50 Rahsia Barisan Nasional

By setanggi syurga on 6:10 PG

Filed Under:

1) BN Menolak Dan Mempersendekan Hukum Hudud Hukuman Hudud yang berdalilkan Al-Quran dan Hadith tidak boleh ditentang, ditolak dan dibantah kerana hukuman Hudud itu adalah wahyu Allah yang disebutkan didalam Al-Quran dan Hadith dan tidak ada sebab bagi orang-orang yang beriman kepada Allah, RasulNya, malaikatNya dan kitabNya (AL-Quran) menentang, menolak dan membantah hukuman Hudud atau mendakwa hukuman tersebut tidak adil dan mencetuskan huru-hara. Oleh itu, mereka yang mendakwa dan mengatakan hukuman Hudud itu tidak adil bermakna juga mereka itu telah menentang dan menolak hukum Allah dan mereka adalah orang yang tidak beriman kepada kitab Allah (Al-Quran) dan menyebabkan mereka itu menjadi kafir dan sesat aqidahnya. Tiada penganut ugama lain yang sanggup mempersendakan agama sendiri biarpun sebahagian dari mereka sedar bahawa agama mereka banyak yang kurang. Tapi tidak pada kepimpinan Umno. Mereka memberi amaran akan mengambil tindakan jika Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mereka juga perli, jika hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan habislah batu di jalan raya digunakan merejam penzina. Nak makan sup tangan pergilah Kelantan. Tapi, bila bercakap depan penyokong mereka…kenapa kerajaan Kelantan tak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka yang memerintah Kelantan. Inilah manusia lidah bercabang di negara kita. Mahathir juga pernah mengatakan, " Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (Nilam Puri, 3 Mac 1994).


2) Memperkecilkan Soal Murtad Soal murtad tidak langsung dianggap penting dan merbahaya bagi umat Islam. Hamid Osman mengulas, "murtad soal kecil, kita ada banyak agenda lain yang lebih penting" bila disoal. Dibawa usul ke Parlimen oleh PAS ditolak mentah-mentah. Dibuat janji nak perkenalkan undang-undang mencegah murtad, tapi hingga sekarang tak ada sikitpun usaha ke arah itu. Persoalannya sekarang tak ada siapapun tahu di Malaysia ini berapakah jumlah sebenar manusia Islam yang sudah murtad, kecuali Allah s. w. t. Mufti WP Datuk Hashim Yahya, mendedahkan terdapat 3,000 orang memohon untuk keluar dari Islam di KL. Merujuk pada bancian tahun 1980, dari 6.1 juta orang Melayu di Sem Malaysia, seramai 4,766 Melayu menganut Kristian, 522 Hindu, 746 Buddha dan 456 kembali menganut agama Confucianisma dan Taoisma. Ingatkah lagi dengan kes Suzie Teoh dan Jassiza Zurich (1988), Norbaizura Abdullah (1990), Hartina Kamaruddin dan Nor Aisyah Bokhari (1997). "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" - Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud

3) Rambut wanita bukan aurat bagi mereka Kenyataan ini pernah dilaporkan oleh ulamak UMNO Astora Jabat dalam Utusan Mingguan 15/2/2004, Majalah Al-Islam Januari 2004.

4) Kaki Mabuk Arak Ada kilang arak yang terbesar di asia tenggara, Kilang Carslberg Di Shah Alam, Selangor.

5) BN Mengamalkan Undang-Undang Sekular Berkata Dr. Yusuf Qaradawi(v) orang yang memisahkan agama dari politik adalah orang yang sesat lagi menyesatkan orang ramai. Oleh yang demikian kedua-duanya tidak boleh didengar dan tidak boleh diterima sama sekali.

6) Pusat Judi Yang Makin Banyak Ada kedai sport toto dan magnum 4D merata shoplot. Ada pusat judi yang canggih dan hebat di dunia, di Genting Highlands. Tan Sri Lim Goh Tong memberi taklimat kepada Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama, mengenai rancangan Genting pada tahun 1969. Tahun 1975, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak menyifatkan Genting sebagai seindah Switzerland. Tahun 1978, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga, mengesyorkan gelaran Tan Sri kepada Lim Goh Tong kerana sumbangannya kepada industri pelancongan. Tahun 1997, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan sistem kereta kabel Skyway. Menunjukan keterlibatan kerajaan dalam industri perjudian.

