Koreksi Diri: 12 Dis 2009
By setanggi syurga on 11:01 PTG
Filed Under:
Malam semakin larut.. Hmm.. Sepatutnya xlarut bagi mereka yang punya banyak tugas yang perlu dipikul.. Menyentuh tentang kerja, sering jugak aku disindir oleh orang-orang disekitar ku.. Semoga aku terus diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan-dugaan kecil sebegini.. Walau kusedar sedikit mempengaruhi jugak.. Apalah manusia ni!!..
Aku baru habis berbincang dengan seorang sahabat. Sahabat yang baru kukenal beberapa bulan. Tidak perlu aku kenalkan siapa. Biar menjadi rahsia. Terlalu banyak aku perolehi dari persahabatan ini. Semakin membuka sempadan imanku. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu atas anugerah ini. Dalam aku dicampakkan di tempat yang sedang aku duduki ini, Kau masih memilih aku untuk terus melihat sesuatu yang lebih besar diluar sana. 'Dicampakkan' dalam jamaah sahaja merupakan satu ni'mat yang cukup besar untuk agama dalam diriku, keluargaku apatah lagi diberi ni'mat berjamaah dan dikelilingi orang-orang hebat. Bila direnung kelemahan dan kejahilan diri, sungguh tidak layak aku memperoleh semua ini.. Terima kasih Allah.. Sungguh ucapan tidak terhingga hanya untuk Mu. Ya Allah, pelihara aku ya Allah untuk terus dapat memelihara niatku dalam berada di sepanjang jalan dakwahMu. Ameen..
Pun begitu, aku masih butuh masa untuk pecahkan lagi sempadan yang aku bina sendiri mencecah 27 tahun ini. Bentuk pendidikan sekular yang aku terima sebelum ini, cukup terpacak kukuh di dalam diri. Ya Allah, beri aku kesempatan untuk mengubah diriku kepada yang jauh lebih baik. Banyak yang perlu aku analisa kembali. Kekuatan n kelemahan diri. Untuk menjadi sedikit guide. Mampukah aku??.. "Fokus, pilih waktu yang baik, bersungguh-sungguh, jangan putus asa, target, tenang, jaga pemakanan n doa" Itu antara pesan sahabatku.. Hmm.. Jangan putus asa!! Bersungguh-sungguh!! Fokus!! Target!! Ya, tips sudah ada, tinggal tindakan!! Xble nk tunggu keje lain setel, sebab kerja xkan setel.. So, usahakan bahagi masa sebaik2nya.. Semua perubahan bukan berpunca dari kita, tapi berlaku hanya dengan IZINNYA!!
**Pagi tadi, air mataku hampir menitis, namun kutahan jua sebak di dada.. Melihat wajah tua ayahku.. Ikutkan hati, ingin sahaja aku duduk dirumah.. Bercerita dengannya tentang apa sahaja.. Cerita-cerita yang boleh menghiburkan hati tuanya..
**Ya, setiap yang muda pasti akan tua.. Tapi bersediakah sudah ayahku untuk menghadapi masa tuanya?.. Sosok tubuh yang gagah berdiri di hadapanku sewaktu kecilku, sudah tidak ada lagi.. Hanya suaranya yang masih belum berubah.. Berteriak memanggil anaknya yang kadang tanpa sahutan balas!!
**Hari ini, suara itu masih ada. Mampukah aku hadapi bila suara itu sudah tiada?!!.. Dengan keadaan adik-adikku yang masih belum dapat memahami derita si tua.. Dan aku, masih terlalu banyak mencuri masa.. Kejamnya aku!! Allah.. Hanya kepadaMu aku berserah.. Allah.. Allah..
**Sahabat2ku diluar sana, hati kecilku menangis. Aku harap kalian faham, andai ada saat-saat aku tidak bersama kalian. Namun, aku cuba sedaya mungkin melaksana tugas yang telah diamanahkan. Dan kita pikul bersama.. Boleh??..

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan for this post