Selesai Melalui Musyawarah

By setanggi syurga on 12:31 PTG

Filed Under:

01. Sekali lagi musuh Pas kecewa apabila hendak melihat Pas berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Mereka sakit hati apabila melihat Pas tenang dan maju ke depan. Kalau boleh biarlah Pas bergaduh seperti mereka bergaduh, dengan ini senang mereka meneruskan agenda menindas rakyat. Perlu diingat perjuangan Pas ialah perjuangan yang suci, iaitu perjuangan yang mengharapkan Allah dan balasan di syurga. Siapa yang ada di dalam diri mempunyai maksud yang lain ia akan tersingkir atau menyingkir diri daripada perjuangan Pas.


02. Niat suci bersama dengan Pas ialah untuk melihat Islam didaulatkan di atas muka bumi ini. Ini yang menjadi ikatan kepada pejuang-pejuang Pas selama ini. Perjuangan bukan kerana individu, tetapi kerana dasar yang diperjuangkan oleh Pas. Apa yang berlaku di dalam Pas ialah sebagai satu proses kematangan berorganisasi dan menguji kebijaksanaan pemimpin mengurus organsiasi Pas yang semakin matang dan tertua di negara ini.


03. Kebijaksanaan pemimpin Pas menguruskan organisasi dalam suasana tenang dan krisis adalah satu kelebihan. Kadang-kadang perkara ini tidak ada di dalam buku tetapi ia diperolehi melalui pengalanan dan latihan yang berterusan.


04. Umno cuba untuk mencari kesempataan untuk menagguk di air keruh. Media mereka tidak pernah pencen daripada melagakan dan maenimbulkan keraguan kepada musuh dan ahli Pas mengenai dakwaan ada di kalangan pemimpin Pas hendak menyertai umno. Pemimpin umno cuba menghulur tangan seperti hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong untuk mengajak supaya Pas bersatu.


05. Mereka mengatakan bahawa Pas mempunyai masalah dalaman dan berpuak-puak dalam Pas. Telahan ini sebagai untuk melindungi apa yang berlaku di dalam umno yang mengidap penyakit rasuah yang tidak boleh diselesaikan sampai hari ini. Masalah dalaman parti kompenan BN, seperti MCA dengan krisis moral dan rasuah di kalangan pimpinanya, MIC dengan krisis kepercayaan terhadap presidennya, parti PPP dengan dua presiden.


06. Di dalam Pas tidak pernah baling kerusi, tembak menembak, FRU terpaksa mengawal, kena pukul kepala, membunuh sesama sendiri. Tetapi ia dapat diselesaikan dengan baik dan bertanzim dengan semangat musyawarah dan muhasabah.


07. Kita akur bahawa media mempunyai kuasa untuk mempengaruhi persepsi orang ramai untuk membuat pendirian dalam satu isu dan sokongan. Sebab itu selepas daripada PRU 12 umno sudah ada trooper umno untuk berada di gerbang maya untuk membentuk persepsi yang salah terhadap perjuangan Pas. Kita mengharapkan supaya ahli Pas diminta mengawasi segala apa yang dilakukan oleh musuh-musuh Pas di gerbang maya.


08. Ketika berlaku isu Kerajaan Perpaduan, bagaimana isu ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli Pas dan penyokong Pakatan Rakyat telah diselasaikan dengan baik. Mereka menyangka Pas akan hancur dan berkecai, namun hajat mereka tidak kesampaian.


09. Mesyuarat khas yang berlangsung pada 28hb Oktober 2009 rabu malam khamis, berjalan dengan semangat ukhwah dan berlapang dada. Tuan Guru Mursyidul Am dengan keadaan yang uzur dan sibuk dengan urusan negeri, tetapi juga hadir ke majlis tersebut untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku. Seperti yang dijangka apabila majlis yang penuh mahabbah untuk melihat Islam dijulang berakhir dengan keputusan untuk menagadakan Seminar Khas bagi menerangkan isu-isu dan strategi semasa parti di Dewan Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar, bermula jam 8 pagi pada 7 November 2009.


Inilah rahsia parti Pas yang boleh menyelesaikan masalah parti dengan baik. Di antaranya ialah;


10. Pertama, kerana Pas mempunyai manhaj yang jelas, iaitu al-Quran, Hadis, ijma’ dan qias. Maka segala perkara yang diputuskan dalam menghadapi kemelut politik atau pentadbiran ialah dengan merujuk kepada perkara tersebut


11. Kedua qiadah (kepimpinan) yang berkualiti yang mempunyai skil dan wawasan yang jelas iaitu untuk memimpin umat di negara ini. Pemimpin yang tahan diuji dengan berbagai asakan daripada berbagai sudut.


12. Ketiga ialah ahli yang taat. Hasil daripada tarbiah yang dilalui oleh ahli yang begitu komited dengan perjuangan. Mereka tidak menuntut habuan dunia, yang mereka hendak melihat ialah Isalm subur di atas muka bumi ini.


13. Sehubungan dengan itu, PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi. Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada khalayak hingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” – (Surah Al-Hujurat 49 : 6)


14. Maka, sebarang aduan berhubung salah laku pimpinan dan ahli hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti dan tidak perlu lagi disebarkan melalui ceramah, penulisan atau ulasan dalam akhbar, blog atau media lainnya hingga memberikan kesan buruk terhadap persepsi ahli dan rakyat keseluruhannya terhadap Pas.


15. Pas yakin bahawa setiap isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik melalui jalan musyawarah dan kita mempunyai tanzim yang terbaik dalam menghadapinya melalui panduan Al-Quran dan Sunnah.


Sumber: Ust Idris Ahmad

0 ulasan for this post