Terubat Sedikit Hati

By setanggi syurga on 6:09 PG

Filed Under:

Malam tadi, malam yang agak baik untukku. Dapat berbual dengan abang sepupuku melalui ym cukup menghiburkan hatiku. Lama jugak sudah aku tidak menghubunginya. Tempat untuk aku berkongsi suka dan duka. Hubungan kekeluargaan kami tidak intim sebelum ini. Tapi entah kenapa, ada sesuatu yang boleh kami kongsi bersama dan akhirnya membawa kepada hubungan seakan-akan adik bradik kandung. Panggilan abang di awal2 dulu agak menjengkelkanku, memandangkan aku sendiri tidak punya abang. Tapi akhirnya, ia berubah seperti panggilan abang kandung. Mmm.. begini rupanya rasa berabang. Terima kasih bang kerana sudi menganggap aku seperti sebahagian dari adik beradik kandungmu sendiri.

Perkongsian yang sekejap, bermula dengan khabar dari Tawau. Berkongsi gambar melalui photo sharing. Kusertakan bersama gambar keluarga beraya di Tawau n gambar arwah adikku. Suasana pilu mula menyelubungiku. Air mata tidak dapat ku bendung lagi. Wajah arwah adikku ku tatap satu persatu. Hiba. Masih tidak dapat kukongsi di sini. Biarla menjadi galeriku sendiri. Bayang saja, tubuh yang berisi akhirnya susut sedikit demi sedikit sehingga kurang dari dua minggu sebelum pemergiannya, beratnya hanya mencecah 35 kg. Berat remaja lelaki 35 kg??.. Sekitar PRU12. Itulah kali terakhir aku melihat arwah adikku. Dengan harapan dia akan sembuh, dan kesibukan PRU12, aku tidak punya masa yang panjang untuk bersamanya. Menjaganya sahaja aku tidak pernah. Hanya laptopku yang kubiarkan menemaninya, memperdengarkannya alunan zikir dan bacaan alQuran dan sesekali mempertontonkannya ceramah isu semasa. Ingin aku memberitahunya, ujian yang Allah bagi padanya cukup ringan berbanding perjuangan ISLAM yang aku ingin dia turut sama perjuangkan. Tapi ya Allah, Kau lebih menyayanginya..

Suasana terus sayu seketika. Akhirnya, aku tidak ingin emosiku terus tanpa kawalan. Yang pergi tetap pergi, dan kita akan menyusul tanpa ada siapa yang terkecuali. Hanya masa dan keadaan yang menentukan. Terhibur hatiku bila giliran abang sepupuku yang mula berkongsi khabar dari Kedah. Hmm.. Setau aku, dia n keluarga menetap di Pulau Pinang. Tapi, baru sebentar tadi, dia bilang dia baru balik dari Itali n sekarang dia berada di Kedah. Hmm.. Macam dekat jer Itali tu. Hehe. Semoga abang berjaya dalam bidang yang abang ceburi. Ameen. Berbalik pada gambar tadi, banyak jugak gambar yang dikongsi. Gambar raya jugak. Besar panjang dah anak2 dia. 6 orang semuanya. 3 perempuan n 3 lelaki termasuk sepasang kembar perempuan. Suatu ketika dulu, dia pernah cakap, jarak usia kita membuatkan jurang corak kita berfikir.. Mmm.. Aku tak nafikan.. Dan aku ingin cepat menjadi matang dan berfikir dengan lebih dewasa.. ("_,)..


Perkongsian yang cukup bermakna bagiku. Semoga akan ada lagi peluang untuk kami berdiskusi untuk agenda2 yang lebih utama. Agenda negara, agenda ummah..

3 ulasan for this post

Tanpa Nama

Ada satu lagi panggilan abang yang akan dilakukan tak lama lagi....
heheh....
tunggu....

Posted on Khamis, November 06, 2008 2:34:00 PTG  
Tanpa Nama

banyak2 yang aku tulis,, part tu jugak yang sangkut??.. hmm...

Posted on Sabtu, November 08, 2008 12:09:00 PG  
Tanpa Nama

Ngeh,ngeh,ngeh....
masalahnya part tu yang paling menarik...

Posted on Sabtu, November 08, 2008 6:12:00 PG