Janji KuTunai..

By setanggi syurga on 9:36 PTG

Filed Under:

01. Mencari masa yang sesuai sudah pasti tidak akan aku temui.. Biarlah masa yang ada ini sahaja aku guna seketika.. Masa yang tidak akan menunggu kita.. Bahkan kitalah yang kena bijak memperguna segala bentuk dan keadaan agar matlamat tercapai.. Skemanya ayat?.. Hihi..

02. Berkisar perjalanan ke Sandakan, tak sangka sudah dua minggu berlalu.. Sudah pasti 'panas' ceritanya sudah mulai suam.. Apa yang mampu aku lakukan hanya meng'upload' scene2 yang kurang menarik.. Huhu..

03. Malam sebelum bertolak, aku hanya berehat di rumah.. Pesan ibuku, ku simpan kemas. Dan tidak akan aku persiakan kepercayaan yang diberikannya. Perjalanan ini juga akan menjadi titik tolak untuk perjalanan-perjalanan akan datang. Tp, xda apa yang nak dihairankan, sudah berapa muslimat aku temui drive dari KK ke Tawau.. Ok jak pun.. Hihi.. Berbekalkan kepercayaan n kebenaran si ibu [tanpa pengetahuan ayah, atau ayah buat2 xtahu..] aku bertolak seawal 7.30 pagi dari rumah.. Pun begitu, Bandar Tawau hanya berjaya aku tinggalkan selepas jam menunjukkan 9.00 pagi.. Hmm.. Inilah yang terbaik, perancangan Allah..

04. Gambar pertama yang sempat dirakam setelah jauh berjalan.. Jauh ker?.. Sekolah tempat mengajar Ketua Perhubungan Awam, NISA' Negeri Sabah, Pn Aminah Soga.. [Puan sudah ko dik?.. Huhu] Tu pun, mujur xda kereta.. Ble undur sekejap untuk berhenti menangkap gambar..

05. Jalan masih clear.. Xda gangguan.. Alhamdulillah.. Kelajuan kadang mencecah 120km/jam.. And sekali dua memecut 140km/jam.. Terdengar jerit penumpang di belakang.. Rasanya mata diorang xlari dari 'meter'.. Haha.. And paling diorang jaga bila adegan memotong.. Haha.. Saja usik diorang.. Mesti jantung macam mau jatuh.. Huhu

Lembah Danum: Kawasan Keras dorang bilang.. Hmm.. Yaka?? Xpa, hati2 jak..

06. Antara peserta rombongan.. Kalu xsilap ni dah sampai Lahad Datu.. Singgah makan tengahari sekali.. Perjalanan selepas ini mengambil masa dalam 4 jam lagi..

07. Sebaik keluar dari kedai makan, hujan sudah mulai turun dengan lebatnya. Disinilah bermulanya perjalanan yang mencabar.. Jalan mulai licin.. Kelajuan kereta tidak pula mulai perlahan.. Huhu.. Dari cermin tengah aku lihat seperti ada bendera hijau mengikuti kami.. Hihi.. Rupa2nya, tikar yang kami gunakan untuk menutupi beg di belakang mulai longgar.. Gayanya seperti bendera PAS yang sedang berkibar.. Hihi.. Aku segera mencari tempat berteduh untuk membetulkn kedudukan beg-beg kami.. Kalu x, xpasal2 xda baju spare masa program nanti.. Huhu..

08. Kami memilih sebuah bengkel kereta untuk tumpang berteduh n membetulkn kedudukan beg.. Kelihatan dalam samar dua petugas sedang mengalihkan beg n membungkusnya dengan tikar yang dibawa.. Aku dah agak akan hujan.. Walaupun ketika itu, bukan payung lagi yang perlu disediakan sebelum hujan.. Tetapi 'tarpal'.. 'Tarpal' xda, tikar pun jadilah.. Mum, minta izin ya.. Opps..

09. Petugas ketiga sedang mengangkat batu2 bagi membolehkan tikar itu tidak bertukar menjadi bendera PAS lagi.. Hihi.. [And batu2 itu terus menemani kami sehinggalah kami bertolak balik.. Patutla macam ada sesuatu sahaja sewaktu perjalanan pulang.. Huhu.. Rupa2nya batu yang kami jadikan ole2 dari Sandakan]

10. Hujan terus menggila.. Asi ka cakap hujan menggila?? Huhu.. Dan selepas gambar ini, sudah tidak ada lagi gambar yang dapat jadi kenangan sepanjang perjalanan kami.. Kalau dapat aku ingat kembali, sebanyak tiga kali 'babak' yang xboleh aku lupa..