7) Pusat Maksiat Tumbuh Bagai Cendawan Membiarkan pusat-pusat maksiat dan hiburan tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Lesen perjudian (termasuk pusat permainan) diberikan secara mudah. Kegiatan maksiat dibenarkan berleluasa dalam masyarakat di mana akhirnya menjadikan rakyat hidup dalam budaya hedonisme. Kanak-kanak sudah diajar dari sekecil-kecilnya bagaimana permainan yang berunsur perjudian itu menyeronokkan. Ada perancangan kawasan ala Hollywood dan satu pusat hiburan besar akan didirikan di Putrajaya. Ada pusat disko, pub, kelab eksklusif di setiap pekan. Itu tak kira yang lesen haram lagi, lagi belambak

8) Jenayah Yang Semakin Meningkat Kes rogol, sumbang mahram, bunuh, rompak, samum, liwat, buang bayi yang semakin meningkat. Kejadian rogol membabitkan pelajar adalah tertinggi daripada golongan lain iaitu di Negeri Melaka sahaja sebanyak 39 kes berbanding 33 kes pada 2002, 24 kes (2001), 26 kes (2000) dan 18 kes (1999). Peningkatan kes rogol terhadap golongan pelajar itu cukup mengejutkan kerana pada kebiasaannya kejadian seumpama itu berlaku ke atas golongan yang sudah bekerja atau dewasa. Kajian mendapati, golongan terbabit yang kerap memakai pakaian seksi, keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, berpeleseran bersama teman lelaki serta mengunjungi pusat hiburan pada lewat malam atau awal pagi. Pengerusi Jawatan kuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Ramlah Abas, berkata jumlah kes rogol setakat ini cukup membimbangkan. Beliau berkata, kerajaan negeri Melaka sering menerima laporan kes rogol membabitkan remaja belasan tahun.

9) Kes rasuah berleluasa Indek rasuah negara adalah lebih daripada 5.0 daripada 10, Malaysia ranking nombor 38 di dunia. Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin, Khalid Yaakup, Mad Khir Toyo serta kes penyelewengan seperti Perwaja, MAS, dan RENONG, manakah kita sebagai rakyat dapat tahu akan sifat rakus pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan penyangak-penyangak wang rakyat seperti Eric Cheah, Tajuddin Ramli, Halim Saad dan lain-lain lagi. Surat khabar perdana tidak akan menyiarkan berita sebegini kerana ia akan menggugat kedudukan Umno dan BN

10) Kegiatan sosial berleluasa Geng bohsia, bohjan, bohtua, lesbian, gay, mak nyah, Punk pun dah ramai

11) Sambutan Sosial Yang Merosakan Akhlak Berleluasa Konsert arak, ganja, lelaki perempuan bercampur sana-sini. Konsert Akedemi Fantasia tanpa segan silu menunjukkan lelaki perempuan berpelukan. Terbaru konsert Search February 2004, dilapurkan dalam akhbar Berita Harian pada 15/2/2004, konsert itu dicemari dengan muda-mudi yang hisap ganja dan minum arak. Konsert Mariah Carey 21/2/2004, KL,

12) Pemimpin mereka menghina Nabi Muhamad SAW (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

13) Harga Barangan Keperluan Yang Saban Hari Makin naik

14) Harga kereta naik Harga kenderaan akan meningkat pada kadar RM800 ke RM20,000 sebuah bergantung kepada model dan kapasiti enjin. Rakyat telah lama dipaksa untuk membeli kereta yang tidak berkualiti pada harga yang mahal. Jika rakyat Malaysia dikehendaki lebih patriotik, maka para pemimpin hendaklah lebih dahulu menggunakan kenderaan tempatan dan janganlah hadiahkan Mercedes Benz kepada anak sempena hari ulangtahun kelahiran. Hadiahkan saja Perodua Kancil atau Proton Iswara Aeroback.

