10 PERKARA YAHUDI LAKNAT NI SEMBUNYIKAN PADA PENGETAHUAN UMUM

By setanggi syurga on 5:04 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

JASA BESAR" KERAJAAN UMNO-BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA....UNTUK MELAYU YANG MUDAH LUPA!!!!!

By setanggi syurga on 7:30 PG

ulasan (0)

Filed Under:


JASA BESAR" KERAJAAN UMNO-BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA....UNTUK MELAYU YANG MUDAH LUPA!!!!!

1. PKFZ RM12bill
2. Submarine RM500mil
3. Simedarby RM964mil
4. Paya Indah Westland RM88mil
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost
6. Eurocopter deal RM1bil waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil
8. MRR2 repair cost RM70mil
9. Maybank Overpay for BII RM4bil
10. Tourism -NYY kickback RM10mil
11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M
12. Overpayment by Sport Ministry ————- RM 8.4M
13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M
14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M
15. MATRADE repairs ————————– RM 120M
16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M
17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M
18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M
20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M
21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B
23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).
28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market
29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul HamidOthman (religious) RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teachingMaths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers' children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million.
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme – RM 40 million
40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM 2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paidcompensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from thetoll hike in 2008 alone.
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buythree paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits.
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders andMinisters worth tens of billions of ringgits.
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billionringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?
63. RM17 billion subsidy to IPP
64.Ini soalan yg paling sya nk tau, adakah negara Malaysia pernah dijajah British ataupun tidak?

PRU 2008 : Fakta-fakta Menarik

By setanggi syurga on 6:41 PG

ulasan (0)

Filed Under:

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu.

Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen. Menariknya, jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif itu lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi sebenar di dalam negara ini.
Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

Calon termuda ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

Calon tertua ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu. Beliau hilang wang pertaruhannya.

56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga hilang wang pertaruhan setelah gagal memperolehi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira.

Majoriti undi terbesar dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

Majorit terkecil ialah 14 undi yang diterima oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam semuanya berjaya iaitu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

Calon teramai ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding, termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakukan melalui blognya - berjaya di parlimen Jelutong untuk DAP.

Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

Tamparan Hebat
Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan.

Menteri
S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar)

Timbalan Menteri
Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen
Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar)-tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya.

Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.

Pemangku Presiden Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang. Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.

Epilog 3: PRU 10 Sarawak ~DUN Sadong Jaya = DUN Dakwah~

By setanggi syurga on 8:01 PG

ulasan (0)

Filed Under:

Perjalanan 3 hari 3 malam berakhir pada 3.30 pagi 6hb April 2011, iaitu pada Hari Penamaan Calon. Akhirnya sampai jua kami di Rumah Muslimat Selangor, rumah yang akan kami duduki sepanjang tempoh keberadaan di bumi kenyalang ini. Terletak di Kg. Iboi, iaitu salah satu daripada UPU ynag berada di N20 Sadong Jaya ini. N20 Sadong Jaya mempunyai 16 UPU. Satu kejutan yang amat besar buat saya pada ketika itu. Seperti apakah kedudukan geografi Sadong Jaya ini sehingga begitu banyak sekali UPU yang terletak di DUN ini.


Seawal 7 pagi, sudah ada van yang bertugas untuk menjemput kami, muslimat untuk ke tempat penamaan calon

Berikut merupakan LENSA sepanjang Penamaan Calon.
Sungguh menakjubkan sambutan rakyat Sarawak terhadap PAS.
Aku masih tak pernah lihat seperti ini di Sabah.. Allah.. Tahniah Rakyat Sarawak!!








Tua, Muda: Kukuh n utuh sehingga berakhir proses penamaan calon!!. Seperti biasa air mineral n nasi bungkus sahaja yang dibekalkan. Namun mereka terus setia.. Sungguh aku tidak menduga, betapa beberapa orang tempatan yang aku temui pada hari penamaan ini ~ terus bekerja untuk PARTI ISLAM dengan penuh optimis untuk kemenangan PAS!! 11 cawangan penaja dengan keahlian 341 + 25 ahli PAS yang baru!!!

