Momentum yang hilang??..

By setanggi syurga on 11:11 PTG

Filed Under:

Tergerak jugak akhirnya jari jemari ini untuk mengatur beberapa patah kata.. Walau kusedar, masih agak berat untuk aku kongsikan disini.. Berbeza sekali sebulan lebih yang lalu.. Setiap yang kubuat seperti tinggi sekali momentumnya.. Bagaimana untuk kucapai kembali momentum itu??.. Kemana hilangnya??.. Dimana ia tertinggal??..

Ya Allah, beri aku kekuatan.. Mungkinkah "beban" yang kugalas ini?.. Bila kufikir kembali beban apa yang terasa berat sekali dipundakku ini?.. Setiap orang punya masalah n cabarannya tersendiri. Demi Allah, tiada siapa pun yang akan terlepas.. Justeru, kenapa aku masih terus membiarkan diriku hanyut!! Janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri..

Aku cuba untuk berfikir sepositif mungkin, tapi.. Senyumku masih belum mampu kuukir.. Senyum xsenyum itu perkara belakang.. Perkara pokok sekarang, bagaimana harus kukendali kehidupanku ini?.. Arah mana yang harus kutuju?.. Ya Allah, Kau Maha Mengetahui.. Apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu.. Hingga di saat ini, aku masih menanti berita-berita baik dari keluargaku di kampung.. Saban hari, saban waktu, hatiku tidak pernah terlepas dari mengingati mereka.. Bagaimana keadaan mereka sekarang sepeninggalanku?.. Ya, ini puncanya.. Yang merampas seluruh roh ku di Tawau ini. Masih banyak yang belum selesai dalam diri sendiri. Bagaimana pergantunganku kepada Allah selama ini.

Apapun, terima kasih sahabat-sahabatku. Yang kulihat sedaya upaya menarik jiwa-jiwa kembali kepada perjuanganNya. Aku tahu n aku sedar, aku sedang diujiNya.. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.. Permudahkanlah urusan kedua orang tuaku.. Permudahkanlah urusan adik beradikku.. Aku, hambaMu yang lemah ya Allah.. Aku tiada daya, tiada upaya.. Maka bantulah aku ya Allah..




2 ulasan for this post

Tanpa Nama

kalau ada apa2 masalah bgtahu...
jangan pendam sendiri.....rukun kedua dalam 'keluarga' saling memahami. Ceita masalah pada sahabat2 yg dirasakan selesa bukan membebankan jemaah. Malah itu lah salah satu dari amal jam'ie. Kena yakin.

"Katakanlah solatku, urusanku,hidupku dan matiku hanya semata kerana ALLAH, dan sesungguhnya akulah orang Islam." Hidup, mati dan segala urusan adalah dalam Islam. Islam itu jemaah. Lagikan jemaah Islam yang harakiah.....

Posted on Ahad, Mac 22, 2009 9:01:00 PTG  
Tanpa Nama

("_,)

pahitnya senyuman..ya..senyuman yang pahit..apapun, senyum jugak la kan.. daripada masam mencuka..

kekuatan semua dari Allah.. smoga masih ada sinar n ku yakin sinar pasti kan tiba..

kadang perkongsian xmmberi apa makna.. mungkin juga ada silapnya.. tapi, shgga d saat ini, sokongan sahabat la mmbuatkan kaki ini terus melangkah..

("_,)

Posted on Isnin, Mac 23, 2009 10:29:00 PG