Catatan 1: Siri Ziarah NNS ke Pantai Barat Sabah

By setanggi syurga on 4:35 PG

Filed Under:

Sudah menjadi kelazimanku semenjak Julai 2009 yang lalu, 'bertugas' sebagai Fasilitator Schoolnet di sebuah sekolah membenarkanku mengambil cuti sehari sahaja setiap bulan.. [macam sedey jer..hihi] Apapun, sudah cukup ok sebenarnya.. Dan semalam aku menunaikan sedikit hak badan untuk bercuti.. Agak awal untuk aku mengambil cuti kali ini.. Ya, ada sedikit urusan yang perlu aku selesaikan. Dan sememangnya, cuti sehari biasanya sempat aku gunakan untuk mengemaskini diari sahaja [Wow, sibuknya.. Calon2 YB kan?.. Hihi.. 'Yang Berbahagia'].. Alhamdulillah, pagi ini, aku kembali seperti sediakala.. Penuh dengan motivasi.. [Tapi, kalu dapat cuti lagi, memang aku pulun pun cuti tu.. Cuti.. Cuti.. Hihi]..

Berkongsi sedikit tentang 'aku' dan 'hujung mingguku'.. Hihi.. Minggu yang lepas, Allah mengizinkan perancangan kami untuk menziarahi sahabat-sahabat di Pantai Barat Sabah.. Bermula dengan hasrat Pn. Zaitun untuk menyertai kami, sudah cukup menggembirakanku.. Ya Allah, tinggi betul support yang ditunjukkan oleh Bonda Negeri.. Sudah pasti ia berjaya menyuntik 'aura' kami untuk terus 'berkhidmat'..

Jumaat; 5hb Februari 2010
8.00pm


Pandangan dari "seat bernombor 8" [kalu xsilap].. Hihi

Bertolak pada malam itu dengan menaiki bas ekspress, dingin ekon bas kali ini betul2 menyengat.. Hingga ke tulang sum-sum.. Apapun, alhamdulillah berjaya jugak aku melelapkan mata.. Kerna ku yakin, esok di siang hari kami kena teruskan agenda.. Terima kasih ya Allah, atas kekuatan yang Kau berikan..

Sabtu; 6hb Februari 2010
4.50 pagi

Gambar Hiasan: KK's North Bus Terminal

Kami selamat sampai di "KK's North Bus Terminal" terletak di Inanam sekitar jam 4.50 pagi. Bagi memudahkan sahabat yang datang menjemput, kami membuat keputusan untuk solat dan 'sarapan subuh' di restoran berdekatan sahaja. [lapar sebenarnya..hihi].. Alhamdulillah, selesai 2 agenda, sahabat yang dinanti pun tiba.. Melepas rindu bertukar cerita lagak seperti sudah bertahun tidak berjumpa.. Hihih.. Dan kami berjaya mencuri tumpuan di sudut restoran itu.. Hihi.. Malu jugak.. Huhu.. =p.. Isk2..

7.10 pagi
Setelah agak lama berbual n mencuri tumpuan, kami pun bergerak menuju ke kereta.. Kereta double cab yang digunakan untuk 'memunggah' kami memudahkan kerja-kerja menyusun dan mengangkut barang. Tak bawa banyak barang pun.. Azah [Anak Mak Ton] jak yang bawa beg paling besar.. Barang mak katanya.. Hihi.. Sepanjang perjalanan asyik dia jer jadi mangsa buli kami.. Sabar ya Azah.. And mujur Mak Ton spoting. And turut sama mengenakan anak kedua bongsunya.. [Promote2]..

8.10 pagi
Selamat sampai di Rumah Ketua NISA' Kawasan Kota Kinabalu.. Bersahaja.. Itulah specialnya Ketua NISA' Kota Kinabalu ni.. Hihi.. Puan Suhaina yang lebih mesra dengan panggilan Kak Su.. Seniorku masa belajar dulu.. [beliaulah antara 'sifu2 minah rempit'ku.. Thank you Kak Su and d geng!!] Kehilangan mujahid kecilnya beberapa minggu yang lalu sedikit pun tidak terlukis di wajahnya.. Sungguh tabah!!.. Al-Fatihah.. Semoga arwah tenang di sana.. Ameen..

Dan kami mengambil sedikit ruang waktu yang ada ini sementara bengkel bermula untuk berehat dan hemat diri. Peluang inilah yang digunakan oleh kami untuk 'meluruskan tulang belakang'.. Hihi..

11.00 pagi

Tunggu punya tunggu.. Akhirnya Bengkel Organisasi NISA' Negeri Sabah bersama NISA' Kawasan-kawasan [NISA' Kawasan Labuan, Kota Kinabalu (merangkumi Kawasan Putatan, Sepanggar, Tuaran dan Papar)] hanya dapat bermula sekitar jam 11 pagi.. Bengkel bermula dengan Pembentangan Halatuju NISA' Malaysia 2009/2011. Sekadar satu review sebelum perbincangan lanjut diteruskan. ("_,)..



Antara peserta bengkel yang hadir.. Penuh tumpuan

Alhamdulillah, bengkel berjalan dengan lancar. Melalui sesi perbincangan bersama kawasan2, aku yakin NISA' Sabah punya momentum yang cukup tinggi untuk terus kehadapan dengan jayanya. Tenaga muda yang ada perlu digembeleng seoptima mungkin. InsyaAllah, kita mampu. Chayyok2!!.. Persoalan2 yang timbul berjaya kita perhalusi setiap inci. Semoga pengisian yang kita perolehi berjaya kita bawa ke kawasan masing-masing. SMS, e-mail, ym dan banyak lagi kemudahan yang boleh kita pergunakan untuk medan perbincangan. Kini jarak tidak lagi jadi masalah perhubungan. Orait?..

Apapun, saya [skema] mewakili NNS memohon kemaafan atas segala kekurangan. Biarlah kekurangan yang kita ada ini sebagai saksi perjuangan kita.. Kerana hanya 'kekurangan' ini sahajalah ynag dapat kita persembahkan.. Ampunkan kami ya Allah..

[Nota: Tahniah NISA' Kawasan Labuan atas penubuhannya.. Semoga terus di beri kekuatan.. InsyaAllah.. Kami sedia 'bertandang, bertamu' jika ada jemputan.. Hihi.. ~Lama tak pi Labuan~.. Sal, maaf ya dik.. Macam pening2 time tu.. Tak sempat pun beramah mesra.. Huhu.. Cepat2la ajak kami p Labuan pulak.. Ngeh2.. And maaf terpaksa tinggalkan kalian kerana terpaksa bertolak ke Kudat sebelum malam gelap.. Huhu.. Kak Ain: Huhu.. Tak terlepas pun kerinduan.. Huhu.. Cuma sempat bersalam, bertanya khabar pendek.. Pahtu Kak Ain duduk jauh.. Dahla datang lambat, balik awal.. Huhu]

~Nantikan catatan kedua~Jika berkesempatan~

0 ulasan for this post