Sinar yang kunanti

By setanggi syurga on 1:01 PG

Filed Under: , ,

Mmm.. Lama sudah rasanya tidak meluah rasa. Menyata yang terpendam. Kebetulan juga line streamix xberapa bagus di kala ini. Tapi aku yakin banget, semua ini pasti ada hikmahnya. Dan dari apa yang aku rasa sekarang ini, justeru line streamix nggak bagus, aku punya masa untuk mengarang sesuatu. Melayan sedikit rasa yang terbuku di hati. Aduh.. Ini pengaruh mana ya?.. Apa, telalu banyak nonton.. Astaghfirullah.. Tapi bahasa itu jugak satu seni kan? Dan salah satu bukti betapa luasnya perbehendaraan Allah.. Aku pernah dengar orang bilang, yang BI (Bahasa Indonesia) itu indah sekali.. Aku juga orang Indonesia kok.. Yang berwarganegara Malaysia.. Aku bangga jadi keduanya. Tapi yang pasti sekali aku bangga menjadi seorang muslim. FULL TIME MUSLIM.. InsyaAllah..

Berbalik pada pokok persoalan. Apa yang ingin aku kongsi di sini, tentang sesuatu perkara yang sangat penting buatku pada masa ini. Dan aku sentiasa berharap agar apa pun yang berlaku, perkara ini tetap menjadi penting buatku. Semoga Allah terus memeliharaku berada di jalan ini. Dan aku perlukan dokonganmu sahabat.

Mm.. Kak harap kali ini xpala.. Tapi len kali, Ati (
bukan nama sebenar) kena usaha untuk atasi benda ni. Sudah lama Ati kerja kan, so sepatutnya kena pandai2la sudah atasi keluarga. Kak bukan apa sayang, kak yakin dengan apa yang kita dukung sekarang. N jadi tanggungjawab kakak untuk bawa adik2/ shbt2 sume still dalam saff. KEWAJIPAN BERJAMAAH. -salam sayang dari kakak-

Apa yang anda.. (bukan kau ya Syah)..rasa andai dapat mesej respon dari sahabat2 seperti ini? Ekstrim ka bunyinya?.. Tapi ini yang terbuku di hatiku. Maafkan aku sahabat, andai kau terasa dengan kata2ku. Ingin aku ungkai kembali memori kita bersama suatu ketika dulu. Kita dulu yang sama2 khadam buku Kewajipan Berjamaah.. Usrah dan kepentingannya.. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar..etc. Dan kini, bila sudah sampai masanya untuk kita dituntut untuk menginfakkan sedikit masa yang kita ada, masing2 dengan 'pendirian' masing2.. Aku menegur untuk diriku sendiri. Agar tidak terjadi di hari kemudian. Tertimpa ke atas diriku.

Sahabat, aku juga tidak dapat lari dari bermalas-malasan dalam jalan yang telah aku pilih ini. Sedang aku buat ini semua dalam keadaan aku sedar. Ya, iman manusia itu kan turun naik. Kadang masalah yang menimpa diri kita bisa saja menjadi motivasi yang cukup kuat untuk kita menganjak diri. Tapi aku tidak nafikan kejadian yang sebaliknya boleh berlaku. Berbalik kepada kebijaksanaan kita untuk meghadapi situasi itu. Dan di sinilah peranan sahabat-sahabat. Teringat kata2 sebuah buku motivasi yang pernah kubaca, masalah itu ibarat anjing yang menyalak. Selagi kita cuba untuk mengelak dari masalah itu, selagi itulah anjing itu akan mengejar kita. Justeru, kita kena sediakan tulang yang mungkin bisa jadi penyelesai kepada permasalahan tadi. Sebaik anjing itu mendapat tulang, apa anjing itu masih mahu mengejar kita?.. Kita bukan artis, dan anjing itu peminat setia kita yang gila2 tanpa sebab mahu mengejar kita. Perumpamaan ini mungkin agak kasar bunyinya, tapi semoga ada ibrah yang kita boleh ambil. Allah tidak jadikan sesuatu dengan sia-siakan?.. Sedang dari anjing saja, kita bisa dapat banyak pengajarannya..


Ayuhla para mujahid..
Bangunlah para mujahidah..
Kita tinggalkan zaman fitnah..
Agar tertegak kalimah Allah..
Agar terbangun dunia baru Islam..

Serulah kepada diri wahai sahabatku.. Keluarlah dari kepompongmu. Kau pasti akan jadi rama-rama yang cantik. Moga2 cantik dimata Penciptamu.. Teroboslah sempadan diri. Hanya kau yang mampu melakukannya. Mohonlah banyak2 kepada Allah. Aku rindu saat2 kita bersama. Aku mohon maaf juga andai terlalu lama aku membiarkanmu sepi. Sepi dari jalanNya ini. Bukan aku lupa padamu, tapi aku juga punya tanggungjawab sehingga aku mengabaimu. Semoga ada sinar untuk kita semua. Aku rindu padamu sahabat..

0 ulasan for this post