15) Tol lebuhraya yang tinggi tidak seperti di Thailand lebuhraya mereka percuma.

16) Projek mega yang membazir Mahligai PM yang dibina indah sehingga 200 juta ringgit. Projek ini hanya berkepentingan peribadi, untuk dirasai oleh individu tertentu sahaja. Kalau pemimpin yang bijak, beliau akan lebih peka kepada kepentingan rakyat. Kalau dibina rumah kos rendah berharga RM40K dah boleh bina 5000 unit.

17) Hutang negara yang semakin meningkat, dikatakan negara sekarang mempunyai hutang lebih 200 Billion.

18) Pelajar Universiti perlu membuat pinjaman dan perlu bayar faedah sebanyak 4% untuk menampung kos belajar.

19) Sekolah agama rakyat, Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (PASTI) ditutup.

20) BN tidak tahu urus Ekonomi negara dengan baik Penasihat Hal ehwal ekonomi Dr. Mahathir diambil menjadi Menteri Kewangan sedangkan Mohd Nor YaaCop telah terlibat dalam Skandal Bank negara dimana dia menghanguskan duit negara hampir 10 Billion dengan memperdagang matawang diperingkat Antarabangsa sewaktu menjadi penasihat pelaburan Bank Negara! Ketika Adullah Badawi menjawat Pemangku kepada PM sewatu Dr. M bercuti 3 selama bulan, Kita ketika itu dihimpit masalah Ekonomi.. kononnya mahu mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan dia membuat keputusan menghantar balik semua pekerja Indonesia tak kira.. yang tidak ada permit mahupun yang ada permit, kalau tidak mereka akan dihukum sebat !! ketika itu Malaysia mendapat bantahan dari Indonesia.. malah industri perkilangan dan pembinaan menghadapai masalah yang besar kerana kekurangan perkerja , ketika itulah Ekonomi dan pasaran saham mula merudum.. sedar akan kesilapannya itu dia memanggil kembali pendatang asing masuk ke malaysia secara sah.. ape yang Sahnya.. yang ada ermit dulu pun dia hantar balik

21) Pemimpin BN Menghina/Memperlekeh/Mencaci/Mencerca Ulamak Ulama dipersendakan, diperlekehkan, diejek-ejekkan dan paling ketara dituduh sebagai penipu. Semua orang tahu apa yang berlaku pada bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom selepas tindakannya ke atas penyertaan 3 gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik. Sejumlah besar rakyat sudah mendengar rakaman penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada Prof Harun Din. Ulama yang memasuki Persatuan Ulama dipersoalkan, seolah-olah semua orang boleh jadi ulama bila saja menyertai persatuan. Isu Sambutan Hari Valentine: Marina Mahathir Perlekeh Mufti Negeri Perak (Artikel asal 'Love's pebbly path' tulisan Marina Mahathir dalam bahasa Inggeris disiarkan dalam 'musings' - The Star 18.02.2004). Berikut pandangan beliau - Saya telah murtad, saya rasa. Pada Hari Kekasih yang lalu, saya memberi sekeping kad kepada suami saya untuk meluahkan perasaan cinta saya. Malam sebelum itu, suami saya membelikan bunga manakala anak saya telah membuat kad istimewa untuk kami berdua. Mengikut seorang pegawai agama negara ini (Mufti Perak - dalam kes ini), kami sekeluarga telah murtad. Kami tak kisah. Baca Seterusnya...

