

06. Semalam kereta pinjaman'Nya' rosak.. Xleh start.. Allah.. Takutnya aku.. Dahla parents xda.. Apa yang perlu aku buat?.. Empat lima kali aku cuba, xdapat2 jugak.. Lantas aku capai kunci motorku.. "Bermotorlah hari ini aku ke sekolah" getus hati kecilku.. Pun begitu, aku masih risau kenapa keta xmau start?.. Last aku pakai masa ke Kompleks Sukan Selasa baru ni.. Xda apa2 yg pelik jugak.. Mujur saja dia tidak meragam masa di Kompleks.. Kalu x, malu besar aku dibuatnya.. Huhu.. Kalu ada orang yang nak tolong xpa, ni ramai yang memerhati sahaja.. Lagi menjengkelkan kalu ramai yang akan tersenyum sumbing.. [Astaghfirullah.. Maaf2.. Aku masih berbaur emosi].. Allah..

07. Kesimpulannya, [terus kesimpulan lagi baik ("_,)] pagi ni keta dah ok.. Alhamdulillah.. Masih ada yang sayang.. =p.. Thanks 2 Uncle Ridhwan.. Orang yang sangat prihatin dengan keluargaku.. Aku sayang mereka.. Aku boleh cakap dia jenis 'Membantu Tanpa Harap di Balas'.. Sepanjang2 aku berada di Tawau, ones bila aku dalam kesulitan mmg xda nama lain yg pertama kluar dr mindaku selain namanya.. [setelah aku berusahala.. tapi aku ni pun, bukannya jenis berusaha sgt.. lebih2 bab2 yg aku mmg xreti.. huhu].. Semoga dia n keluarganya terus dipelihara.. Cuma si makcik ni [istrinya~adik bongsu mak] yang sukak bikin panas aku.. Hehe..

08. Baru selesai kol sorang sahabat.. Ya Allah.. Kuatkan azamku.. Thank you Kay.. Jap lagi kita jumpa d Kedai K.D ya.. Sayanglah u all semua ni.. Thank you Allah..

09. Ya Allah, Kau pelihara aku ya Allah.. Tiada tempat untuk ku gantungkan harapanku selain kepada Mu.. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.. Aku Merindui Mu.. Allah..

10. Tak lupa buat CtNurSalma - NISA' Labuan ("_,).. & geng NISA' Kudat - I rasa I tau sapa U.. hihih [Opps, takut serkap jarang lagi] 1506 erk?.. =p.. Sowi klu salah.. Huhu

11. Ok2, nak g bersiap.. Rumah masih berterabur.. Xsapu pun lagi.. Blogging didahulukan, Kerja Lain DiUtamakan??.. Oppps.. Huhu.. Daa.. Mungkinkah posting terakhir?.. Hai c fate' ni, nak pegi mana ni?.. Hihi.. Dalam Malaysia jer.. Ngeh2

Wardina tak takut

By setanggi syurga on 3:19 PG

ulasan (0)

Filed Under:




NAMA pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyyah tiba-tiba meledak gara-gara kelantangannya bersuara mengkritik senario yang berlaku dalam industri hiburan. Selepas itu, muncul pula isu dia berjumpa dengan orang kuat parti pembangkang. Rentetan dua peristiwa itu menjadikan nama Wardina panas.

Cemuhan dan kritikan diterima seperti gerabak keretapi, tak berhenti, termasuk mendakwa kelantangannya itu sebagai pencetus kepada publisiti murahan.

Tetapi mengenal seorang Wardina Saffiyah, wanita berusia 31 tahun ini bukanlah seorang yang gila publisiti dan bercakap tanpa berfikir panjang. Setiap kata yang terluncur keluar daripada mulutnya di susun rapi, katanya bimbang akan mengguris hati orang lain.

Namun akuinya, gara-gara kelantangan tersebut, dia sendiri agak kaget dengan penerimaan orang sekeliling. Tetapi sebagai hamba Allah, dia reda.

"Saya tidak takut dengan penerimaan orang kerana saya tahu setiap apa yang kita buat akan ada dua respon. Satu akan puji dan satu lagi akan kritik. Kritikan akan membantu saya menjadi orang yang lebih baik.