N20 DUN Sadong Jaya = DUN Dakwah

Epilog 2: PRU 10 Sarawak ~Jauh Perjalanan Luas Pemandangan~

By setanggi syurga on 4:47 PTG

ulasan (1)

Filed Under:



Benar sungguh..~ Jauh Perjalanan Luas Pemandangan~ Membuka minda kotak aspirasi. Memperlihatkan kebesaran Allah, membesarkan jiwa pejuang. Minda dan jiwa perlu besar untuk menumbangkan kerajaan yang zalim. Andai jiwa lemah, maka kepada siapakah rakyat lemah ingin berpaut. 'Kitak merik mandat, kamek merik khidmat'. Demikian bunyi slogan PRU 10 bagi PAS di Sarawak kali ini di kelima-lima DUN.

Perjalanan bermula sekitar 4 petang. Bermula di Kg. Pasir Putih, Tawau. Menyusuri laluan Kalabakan. Jalan tidak bertar hampir selama 4 jam bagi kenderaan ringan seperti Myvi. Menyinggahkan diri untuk sujud kepadaNya di Surau Brantian sebelum meneruskan perjalanan di malam yang sepi. Hanya sekitar 3,4 buah kenderaan yang kami temui. Terdetik di dalam hati, tidak adakah penyamun jalanan? Naudzubillah. Dengan jalan sesunyi dan segelap itu memungkinkan pelbagai jenayah boleh berlaku. Lebih-lebih lagi di bawah kerajaan yang ada hari ini. Hanya Allah sebagai pelindung. Sebuah kenderaan lagi jauh tertinggal di belakang, sekitar sejam setengah ke belakang.

Berjaya tiba di Keningau tepat pukul 11.30 malam setelah tujuh jam setengah berada di perjalanan. Mencari tempat makan. Hanya satu dua buah kedai yang menyalakan lampu. XXX. Tempat tujuan untuk mengalas perut di tengah malam. Lapo.

Ringkasan Perjalanan: Keningau - Sipitang - Sindumin - Lawas - Brunei Kecil - Limbang, Sarawak - Brunei Besar - Miri, Sarawak.
Antara yang menarik melalui jalan-jalan di Negara Brunei Darul Salam : Rancangan Radio berunsur Islam. Kuliah Mufti > Menegur pemerintah dengan sangat tajam > Tazkirah tak pernah lekang .. Di sepanjang perjalanan, ada papan papan tanda memuji kebesaran Allah. Dan setiap papan tanda jalan di eja dalam ejaan jawi. ^_*.. Sangat indah.. & tak lupa masjid yang nyaman

Bermalam di Miri, mengecas tenaga. Sebelum menyambung perjalanan di pagi esoknya.. =)

Epilog 1: PRU 10 Sarawak ~Dedikasi Buat Ayahanda Bonda~

By setanggi syurga on 3:50 PTG

ulasan (0)

Filed Under:

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya kugagahkan jua untuk membuka 'halaman' ini. Maaf pada semua yang lama menanti. Sharing is caring, tapi masih terlalu ramai yang tidak bersedia untuk berkongsi. Baik dari segi kewangan, masa hatta pengisian sekalipun. Dan aku sering dihambat dengan perasaan seperti itu. Terkadang aku tertanya, mungkinkah 'ada sesuatu' yang memungkinkan ini terjadi.. Naudzubillah..

Bercerita tentang Pilihanraya Umum Sarawak kali ke 10, April 2011. Seperti jangkaan awal, PRU Sarawak ini akan berlangsung selewatnya-lewatnya Mei 2011 memandangkan masa yang ada hanya berbaki beberapa bulan sahaja. 6 April - Penamaan Calon, 16 April - Hari Pembuangan Undi. Aku??.. Masih belum punya apa-apa keputusan. Jauh di sudut hati, ingin sekali bersama untuk membantu.

Beberapa hari selepas ura-ura pembubaran Dun Sarawak, aku dengan niat memberi sedikit 'hint' kepada orang tuaku, untuk sebuah 'permit'. Tepat 4.30 pagi 17hb Mac 2011, aku mendapat panggilan dari ibuku bahawa ayahanda tercinta sakit tenat. Gulrp!! Jantungku bagai dipanah. Pagi itu juga aku dan keluarga menghantar ayahanda tersayang ke Hospital Tawau. 5 hari ditahan di wad. Kesihatannya semakin pulih, dan aku tidak terlepas dari di uji dengan ujian kesihatan pula selepas itu. Beberapa hari juga terlantar. Ya Allah, sangat ni'mat sebuah kesihatan.