22) Menyalahgunakan kepentingan kerajaan untuk tujuan parti

23) Menghalang Usaha Dakwah Islam Tindakan memecat Mufti yang menjalankan tugas mengikut hukum tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang dan menghalang para pendakwah (tindakan gam dari keluar di siaran TV) daripada menyatakan perkara yang hak adalah tindakan menghalang dakwah dan amalan amal makruf nahi mungkar yang disuruh oleh agama. Ulama penyokong pemerintah seperti telah dibutakan mata dan hatinya. Mereka sanggup melihat kemungkaran bermaharajalela di depan mata. Sampai hati mereka menafsir ayat-ayat Quran dan hadis secara dangkal atau sekadar melihat pada permukaan sahaja. Setiap isu yang diulas oleh mereka selalunya untuk menyetujui apa yang pemerintah mahukan. Bagi mereka ulama hanya diperlukan untuk membaca doa di majlis rasmi, menentukan anak bulan Syawal dan Ramadhan nampak atau tidak, menghakimkan tajuwid, mengendalikan nikah kahwin dan memberikan bimbingan fardhu 'ain yang dibataskan skopnya. Tuan Guru Nik Aziz dihina sedemikian rupa bagi menunjukkan ulama tidak layak langsung untuk menjadi pemerintah. Terbaru, kedapatan tulisan "Ulama Penipu" di merata tempat, bagaikan tulisan tersebut sengaja direncanakan.

24) Tiada Sistem Pembangunan Rohani Dalam Perlembagaan Negara Dan Sistem Pemerintahan. Ketiadaan sistem pembangunan rohani dalam perlembagaan negara dan sistem pemerintahan menjadikan masyarakat Malaysia pincang. Inilah antara punca meningkatnya keruntuhan moral muda-mudi, akidah dan akhlak remaja Melayu hancur lebur, umat Islam menjadi jahil, kepimpinan tidak berminat kepada Islam, remaja tidak tahu membaca al-Qur'an, hilang keyakinan pada Islam dan berbagai-bagai lagi masalah sosial. Apa tidaknya jika seorang pemimpin Islam sendiri menganggap ucapan salam sama saja seperti ucapan selamat pagi, jadi baginya semua di duniani sama ajela.

25) Mempersenda Kaedah Perubatan Secara Islam Mempersendakan kaedah perubatan mengikut Al-Qur'an. Air yang dijampi dikatakan amalan kolot dan tak mengikut zaman. Prof. Harun Din dihina sebagai menjampi secara 'mass production' dan mendapat pendapatan lumayan dari penjualan air tersebut.

26) Menghina Amalan Memakai Purdah/Bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu. Isteri dan keluarga Mahathir serta sekutunya tidak dipaksa memakai tudung agar menutup aurat. Disebaliknya orang yang memakai pula diperkecilkan.

27) Membelakangkan hukuman syariah Kes DSAI yang difitnah melakukan hubungan seks sejenis adalah sangat serius. Setiap tuduhan yang dilemparkan mengikut syariah perlu dibawa 4 orang saksi yang boleh dipercayai, jika ketiadaan saksi maka orang yang dituduh itu hendaklah bersumpah bagi pihak dirinya bahawa beliau tidak melakukannya dan hukuman seterusnya terpulanglah ke atas keadilan Allah s. w. t. di kemudian hari kelak.

28) Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid Dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir".

29) Pusat Islam hanyalah sebagai alat propaganda kerajaan Ianya bukan digunakan untuk kemaslahatan ummah. Ulamak yang ada dalam pemerintah hari ini bacul dan takut mempertahankan Islam demi menjaga hati Mahathir, mereka begitu takut sekali menasihati kemungkaran pemerintah.

30) Mengeksploitasi ahli jawatankuasa masjid, JKKK, imam dan bilal agar menjalankan dakyah dan propaganda pemerintah. Mereka dihalang malah diambil tindakan jika terdapat aktiviti atau program keagamaan yang berbau politik ataupun penentangan terhadap apa yang sedang berlaku di dalam negara.

31) Umno adalah parti anti Islam. Dalam perlembagaan Umno, Islam disebut sekali imbas sahaja. Umno mengamalkan sistem sekular yang membezakan ugama dan politik. Bagi mereka keduanya adalah bidang yang berlainan yang tidak boleh dicampur aduk. Islam juga disekat dalam sistem pendidikan (sepertimana kes 3 kanak-kanak sekolah berserban), Islam diajar hanya sebagai transparent antara guru dan murid, tak lebih dari itu sedangkan dalam Islam ilmu diajar untuk penghayatan. Pemimpin bukan Islam BN sudah berani menghina Islam, bilamana Samy Vellu berani cakap, "Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?" dalam satu ceramah di Sg Siput (Detik 15 Okt). Ling Liong Sik mengatakan kononnya "sebarang usaha untuk melaksanakan pemerintahan Islam seolah-olah memusing jam ke belakang". Sedangkan bagi mereka memang mahu melihat para remaja melepak di tempat hiburan, bar, kelab malam, disko, karaoke sambil minum arak dan menagih pil khayal dari malam hingga pagi kerana inilah lambang 'kemakmuran ekonomi', yang diidamkan oleh mereka; "Good business for them, why worry?."