"Jika semua orang asyik puji pun susah juga. Bila saya dikritik oleh sesetengah pihak yang tidak senang dengan kelantangan saya bersuara, saya sedar ada perkara yang harus dibuat dengan hati-hati seperti mengeluarkan pendapat," ujarnya yang ditemui dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini.

Meskipun begitu, ibu kepada tiga orang anak itu tidak sesekali takut atau berhenti untuk bersuara mengikut gerak hatinya. Baginya, bergelar selebriti, maka dia disusuli dengan satu tanggungjawab besar yang merupakan satu anugerah yang jarang diperolehi oleh orang lain.


WARDINA turut memberitahu pendapat yang diberikan adalah lambang kasih sayang buat pelapis industri seni dengan harapan mereka juga bangga menonjolkan jati diri seorang Islam.


Justeru, dia menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk membawa peminat dan orang ramai ke arah kebaikan. Jelasnya, perkara paling ditakuti apabila ada orang menyalahertikan niatnya itu.

"Jadi selebriti bukan sekadar ada bakat seni tetapi juga pakej dengan tanggungjawab yang berat. Saya tidak kata saya baik sangat, saya pun ada kekurangan sebagai manusia biasa. Selagi saya boleh mendidik dan bawa perkara baik saya akan lakukannya," kata pengacara program Malaysia Hari Ini itu lagi.

Sungguhpun dia mengkritik segelintir artis tetapi, Wardina tetap bersyukur kerana dia terjebak dalam dunia hiburan. Dia yang kini yang kerap dijemput sebagai panel dalam program ilmiah mengatakan dunia hiburan banyak mengajarnya mengenal ragam manusia serta asam garam kehidupan.

Keberanian bersuara yang diperoleh hari ini juga berpunca daripada dunia hiburan. Tambahnya, jika bukan kerana dunia hiburan dia tidak sedar akan keberanian serta bakat yang dimiliki.

"Masuk dunia hiburan kena berani kerana cabarannya terlalu besar. Jika dulu saya seorang pendiam dan tidak berani bersuara. Sekarang berbeza, semuanya kerana pengalaman," ujar Wardina lagi.

Idola

Beralih bicara kepada sambutan Maulidur Rasul yang jatuh hari ini, 12 Rabi'ul Awal 1431, Wardina tidak meletakkan ia sebagai sambutan semata-mata tetapi yang paling penting adalah pengisian pada hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. itu sendiri.

Tambahnya, Nabi Muhammad S.A.W. manusia yang dikasihi Allah dan dia yang sepatutnya dijadikan idola dalam hidup.

"Bagi saya Rasulullah seorang yang amat baik dan tidak pernah melakukan dosa. Tetapi sebaik-baik Rasululllah dia dibenci dan dihina oleh kafir hanya kerana ingin mengajak ke arah kebaikan.

"Saya mengambil itu sebagai contoh. Sebab itu bila dikritik dicemuh dan difitnah saya mengambil itu sebagai dugaan. Mana yang baik saya ambil, perkara yang buruk dan bertujuan untuk jatuhkan saya, saya tolak ketepi. Saya berfikiran positif dan saya selesa menjadi diri saya sendiri," tuturnya.

Tegasnya lagi, dia juga mendidik anak-anaknya supaya mengenali Rasulullah dengan lebih dekat melalui cerita dan bahan bacaan.


TIDAK menolak untuk terlibat sebagai penceramah bebas kelak.


"Anak-anak sekarang kalau sebut kartun, semua jenis kartun mereka pandai sebut. Jadi, apa salahnya kita sebagai ibu bapa terapkan perkara yang sama kepada anak-anak, apa yang bezanya adalah ia tentang Rasulullah.

"Kata orang, tidak kenal, maka tidak cinta. Insya-Allah, kalau anak-anak kita mengenali Rasulullah dengan cara yang betul mereka akan menjadi seorang anak yang baik," terangnya yang sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang psikologi.

Apabila ditanya mungkinkah dia akan menjadi salah seorang penceramah bebas yang terkenal pada masa hadapan kerana dia dilihat semakin kerap menerima undangan sebagai penceramah, Wardina hanya tersenyum.

Katanya yang bakal lahir dengan sebuah buku nukilannya yang dijangka dipasarkan sempena sambutan Hari Ibu pada Mei depan, dia memang sedang merancang ke arah itu (penceramah bebas) tetapi masa hadapan tidak boleh diramal. Apa yang mampu dilakukan hanya merancang dan membuat persediaan.

