SK Sentosa: Satu Permulaan

By setanggi syurga on 12:35 PTG

Filed Under:

Hmm.. Lagi satu catatan baru dalam hidupku.. Biasa mungkin bagi org lain.. Tp, kurang biasa bagiku.. Bukan sebab dapat kerja baru ni sst yang baru, tp.. Ada sesuatu yang aku nanti di situ.. Heheh.. Iyyah.. Mengayat lagi.. Haha

SK Sentosa, Tawau. Nama yang cukup asing. Setelah ku bertanya di pelbagai sumber, akhirnya aku temui alamatnya. Nak kata dekat, xla dekat.. Mo bilang jauh, melampaula pulak.. Tp, berulang alik setiap hari yang bakal menjadi rutinku, sedikit memberi gambaran yang kurang enak.. Mana nak enaknya, hampir setahun mem'bambong' di rumah. Nak keluar ke mana-mana pun, ikut suka. Sehingga aku sendiri pernah menjadi takut dibuatnya. Adakah sudah takdirku menjadi surirumah?.. Uhuh.. Sambung balik.. Panjang plak huraian.. Kalu berkenderaan 4 roda, ok la kot. Tapi, aku yang lebih suka karenah kenderaan beroda dua di jalan raya ni, aku sangat pasti ia sesuatu yang memenatkan. Apapun, tunggu dan lihat. Rezeki tak datang bergolek Yeob.. (Opps.. Mana plak datangnya Yeob ni?.. Haha)


Allah Maha Mengetahui. Itu kesimpulan yang dapat aku buat. Semua itu aturanNya. Kalau dapat aku jadikan cerita dalam satu chapter yang paling hampir dalam kehidupanku sekarang ini, bermula dari lantikan AJK Buku Cenderamata dalam Sukaneka PASTI Kawasan Tawau 2009 yang berlangsung Ahad ni, jawatan yang xpernah2 aku sandang ("_,). Biasanya standardla.. Pameran. Tapi, memang betul nk jadi satu cerita, aku dapat jawatan yang aku hadiri temuduganya pun on d dot.. Kak Arma bilang, rezeki dari PASTI.. Hehe.. Nk dgr ceritanya?.. Panjang ceritanya.. Kan Kak Arma?.. ("_,).. Sambung balik.. Apa kaitannya? Kaitannya.. Aku xdapat nak jangka mcmn kalutnya aku di kala sukaneka tu, kalu aku yg pegang AJK Pameran coz dalam masa yg sama aku kena hadiri kursus sminggu di Sandakan yang mana tarikh pendaftarannya adalah pada hari Ahad serentak dengan Sukaneka PASTI. Cantikkan ATURAN Allah?.. Dan Allah sering temukan kita dengan ATURAN SECANTIK ini bila terlibat dengan jamaah.. ("_,).

Di Sandakan nanti, sudah ada yang sudi jemput. Indahnya berukhwah kerana Allah. At least, aku dah dapat padamkan kerisauan, garis2 tua di wajah ibuku. Mak, anakmu ini sudah cukup dewasa untuk kau risaukan. Sudah-sudahla tu mak risaukan kami. Bersenang-senangla dengan apa yang kau ada sekarang. Walau kusedar, aku masih belum dapat memberikan kau apa-apa. Dan aku juga tahu, bukan hasil duit kami yang kau nanti, kerana kau dah bagi kami lebih dari apa yang kau miliki sendiri.

"Ya Allah..
Ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tua kami.
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani
kami sewaktu kami masih kecil.
Ameen.."


Seawal 7 pagi tadi juga, aku membuat panggilan jauh. Setelah memberi salam.. "Etta, ari tu aku ada datang temuduga(1).. Jadi cekgu komputer(2).. Di Tawau jugak(3).." Tiga ayat awal yang cuba kususun kemas. Hati si tua, aku betul2 takut menggurisnya tanpa kusedar. Beberapa kali kuulang, dapat di Tawau jugak.. Dan akhirnya, restu darinya kuterima. "Baguslah.. Ambillah pengalaman.. Ndak jauh jugak, boleh jugak ko tengok2kn adikmu.." Mujur dapat kutahan air mataku. Terima kasih ayah. Uniknya keluargaku. Sedang kutahu, banyak lagi keluarga-keluarga yang unik di luar sana. Dengan keunikan tersendiri. Apa yang penting, semoga kita sentiasa dalam jagaanNya.

Wow.. Jadi cerpen plak sudah.. K la.. Saja berkongsi di sini. Lagipun blog peribadi jugak.. Heheh.. Ikut suka owner la mau cakap apa.. Heheeh.. Pada sahabat2 semua, teruskn mengundi saya.. Haha.. Sokongan kalian terus kudamba.. Heheh.. K, skg kita 1-1.. Kalu dulu aku bambong, 1-0, but now.. (sambung sendirila).. Semoga kerja-kerja bgaji kita ni (cheh, kursus pun belum lagi).. dapat men'top up' kerja-kerja yang satu lagi..

Banyak cakap plak.. Hati2.. ("_,)

3 ulasan for this post

kursiah_athirah

Congretz shbtku fate!!!akhirnya...selamat menempuh alam perkahwinan..eh silap..sory2..alam pekerjaan...hehe..selamat bekerja..selamat mengajar cikgu fate..jgn ajar bdk2mu buat blog ya..nanti posting terus dorg..kalah kita nanti...hehehe...

Posted on Jumaat, Jun 26, 2009 5:13:00 PTG  
SG

Tahniah dah dapat kerja,
ujian baru tu,
tambah taklif untuk uji istiqomah dgn iman......

Posted on Jumaat, Jun 26, 2009 5:29:00 PTG  

1-1..kita digelanggang yang sama..SUKA SANGAT dengan aturan Allah yang dikaitkan contoh dengan PAMERAN ..macam ada sesuatu di situ..hmm...kalau ada yang mengerti
[ooppss..lupa lak ini bukan bicara_sufi..mengayat plak di blog orang..sapa suruh buka komen..haha]

Posted on Jumaat, Jun 26, 2009 11:07:00 PTG