Muktamar DMPNS

By setanggi syurga on 4:57 PTG

Filed Under:


Akhirnya berlalu juga Muktamar Tahunan DMPNS yang berlangsung di Dewan Sri Asnur menyaksikan muka lama dan baru disatukan dalam gerak kerja Islam. Tidak ada yang lebuh agung melainkan kerja-kerja mengagungkan agama Allah di muka bumiNya. Muktamar Negeri kali ini dirasmikan oleh YB Dr. Lo' Lo', Ahli Parlimen Titiwangsa dan turut dibawakan khas dari bumi semenanjung Pn Hjh Salbiah Abdul Wahab, Setiausaha DMPP sebagai Pemerhati.

Mahu tak mahu, kita terpaksa menerima hakikat HANYA 4 Dewan Kawasan sahaja yang terdaftar di Sabah ini. Dan kenyataan 'PM Altantuya' yang Sabah ni aset simpanan BN cukup menyakitkan hati. Sebal!! Terima hakikat sahaja tidak cukup, kita kena berubah.. Seiring dengan tema muktamar kali ini, Muslimat Momentum Kebangkitan Rakyat. Takbir!!

0 ulasan for this post