"Saya mengaku memang sekarang saya sedang ke arah itu (penceramah), sebab itu sekarang saya banyak belajar tentang agama. Mana tahu, ilmu yang saya belajar itu boleh membantu orang lain pula.

"Dunia ini hanya sementara, hidup tidak lama. Saya mahu bila saya meninggal dunia kelak, orang akan kenang perkara baik yang saya lakukan kepada masyarakat," katanya yang memegang falsafah lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima.

Tetiba Terlebih Masa??..

By setanggi syurga on 8:59 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

01. Sedar xsedar, hari ni dah hari Selasa.. Kalu nak kira kalendar Hijrah, hari ni dah masuk hari Rabu.. Allahu Akbar.. Cepatnya masa berlalu.. Apa yang telah aku buat sepanjang cuti 4 hari ini.. Allah.. [Sabtu-Ahad-Isnin-Selasa]..

02. Esok and sepanjang minggu ni, banyak sekolah yang masih bercuti.. Sekolahku xterlepas.. Bermakna aku masih ada [Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad] L.I.M.A hari.. Cutika??.. Hmm.. Ya Allah..

03. Lima hari.. Hmm.. Lima hari..

04. Esok nak kemas bilik.. Ada sapa2 nak tolong??.. Hihi.. Moga2, berjalan lancar.. Seharian mengemas bilik bukanlah masa yang panjang.. Memandangkan terlalu banyak yang ingin dikemas.. Hmm.. Tadi dah minta tolong adik ppuanku yang satu2nya itu, dan dia bersetuju.. Hihi.. Baiklah pulak mood dia.. Hihi.. Ini masa yang baik untuk kami berukhuwwah.. Haha..

05. Ada beberapa mesyuarat lagi perlu di set up sebelum cuti CNY ini berakhir.. Ya Allah, beri kami kesempatan.. Asyik mesyuarat ajer.. Huhu.. Bila run program nyer.. Hihi..

06. Allah.. ("_,)..

07. Jom start kerja.. Asyik blogging ajer.. Hihi..

08. Esok mo beli 1 rak kecil, letak atak meja (macam orang tu punya).. tp xtau sesuai ke tak.. Hihihi..

Coretan 3: Siri Ziarah NNS ke Pantai Barat Sabah

By setanggi syurga on 5:11 PTG

ulasan (0)

Filed Under: ,

~Lensa Jak.. Xlarat Mau Cerita Sudah.. Hihih~

~Selamat sampai di Pusat Sukan Kudat~
~Awal2 dah possing~Hihi~
~("_,)~Mau ba satu..~Huhu~
~Chantek.. I suker~
~Bz nya~
~NISA' IQ Games~Aku pun xlepas~Huhu~
~Pendaftaran Peserta~Dari PPD kalu xsilap~
~("_,)~Suke2~
~Taklimat AJK~Fuh!!~Hehe~
~Ntah Team mana ni erk~Bermain dengan penuh Semangat Kesukanan~
~Tak sangka dapat jumpa Kak Izan~Rakan Sejawat~Hihi~
~Azah, pandanglah sini~Pemalu sungguh~
~Pendaftaran Cabutan Bertuah~
~Adik2 SM Lok Yuk Kudat~
~Kumpulan penyokong tegar~
~Penyediaan pameran~
~Curi-curi amik gambar semasa perlawanan berlangsung~
~Fullamak, mahal mukak marah c Nani ni..Hihi~Bengang sudah dia~Haha~
~Kak, kami mau tukar pemain~
~Penangan angin Kudat~Isk2!!~
~Sesi Penyerahan Tugas~Huhu~
~Setelah Penat Berpanas, Singgah Jap Berteduh~
~Hmm??..~
~Makan2..~Lapar..~Hehe~
~Selepas selesai cabutan bertuah~
~Bah, mo terbang sudah..~Sedia~
~Alhamdulillah, dah selesai solat~
~Haha~
~Dapat ker?~
~Nak bawak balik sume hadiah2 ni, ble??~Huhu~
~Iye iye jer sume2 senyum~
~Sedih Nak Tinggalkan ScoreBoard~Hehe~
~NISA' Best!!~
~Selamat Tinggal Kudat~