Azam ke bumi kenyalang semakin memuncak setelah mendapat sebuah pesanan ringkas. Aku ingin menyahut panggilan itu. Ayahandaku?? Apa perasaan mereka jika ditinggalkan di saat itu?? Kugagahkan jua. Semua ini hanya akan berlaku dengan keizinanNya. Orang tua hanya perantara. Jika Dia mengizinkan, maka siapakah lagi yang boleh menghalang.

Bagaimana pakej UMrah selama 2 mimggu - begitu jugalah azamku kali ini.. Malah jihad d medan tempur kali ini, aku merasakan ia lebih dari itu. Setahun = 365 hari = 52 minggu. Aku telah hidup lebih 27 tahun.. Justeru apa sangatlah tempoh dua minggu itu berbanding ni'mat yang telah diberikan selama bertahun-tahun yang telah diberikannya??...

Laksanakan HAK PARTI dalam diri kita

By setanggi syurga on 1:24 PG

ulasan (0)

Filed Under:

Salam Seisi Alam..

[Sudah terlalu lama tidak blogging.. Hampir sahaja password ku lupa.. Mujur password bersamaan dgn password2 yg lain.. =)

Kesempatan.. Kelapangan.. Cukup terhad.. Sehingga masih terlalu banyak yang terbuku untuk dinyatakan, untuk dikongsi tetapi tidak dapat diperbuat sedemikian lantaran kekangan2.. Buktinya di sini, ayat2ku semakin hancur!! Huk2.. =).. Cemburu dengan mereka2 yang semakin tajam mutu penulisannya, walau kutahu aku tidak punya niat ke arah itu.. Tapi, sesekali terfikir, sangat banyak manfaat bagi mereka yang dianugerahkan dengan kebijaksanaan menulis.. =).. Ya Allah, kurniakan aku dengan ilmu2 yang bermanfaat..
Untuk diriku.. Untuk agamaku..

Dapat tidur awal d malam hari, kemudian dibangkitkan seawal pagi sebeginilah yang menjadikan aku punya kesempatan.. Rindu suasana sebegini.. Sudah hampir 4 malam, dapat menyedut udara segar di hening pagi, dan d malam keempat ini, aku dianugerahkan masa untuk membuat sedikit coretan.. Kasihan sungguh Setanggi Syurga 05 dipenuhi sawang.. Sesekali terfikir untuk menamatkan sahaja riwayatnya.. Tapi masih banyak link lain yang masih diperlukan, untuk aku mengekalkan Laman Peribadi ini..] Tidak berkenaan =)
Sekadar Monolog


Aku baru selesai mencetak 'Buku Jingga' ~ Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia [Klik] .. Alhamdulillah, dapat juga aku salinannya.. Aku linkkan bersama bagi sesiapa yang berhajat untuk menelaah hasil usaha keras pimpinan kita.. Justeru, ambillah sedikit usaha untuk menyebarkan isi kandungan bagi memenuhi sedikit Syarat Kemenangan yang mahal bayarannya ini..

Hari ini, sgt byk isu yang boleh diketengahkan kepada rakyat.. Bila dikatakan rakyat, jiran kita adalah rakyat. Ibu bapa kita, ahli keluarga kita, orang di sekitar kita, rakan sejawat adalah rakyat.. Begitu juga dengan bos kita, juga tidak terlepas dari kategori rakyat. Justeru, jangan terlalu menyempitkan fikiran.. Bila sebut sahaja rakyat, maka tugas menyampaikan kepada rakyat bukan hanya tugas PARTI @ Dewan.. PARTI didokong oleh ahli.. Maka tugas ahlilah yang perlu menyampaikan setiap misi kebenaran ini dalam apa jua situasi kita. Atau isu di sini adalah isu tidak berani menyampaikan kebenaran??.. Atau mungkin tidak tahu, tidak allert dengan isu yang berlaku, yang sedang menimpa Malaysia hari ini.. Kita sebagai ahlilah yang perlu menjadi media kepada orang di sekitar kita.. Menjadi wartawan dan penyampai.. Biarlah kita mampu menjadi Ketua/ MENJUARAI KEMARAHAN RAKYAT!!

