Sudah terlalu lama untuk aku ingin mencoret sesuatu disini. Pc problem yang sedang aku hadapi (hua hua).. sedikit sebanyak menguji kesabaranku. Hehe.. Kepada penanti2, sebenarnya xada jugak yang ingin di kongsi. Sekadar sedikit catitan.. Ikuti siri perjalanannya..
Keberangkatan ke Kota Kinabalu, kota yang banyak mengajar aku erti n nilai sebuah kehidupan, memberi kesempatan untuk aku menghadiri sebuah ijtima' alumni. Ijtima' yang turut dihadiri oleh pengerusi sendiri sudah pasti memberi makna dan mampu mengungkai beberapa persoalan terkumpul sebelum ini. Apa yang pasti, nur keceriaan jelas terpancar pada setiap wajah-wajah yang hadir. Menu nasi dagang antara hidangan yang turut disaji, sememangnya cukup untuk mengalas perut sebelum masing2 beransur pulang ke destinasi masing2.
Gambar sekitar ijtima' alumni berlangsung yang sempat dirakamkan..
Misi diteruskan dengan pertemuan dengan beberapa orang sahabat lagi. Pertemuan yang dirancang dihadiri oleh 6 orang ini, akhirnya hanya dihadiri seramai 4 orang sahaja. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada seluruh pejuang agamaNya. Sungguh dan benar. Ujian kerjaya yang sering diingatkan semasa di kampus dulu, amat menakutkanku. Sedang kita masih belum berada di alam rumah tangga lagi. Malah aku belum pun masuk ke alam kerja lagi. Mungkinkah aku mampu untuk terus berada di jalan ini?..
Disebelah malam pula, kehadiran kak Suraya dan ajk lain cukup menceriakan. Xmahu berkongsi banyak di sini, hanya gambar sebagai gantinya. Apapun aku cukup berharap agar kami2 semua diberi kelangsungan, istiqamah dengan apa yang aku dukung ini. Diberi kekuatan dan kemudahan dalam setiap langkah. Namun, aku juga sedar ujian sedang menanti di hadapan sana.. Bersediakah aku?.. I'm proud to be muslim.. Heheh.. Iklan sepanjang hayat..
Pemergianku ke KK kali ini, tidak aku sia2kan. Sedang masa study dulu, aku xpernah berkesempatan menziarahi sahabat2 sekitar KK sendiri, tetapi kali ini tidak akan aku lepaskan. Sebijik motor yang dipinjamkan oleh sorang adik kampus, aku pergunakan sepenuhnya. Ronda2 Kota Kinabalu mengingatkanku zaman muda2 dulu.. Haha.. Apapun, thanks sayang..
>>Anak Kak Nang - Kak Melnah n Akhi Ejan: Nurin n Sofea
>>Anak Ainul n Mansur: "Alamak mana sudak ummi ku ni, makcik2 ni xbestla.."
0 ulasan for this post