Petanda apakah ini??

By setanggi syurga on 4:36 PTG

Filed Under:

Hari ni dah hari Ahad. Thats mean esok hari Isninla kan?.. Baru sebentar tadi pengumuman Pengacara Majlis Program Ihtifal Alam Ria PASTI Kawasan Tawau bagi tahun 2009 [iaitu tahun tiada Pertandingan Peringkat Kebangsaan] bahawa esok adalah hari cuti bagi PASTI Kawasan Tawau. Tapi itu, PASTI!! Aku??.. Uhuh.. [Hehe].. Syok nyer kalu dapat tumpang cuti sama.. Uhuhu. Tu lah padahnya kalu perasan lebih, sedih ler jawabnya.. Apapun tahniah buat PASTI Megah Jaya yang berjaya menggondol JUARA Keseluruhan bagi Ihtifal Alam Ria PASTI Kawasan Tawau 2009. Tahniah sekali lagi.. Dapat aku lihat wajah ceria, guru2nya.. Balik ni, mesti sakit pipi coz terlebih senyum. Terbayar seluruh jerih perih mengajar n mendidik anak2 PASTI. Tahniah kak!! Kalu aku?? Aku tahu jawapannya. Confirm xkan mampu!! Untuk pengetahun, PASTI Megah Jaya merupakan antara 3buah PASTI yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun lalu dengan jumlah pelajar seramai 48 orang, 2 buah kelas dengan 2 orang guru sahaja. Tahniah diucapkan!!

Itu cerita PASTI, berita lanjut sila nantikan di Blog Rasmi PASTI Kawasan Tawau. Hehe.. Tentang aku??.. Aku perasan, aku makin banyak cakap start daripada minggu ni. Ini petanda baik, atau sebaliknya??.. Takutnya aku!!

To be continued..

0 ulasan for this post