Jika dilihat dalam konteks Sabah sendiri, agak sukar untuk kita mendapatkan tempat terbuka untuk sembang2 adu masalah.. Perihal mudah.. Kos sara diri meningkat.. Di tambah lagi dgn 'kita' jenis kurang campur dgn masyarakat kebanyakan.. Di kampung2 misalnya.. Atau justifikasi ini sgt tidak tepat lantaran aku termasuk dlm golongan 'muda' yang jauh dari kehidupan masyarakat?? Kesudahannya, rakyat xmampu utk berkongsi masalah mereka.. Tidak mendapat maklumat terkini.. Sedang merekalah sasaran.. Bukan sasaran pengundi semata2, tetapi lebih kepada golongan yang perlu dibela.. ISLAM Adil Untuk Semua.. Sejauh mana kita memperjuangkan KeAdilan ini untuk orang yang tertindas.. Hari ini, rakyat sangat ditindas!!

Ayuh Sahabat.. Ayuh Sahabiah.. ~ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN~ Dan bentuklah ISLAM di dalam diri anda untuk Anda Memimpin Perubahan.. Sampaikan kepada rakyat.. Tak kira siapa anda.. Kerana tugas menyampaikn terletak d bahu setiap insan.. Bergelar daei.. Bukankah satu fitnah yang besar kepada PARTI, apatah lagi kepada agama.. Dengan slogan ISLAM Memimpin Perubahan & Islam Adil Untuk Semua ~ tetapi kita masih mampu berpeluk tubuh dengan kesusahan rakyat.. Ya, kita tidak mampu membantu mereka dengan menyediakan peluang pekerjaan yang setimpal sebagai contoh, tetapi kita mampu turun ke celah-celah masyarakat untuk memberi penerangan & kesedaran kepada rakyat untuk Menyelamatkan Malaysia.. Menyelamatkan Diri Mereka Sendiri.. Menyelamatkan Ahli Keluarga Mereka.. Menyelamatkan Akidah Mereka..

Aku memohon kepada semua, mari kita bekerja.. Bagi memenangkan PARTI.. Mengatur strategi yang ampuh untuk melawan PARTI MUSUH.. Musuh siapa??.. Musuh Allah!! Bukan sekadar musuh manusia!! Bukan sekadar musuh PAS atau Pakatan Rakyat!! Kerakusan mereka sgt jelas.. Dan menentang kezaliman adalah WAJIB!! Membiarkan KEZALIMAN BERLELUASA adalah DOSA!! Jauhi diri kita daripada termasuk dalam golongan2 mereka yang akan dipersoalkan di akhirat kelak, lantaran tidak menentang kezaliman & menyampaikan kebenaran.

Kemenangan yang Allah janjikan bersyarat!! Maka syarat2 inilah yang perlu kita penuhi.. Antaranya bekerja.. Hentikan lah suasana2, zon2 selesa d rumah masing2.. Tunaikanlah hak & tanggungjawab kita kepada PARTI .. Kepada AGAMA.. Bukankah kehidupan d dunia ini sangat kecil??.. Kita sangat percaya dan beriman akan ada kehidupan d akhirat sana, adanya hari pembalasan, yang pada hari itu setiap amanah kita akan d hitung??!! Dan di situlah kesudahan amal kita.. Berakhir dengan kebaikan atau kejahatan.. Melaksanakan amanah d dunia atau sebaliknya.. [Sedang isi dunia ini terlalu kecil, apatah lagi ujian keluarga yang kita ada sekarang!! Kerjaya, rumah tangga idaman, anak yang soleh-solehah.. Semua ini jambatan bukan??.. Untuk menuju redhaNya.. Mardhatillah.. Dunia d tangan, akhirat d hati.. Ya Allah, pimpin kami.. Kecilkan kami dengan urusan dunia, dan besarkan kami dengan urusan akhirat.. Bantu kami ya Allah] Dan jangan Kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi..