JEMPUTAN KE PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P)

By setanggi syurga on 1:15 PG

Filed Under:

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan (3P) pada ketetapan berikut:

Tarikh : 31 OKTOBER - 1 NOVEMBER 2009 (SABTU DAN AHAD)
Masa ; 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
Tempat : DEWAN MASYARAKAT TAWAU, SABAH

Antara aktiviti yang dijalankan adalah temuduga terbuka dengan sekurang-kurangnya 1,460 jawatan kosong untuk pelbagai kategori dan peringkat, ceramah kerjaya, pameran dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan, pendaftaran dan pengemaskinian pencari kerja, pameran kerjaya dan khidmat nasihat kerjaya.

Pihak tuan adalah dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa dokumen asal dan salinan sijil-sijil akademik dan resume. Sila berpakaian kemas untuk menghadiri sesi temuduga yang dijalankan serta-merta pada program tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 089-761695 (Untuk Perhatian : Encik Abdul Halim Abdullah / Encik Mohd. Redha / Encik Mohd. Razif).
Sekian, terima kasih.

Unit Perkhidmatan Pekerjaan, PTK Tawau

0 ulasan for this post