32) Ajaran sesat berleluasa. Dari 55 kumpulan (1998) meningkat kepada 82 (Mei, 1999). Kenapa begitu sekali ianya terjadi. Salah satu faktor penyebab, kurangnya penekanan pada pendidikan agama sejak dari kecil (waima tadika). Sistem pendidikan negara di bawah BN berkecamuk.

33) Menyalahkan kaum Yahudi dan Soros bila ekonomi gawat Paling ketara sering menyalahkan pihak barat yang kununnya ingin menjajah negara. Tapi siapa yang jemput pemain kriket Yahudi/Israel. Kaum apakah Penasihat Ekonomi Negara Smith and Barney? Bangsa apakah perunding kempen pilihanraya BN tahun 1986, Sachi & Sachi.

34) Pemimpin Umno sanggup membiarkan diri mereka dipergunakan tanpa memikirkan kehinaan yang akan menimpa dirinya Lihat saja dengan Dollah Badawi yang sanggup mempengerusi hal ehwal babi bila kes JE meletus. Beliau juga sanggup turun untuk merasmikan tokong (rumah ibadat bukan Islam) di Kepala Batas, Jun 1999. Bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar boleh mengatakan tidak tersebut di dalam al Qur'an sebarang larangan melibatkkan diri dalam aktiviti perniagaan judi. Gajinya sebesar RM50,000 sebulan sebagai Timb Pengerusi Genting Berhad (syt judi ternama) mungkin menjadi penyebab kenapa beliau bertegas begitu.

35) Menganggap ahli pembangkang sebagai menganuti fahaman Syiah dan Khawarij. Sedangkan sistem pemerintahan yang ada sekarang pula berkonsepkan ala Syiah Sekular tak disedari oleh mereka. Penggunaan kitar semula istilah Syiah dan Khawarij menunjukkan kedangkalan isu politik Umno masa kini.

36) Mengalakkan Program TV Yang Mengkhayalkan/Laro’ Membiarkan dan menggalakkan program TV yang mendedahkan kefasikan dan nilai moral yang rendah hingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral anak-anak muda sekarang.

37) Masalah penagihan dadah tak dapat dibendung selama 42 tahun pemerintahan BN. 25 pusat serenti (mampu menampung 12,000 penagih) mengalahkan jumlah pusat pengajian tinggi. Gaya hidup masa kini, bebas berpeleseran, faktor emosi dan tekanan persekitaran rumah yang sempit mewujudkan ketidaktenteraman keluarga. Kegagalan dalam pelajaran dan paling utama kegagalan mengawal iman dan akhirnya akan membuat sesuatu dengan hanya mengikut perasaan. Adakah system pemerintahan BN tidak menggalakkan semua gejala ini. Cuba nilaikan.

38) Pemimpin BN Tidak Bermoral Apakah nilai moral yang ada pada pemimpin Umno, Rahim Tamby Chik yang kes rogolnya masih belum selesai hingga hari ini. Megat Junid dengan ceritanya yang kebanyakan orang tahu. Judi dan perempuan menjadi seperti hobi masa lapang saja bagi mereka. Tuduhan Marina Yusuf kepada Mahathir tentang salahlaku seknya hingga sekarang tak berjawab. Bagaimana pula moral Rafidah, Najib, Ghafar Baba, Ahmad Razali Ali, Tok Mat, Sabaruddin Chik, Annuar Musa, Isa Doraemon, Mohammed Taib dll. Bagaimana akhirnya kisah hubungan seorang menteri dengan kes Mustakizah yang terbunuh itu? Apakah nilai moral dan kesetiaan pada kerajaan yang ada pada Mahathir bila beliau mengutuk dan mencerca Tengku Abdul Rahman selepas disingkir dari Umno, pergi ke London dan Australia dan mengutuk Tengku. Dan guna pentas PAS untuk mencerca Tengku. Dakwa DSAI, kenapa tiada tindakan diambil bila Rahim Thamby Chik dan lain-lain pemimpin membawa wanita menggunakan pesawat peribadi melalui saluran VIP Subang? Salah orang dia nampak, salah sendiri buta mata.

