Misi Mencari Angle..

By setanggi syurga on 3:59 PG

Filed Under: ,

Hujung minggu yang agak terisi(mo mengaku padat xjugak), memberi satu kesan yang sudah pastinya me'letih'kan. Itu fitrah yang xda sapa boleh sangkal. Tinggal saja mencari penawar itu yang terpenting bagiku agar Hari Pertama di Minggu yang Baru lebih ber'aura'.. ("_,).. Aku xnafikan penangan fb sedikit sebanyak memberi impak.. Positif negatif, masing-masing punya rasa yang berbeza.. Apapun, thanx Kak Ain yang sudi berkongsi mengubah persepsi menjadikan Hari Isnin merupakan hari yang menarik!!

Posting Misi Mencari Angle kali ini aku jadikan sebagai 'Entry Sulung' setelah lama berehat dr dunia blogging.. Hurm.. Terlalu banyak yang ingin dikongsi, atau at least untuk catatan peribadiku sendiri sebenarnya..

Moga Angle2 selepas ini lebih banyak berbicara.. Next week Muktamar Muslimat PAS Negeri Sabah, 29hb Mei 2010.. Dan sehari sebelumnya akan berlangsung Program Bina Naqibat.. So, pada semua yang terlibat diharap dapat menyiapkan diri dan dapat memanfaatkan peluang yang ada sebaiknya.. Angle?.. Seiring objektif program!!












Nota buat Diri:
01. Banyakkan minta dengan Allah supaya didatangkan rasa manis berprogram.
02. Minta dengan Allah, supaya tidak terlalu disibukkan dengan urusan dunia yang meletihkan.
03. Minta banyak2 dengan Allah: Agar sentiasa dipandu dalam apa jua tindakan.
04. Minta dengan Allah: Supaya kita ada sedikit masa, ruang n peluang untuk mengkoreksi diri.. Mencari Potensi Diri.. Memperbaiki Kelemahan Diri..
05. Minta dengan Allah: Supaya tegur kita jika kita terlalai dari urusan agamaNya.. Urusan membantu agamaNya.
06. Minta dengan Allah: Mengingatkan kita selalu kepada 'jalan' yang kita lalui hari ini bukan pilihan!! Tapi, amanah yang dipertanggungjawabkan.. Hari demi hari, tanggungjawab semakin bertambah.. Sibu dah menang, Sabah?.. Dah sedia ka belum?.. Anak-anak muda harapan dimana??..

Semua ini, n banyak lagi kita kena minta!! Jangan pernah fikir, semudah itu perjuangan.. Dihampar dengan permaidani tak kira apa warna sekalipun.. Jangan pernah fikir, semudah itu rasa ingin berusrah!! Dengan hanya sekali pesanan ringkas, membuak2 jiwa ingin hadiri usrah.. Ingat sahabat, syaitan dah janji nk halang kita.. Nafsu nak bantu dalam 'ujian2' ni.. So, beware!!

Ya Allah, bantu aku ya Allah.. Ingatkan di kala aku lupa.. Kurniakan aku sahabat2 yang sering mengingatkan aku.. Jangan sesekali ya Allah, Kau jadikan aku pelemah kepada mereka yang berada di sekitarku.. Dan ingatkan aku selalu ya Allah, yang aku tidak ada apa2, tidak beri apa2 kesan terhadap agamaMu sedikitpun.. Kau boleh gantikan aku n sesiapa sahaja dengan orang yang jauh lebih baik..

0 ulasan for this post