20 Perkara Fokus/Janji Pakatan Rakyat Dalam Buku Jingga Sabah

By setanggi syurga on 2:30 PTG

Filed Under:

1. Mengiktiraf dan menghormati agama Islam adalah agama rasmi Negara tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
2. Menjunjung kedaulatan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang sah di dalam Persekutuan Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih ke atasnya termasuk menghentikan bayaran kepada orang asing yang membuat tuntutan bertindih ke atas Sabah.
3. Menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah.
4. Menjaga, menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik balik semula kes mahkamah yang selama ini dibawa oleh kerajaan Negeri sekiranya kes-kes tersebut jelas mencabuli hak tanah adat.
5. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat untuk memastikan jawatan-jawatan utama dipegang oleh rakyat Sabah.
6. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak ke atas Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah, termasuklah mengambil tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blok L dan M tanpa izin rakyat Sabah.
7. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub di dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta merta.
8. Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalti hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menandatangani perjanjian baru dengan Kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari hasil petroleum di negeri Sabah.
9. Mengurangkan bebanan rakyat Sabah dengan mengkaji semula dasar polisi kabotaj yang menyebabkan harga barang di Sabah jauh lebih mahal.
10. Mengkaji semula bidang kuasa mengawal cukai, kewangan, dana pembangunan, tariff dan hasil-hasil Kerajaan Negeri dengan mencari formula pembahagian hasil yang adil dan saksama dengan Kerajaan Persekutuan.
11. Mengkaji semula peranan agensi FELDA, FELCRA, dan RISDA di Sabah supaya hasil pengagihan penanaman komoditi dinikmati semua rakyat Sabah.
12. Mewujudkan Yayasan Orang Asal dengan dana RM 1 Billion bagi merangsang sosio ekonomi komuniti Orang Asal.
13. Menaikkan bantuan kewangan untuk Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal serta golongan miskin.
14. Mewujudkan Skim Perumahan untuk semua rakyat di Sabah.
15. Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor Pertanian, dan pelancongan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan.
16. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil diperairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutannya untuk menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas diperairannya.
17. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM 1 billion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat Sabah dibawah paras kemiskinan.
18. Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM 1 billion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh PETRONAS untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.
19. Mewujudkan semula Jawatan Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan Kseihatan Sabah untuk pelaksanaan polisi yang berkesan adil dan saksama.
20. Menyemak semula dan memastikan peranan Yayasan Sabah kembali kepada tujuan asalnya.

4 ulasan for this post

Tanpa Nama

Kita buatkan tugu @ minumen drp batu atau bahan2 yg teguh, d pahatkan perjanjian 20 perkara ini sama seperti dokumen asalnya. Agar generasi akan dtng dpt membaca dan mengetahui hak2 nya. Apa yg kita lihat ada beberapa versi 20 perkara yg berlainan ayatnya dan memberi tafsiran yg lain maksudnya."Perjanjian 20 perkara releven sepanjang zaman" Joenas Q

Posted on Isnin, Mei 20, 2013 12:15:00 PTG  
Tanpa Nama

Perjanjian 20 perkara d buat agar dpt menjaga hak rakyat negeri sabah sewaktu sama-sama membentuk negara malaysia. Yg amat menyedihkan ada rakyat sabah sendiri yg menidakkannya, mengkhianati negeri sendiri, ada baiknya org yg mcm ni d usir saja dr bumi sabah ini....Johari yunus

Posted on Isnin, Mei 20, 2013 12:29:00 PTG  
Posted on Selasa, Disember 17, 2019 12:34:00 PG  
Posted on Selasa, Januari 21, 2020 8:25:00 PG