39) Pemimpin BN Mengamalkan Perilaku Negatif Kepimpinan Umno/BN mengamalkan amalan-amalan khianat, pembohongan, pendustaan, pecah amanah sosial dan mungkir janji tanggungjawab kepada masyarakat sebagai budaya 'khidmat' mereka yang berselindung di sebalik tabir, "Kepimpinan Melalui Teladan", "Tradisi Membela Rakyat" (manifesto BN pilihanraya lalu), "Bersih, Cekap dan Amanah" (BCA = Boros, Curang dan Ampu) dll. Hanya tinggal slogan dan cerita semata-mata. Indah khabar dari rupa. Mereka berterusan memanipulasikan sentimen rakyat dengan keyakinan palsu kononnya negara diiktiraf sebagai negara membangun yang dikagumi dunia di bawah Mahathir. Malaysia sajalah yang mampu kekalkan pertumbuhan ekonomi 8% beberapa tahun berturut-turut yang akhirnya merudum jatuh. Malaysia jugalah negara Islam contoh kerana kejayaan dalam sektor perindustrian dan pemodenan pentadbiran Islam. Rakyat didesak agar bersyukur dan berterimakasih kepada pimpinan negara atas apa yang dinikmati sekarang. Sedangkan merekalah yang sepatutnya berterimakasih kepada rakyat kerana mengangkat mereka sebagai pemimpin dan sekaligus mengayakan mereka.

40) Martabat wanita tidak dipelihara sebaiknya Kaum wanita menjadi bahan eksploitasi perniagaan (iklan) dan bahan penarik pelanggan. Gambar separuh bogel digunakan bagi melariskan bahan jualan terutamanya majalah hiburan. Masih banyak uniform kakitangan awam wanita seperti jururawat, polis, JPJ, anggota penjara, tentera dan sebagainya tidak menutup aurat. Menurut hasil kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat 142,000 orang pelacur di Malaysia. Terjagakah maruah wanita di negara ini?

41) Rakyat Berpecah Belah Di bawah pemerintahan BN/Umno, rakyat berpecah belah kerana dasar yang Umno pertahankan tidak berasaskan kebenaran dan keadilan. Perpaduan pada pandangan Umno ialah menerima segala keputusan pucuk pimpinan parti dan sesiapa tak bersetuju dianggap pengkhianat negara.

42) Pencabulan terhadap institusi raja berpelembagaam dengan krisis pindaan perlembagaan pada 1993. Akhirnya melucutkan imuniti (hak keistimewaan) Raja-Raja Melayu. Hinggakan sekarang Raja-Raja Melayu dikatakan tinggal gusi sahaja, tak mampu menyuarakan apa-apa. Semua kuasa ada pada Mahathir. Raja-raja tidak lagi dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati sebagai lambang penyatuan umat Melayu. Malah berlaku usaha dari pihak Umno (Anuar Musa) untuk cuba 'menabalkan seorang sultan' lain yang kononnya lebih berhak untuk menjadi ketua negeri Kelantan.

43) Tanah Rezab Melayu Dicabuli Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Simpanan Melayu - atas wawasan pembangunan ala Mahathir canggih. Tanah-tanah wakaf Melayu diambilalih oleh kerajaan negeri atas nama pembangunan dan akhirnya memaksa Melayu menumpang di tanah airnya sendiri. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Akan selamatkah TRM di Langkawi bila Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

44) Bangsa Melayu Bukan Lagi Majoriti Dalam Parlimen Berkurangnya peratusan kuasa politik Melayu berbanding bukan Melayu dapat dilihat dengan jelas. Tahun 1964 Melayu mempunyai 66.3% ahli Parlimen berkurang kepada 52.1% pada tahun 1995. Sebanyak 37 DUN dan Parlimen (majoriti pengundi Melayu) Umno serahkan pada calon bukan Melayu pada 1990. Umno snggup mengorbankan maruah bangsanya atas dasar permuafakatan komponen, padahal survival orang Melayu, kekuatan politik bangsa terletak pada kuasa politik.