[1] Saat memotong satu kereta, hujan lebat, kereta satu lagi tu pada arah bertentangan xperasan, coz gelap.. Keta tu xpasang lampu.. Huhuh.. Nyaris2

[2] Tetiba ada halangan jalan di hadapan, mujur ketika itu hujan sudah tidak lebat, dan pandangan kaca jelas.. Sempat membrek.. Kalu x, ble masuk 'gaung' jugak.. Naudzubillah.. Thank you Allah memelihara kami

[3] Time hujan lebat, jalan licin, dua tiga kali membrek, brek keta macam mau xmau makan..
Allahu Akbar..


11. Selepas 3 'babak' ni, baru aku teringat yang aku sedang membawa 4 lagi nyawa.. Bagaimana kalau ditakdirkan.. Astaghfirullah.. Memandu dalam keadaan berbahaya.. Ini hanya aku sedari bila dah nak masuk ke simpang Sandakan.. Dengan jalan masuk ke simpang Sandakan yang berlubang2, keta panjang berbaris: Sudah pasti tidak mengizinkan kereta pacuan kami bergerak laju.. Hihi.. Owh, bersebab rupanya.. Ngeh2.. Nakal sungguh..

12. Apapun, satu pengalaman yang menarik bagiku.. Gaya penceritaan yang lemah, sudah pasti tidak dapat menggambarkan situasi sebenar.. Hihi.. Biar aku n mereka sahaja yang rasa.. Perjalanan balik, hanya bertiga..

13. Di perjalanan balik sempat bertandang ke rumah seorang sahabat.. Meraikan pasangan pengantin baru.. Segaliud Estate.. Dan di situ, satu lagi 'gambar' menarik terlepas.. Adui, sayang betol!!.. Fiuh.. Memandangkan kami pun xtahu umah sahabat tu, Kakak Pengawal kat Pondok Security minta kami ekori abang penunggang motosikal tu.. Katanya, abang tu jiran pada sahabat.. Follow punya follow, sampai ke satu jalan kecik.. Dalam hati dah rasa lain.. Biar betul abg ni.. Kereta ble lalu ker?.. Apa yang aku ingat, jalan dah start mengecil.. Kami dah berada di selekoh jalan.. Dengan jalan di sebelah kanan tanah lembut, sebelah kiri 'j.u.r.a.n.g'.. Dari awal aku dah start teragak2 untuk terus follow motor tadi.. Alih2 aku amik keputusan untuk reverse sedikit demi sedikit.. Ya Allah, kalu ingat situasi tu.. Huhu.. Beberapa minit kemudian abg yg td dah xnmpk bayang, muncul.. Dengan senyuman dia mnuding jari ke arah umah sahabat.. Umah tu dah lepas.. Kami dah terlajak.. Bermakna, memang betulla jalan tu kereta xble lalu.. Ya Allah.. Huh!!.. Penumpang di belakang dah beberapa kali teriak.. Aku minta dia diam.. [Wow].. Co-pilot ku dah senyap.. Aku tau, dia pun dah pucat.. Tayar belakang dah terbenam dek tanah lembut.. Hmm.. Fiuh.. Fiuh..

14. Apa yang terjadi selepas itu?.. Agak2 apa yang aku buat?.. Situasi ni sebenarnya aku pernah alami.. Tapi bukan dalam keadaan segenting itu.. Jurang di sebelah kiri, memang betul2 buat aku xberani.. Silap hari bulan, jadi Allahyarhamah kami.. Uhuhu.. Aku keluar dari kereta.. Berjalan menuju rumah sahabat.. Aku serahkan kunci kereta dengan dia.. Nah, kereta kami 'terbenam'.. Hihi.. Hmm.. Biarlah.. Xmau amik risiko terlalu besar.. Lagipun dah ada jalan penyelesaian yang lebih selamat.. Boleh ba kan?.. Hihi..

15. Rasanya stakat itu yang mahu aku kongsikan.. Manis, memang manis.. And aku rasa memang xkan lupa.. Sehingga aku terfikir, untuk ajak sahabat2 semenanjung untuk jom skali jalan2 di Sabah.. Jangan p Semporna, Semporna apa barang!!.. Jalannya masih cantik.. Hihi.. Kepada yang berkenaan, jangan terase yer.. Hihi.. Bulan 3 sepatutnya ada Ekspedisi Amal anjuran Lajnah Kebajikan DMPNS, round seluruh Sabah.. Dan aku mungkin terlepas.. Hmm.. Sayangnya.. Uhuhu.. Xde rezeki.. Ntah apa lagi pengalaman kat ctu.. Huhuhuh...

~Sekian dilaporkan~

0 ulasan for this post