45) Bahasa Melayu Semakin Terpinggir Bahasa Melayu yang dicatatkan sebagai Bahasa Kebangsaan, secara praktikalnya apa yang berlaku? Bahasa Melayu semakin terpinggir, IPTA dan swasta serta agensi kerajaan dan swasta digalakkan guna bahasa Mat Salleh. Kalau adapun bahasa Melayu itupun bahasa rojak. Sekali pandang, B. Melayu hanya cuma layak jadi papan tanda di highway sahaja. Penggunaan nama Inggeris pada taman perumahan mewah, pangsapuri dan kondominium, bangunan-bangunan yang gah di KL makin menggalakkan. Mereka menjadi malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan sendiri.

46) BN Merendahkan Lagi Martabat Mahkamah Syariah Kesalahan yang bertentangan dengan Islam dendanya begitu ringan, lihatlah apa denda zina, judi, murtad, tak puasa dll. Apalah agaknya perasaan Melayu yang menghakimi kes-kes syariah ini. Umno merendahkan lagi martabat mahkamah syariah dan mengutamakan mahkamah ala penjajah biarpun kes-kes yang bersangkutan dengan penganut agama Islam. Pembesar-pembesar Melayu dilantik menjadi pengerusi dan boss di syarikat-syarikat yang bercanggah dengan Islam (seperti syarikat judi/arak/nombor ekor/kelab dangdut). Pekerja Melayu diperbanyakkan di tempat-tempat yang haram di sisi Islam.

47) Menghina dan memperlecehkan orang Melayu “Melayu Mudah Lupa”, Mahathir mengatakan pada 29 Julai 99 'orang Melayu tidak mungkin mendapat jawatan tinggi jika kriteria merit digunakan untuk menilai mereka. Katanya ramai professor Melayu dapat kedudukan kerana polisi kerajaan, bukan kerana kebolehan. Dia juga membuat pelbagai tohmahan negatif terhadap bangsa Melayu sebagai pemalas, bodoh, tidak teguh pendirian, emosional, pelajarnya hanya suka berpolitik dll. Dollah Badawi juga menghina Melayu dengan mengatakan Melayu cepat percaya yang bukan-bukan bila mengulas kes skim cepat kaya. Apa salahnya rakyat dengan skim cepat kaya pemimpin dengan skim kaya cepat.

48) Umno/BN gagal menjaga kepentingan Melayu apabila dalam kes babi dibunuh pelbagai insentif diberikan kepada penternaknya, tapi ketika wabak penyakit kuku dan mulut menyerang ternakan Melayu tiada sebarang pampasan yang diberikan bila ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Sejauh mana orang Melayu dibela dan dibantu, apakah Umno tidak pernah membuat kajian atau diberitahu, bahawa anak muda Melayulah yang paling ramai menagih dadah, paling ramai terlibat dalam jenayah di KL (kajian GPMS) dan Melayulah paling ramai menghuni penjara-penjara di Malaysia.

49) Sesetengah kementerian berat sebelah pada satu-satu kaum Kementerian Kesihatan, Tenaga Telekom & Pos, Kerjaraya dan Perumahan adalah kementerian yang penting yang sudah lama dipegang oleh menteri bukan Melayu. Terjaminkah hak Melayu di bawah kementerian ini.

50) Kementerian Kesihatan Gagal Kementerian Kesihatan gagal membantu pesakit yang memerlukan bantuan penyakit kronik. Nor Fadilah Othman yang kematian anaknya, Muhammad Nabil, 18 bulan kerana tidak sempat menjalani pemindahan hati ekoran kelambatan mendapat bantuan Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan (TKKK). Nur Auni Najihah dan Sofea Qhairunnissa juga mati tidak sempat menerima bantuan. Kemanakan perginya 100 juta yang diperuntukan oleh kerajaan kepada tabung ini.

0 ulasan for this post